
Isi Kandungan
ToggleKalau nak buat sotong bakar thai, sila sediakan sotong lebih banyak. Sebab kata Puan Fadhilah Esa, nanti tak cukup dan berebut!
Haa… nampak gaya macam sedap sungguh ya. Tengoklah, siap ada inti dalam sotong, dilagakan dengan pencicah tu pula. Bagi mak-mak yang nak cuba menu ini, boleh rujuk resepi yang dikongsi.
Bahan-bahan Buat Sotong Bakar:
Sotong saiz besar
Isi Udang segemgam
Telur 1 biji
Bahan Sos:
5 ulas Cili kecil
4 sudu Gula
secubit Garam
3 sudu Cuka makan
3 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Hirisan daun ketumbar
Bahan kisar untuk inti:
1 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 hirisan Halia
Cara-cara buat inti:
Hancurkan isi udang dan gaul dengan telur dan bahan kisar
Cara sumbat:
Sumbat inti tadi dalam sotong. Ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
Cara-cara masak sotong:
Bakar sotong sumbat tadi, (saya guna pemanggang ajaib shj) kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.

Cara-cara Buat Sos:
Tumis semua Bahan. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Cara-cara hidangan:
Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan siap utk dimakan.
Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz.
Selamat Menjamu Selera!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Guna Beras Mahal Untuk Dapat Nasi Yang Sedap & Lembut, Kalau Ikut Tip Dari Wanita Ini Anda Akan Dapat Hasilnya

Isi Kandungan
ToggleTak pelik dan memang ada pun sesetengah yang mak-mak sanggup beli beras mahal sebab nak makan nasi yang sedap. Tambah pula kalau guna beras siam, fulamak… dia punya rasa memang puas. Cantik pun cantik!
Tetapi lepas ini anda boleh jimat guna beras biasa sebab Puan Mastura Khalid sudah turunkan ilmu masak nasi yang lembut, jom tiru…
Tak ada resepi havoc nak share dengan korang, cuma sedikit ilmu cara masak nasi putih, supaya nasi jadi cantik berderai dan sedap.
Tak perlu guna beras mahal untuk dapatkan nasi yang sedap dan lembut, kalau ikut resepi dan tips ni insyaallah beras murah pun boleh rasa sedap macam beras mahal.
Resepi ni saya dapat dari restoran mamak masa duduk kat penang dulu. Semoga bermanfaat untuk semua.
Bahan bahan yang diperlukan:
1)Beras (cap apa pun tak pe)
2)Minyak masak (1:1, satu sudu besar minyak satu pot beras)
3)Garam (1:1 , satu sudu kecil garam satu pot beras)
4)Daun pandan

Cara:
Basuh beras macam biasa, pastu masuk kan semua bahan tu dan kacau sikit bagi sebati.
Tips sukat air:
Tekan jari sampai ke dasar periuk, pastu tandakan dengan ibu jari permukaan beras tu kat mana. Pastu angkat jari letak kat atas permukaan beras pula dan isi air sampai dekat jari yang ditanda dengan ibu jari tadi.
Ok tu je resepi simple saya #SHARE la kalau rasa bermanfaat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gulung Menyerong Bagi Memanjang, Begini Buat Bunga Lavender Roti Jala

Isi Kandungan
ToggleRoti jala yang berbentuk bunga lavender sememang cantik dijadikan hantaran atau hadiah untuk orang tersayang. Cuma nak dapatkan hasil secantik seperti gambar itu memerlukan ketekunan dan kesungguhan juga.
Wanita ini, Nur Sharian Nasruddin berkongsi tip menghasilkan roti jalan dengan hiasan bunga lavender menggunakan adunan roti jala. Anda yang mahu mencuba, bolehlah hadamkan tipnya.
Bila dah ada panduan sebegini, lebih mudah nak buat untuk isi dalam bekas plastik lebar itu kan.
“Alhamdulillah.. tempahan hari ni. Sekarang tak boleh nak ambil tempahan roti jala banyak-banyak sebab dah busy jaga husband baru lepas operation. Dapat tempahan sikit-sikit bolehlah buat.” Kongsinya.
“Gambar last sekali saya ada bagitau cara saya buat bunga levender tu.”
Bahan-bahan Roti Jala
- Roti jala ini 1kg tepung.
- 4 baris
- 1 baris ada 11 pcs
- So.. total belah bawah 88 pcs roti jala.
- Ukuran roti jala 2.5 inci (box 10 inci)
Nota : Untuk buat bunga lavender tu, saya asing siap-siap 1 botol bancuhan. Gunakan botol roti jala (sukatan yang saya guna untuk buat bunga lavender sebanyak itu)
Cara Buat Bunga Lavender Roti Jala
Begini cara nak buat bunga lavender itu.
Sama macam buat bunga warna putih dalam gambar atas ini.
- Saya biasa tengok orang lain buat bunga macam tu. Cuma cara gulung saya, gulung menyerong supaya bunganya tu jadi memanjang macam bunga lavender.
- Nak buat dia guna botol muncung 3 tu je.
- Warna dia : Saya guna warna purple dan warna merah. Ejas la sampai dapat warna yang kita nak.
- Buat banyak-banyak. Susun cantik-cantik macam design yang kita nak buat.
- Daun saya guna daun pandan je. Potong halus memanjang.
- Lepas itu, selit-selit je celah-celah bunga lavender itu.
Mana yang mahu mencuba untuk dibuat jualan atau masak sempena hari istimewa keluarga, bolehlah mencuba tip yang diberikan ini.
Nak tahu resepi roti jala pula, boleh baca di sini :
- Adunan Roti Jala Cantik, Pekat Likat Selepas Bancuh Biarkan Selama 15 Minit
- Dari Saja-saja Buat Makan Sampai Jadi Duit Poket, Perkongsian Resipi Roti Jala Sos Coklat Yang Dibuat Bisnes
Sumber/Foto : Nur Sharian Nasruddin

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Ala Balado Padu Sangat Rasanya, Buat Stok Boleh Tahan 2 Minggu!

Isi Kandungan
ToggleSambal Belado cukup popular di Indonesia.Bagi peminat sambal dan suka makan pedas-pedas, boleh cuba buat Sambal Ala Balado yang sedap ni. Makan dengan ikan dan ayam goreng memang padu sangat rasanya. Buat stok banyak-banyak dalam peti sejuk boleh tahan 2 minggu.
Cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Mazliana Mazlan ini.
Resepi sambal ala balado ini, adik saya dapat dari kawan dia yang berasal dan menetap di Indonesia.
Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado. Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya.
Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.
Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah.
Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau!
Resepi Sambal Balado Ala Indonesia
(Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)
Bahan-Bahan :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak
Ini bahan-bahannya. Saya kehabisan bawang besar yang betul-betul besar, jadi saya masukkan 3 biji bawang besar yang bersaiz agak kecil.
Siapa yang suka pedas meletop, boleh lebihkan cili padi merah.
Cara penyediaan boleh lihat di gambar ya.
1.Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini.Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye.
Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.
2.Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.
3.Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.
4.Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.
5.Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.
6.Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.
7.Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.

8.Ini haaaa salah satu menunya. Pecal lele gitu. Padu betul rasa dia.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!
Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Makan Confirm Ngencess Sekali!
SAMBAL GESEK Penambah Selera, Tumbuk Separuh Hancur Tak Perlu Dimasak!
MW: Bagi peminat sambal dan suka makan pedas-pedas, kena cuba resipi Sambal Ala Balado ini. Buat stok banyak-banyak, bila nak makan tinggal ambil je dalam peti sejuk. Jadikan pes untuk nasi goreng pun boleh sangat.
Sumber: Mazliana Mazlan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI