Bila jadi mak-mak ni kena lebih kreatif di dapur terutamanya bila anak-anak jenis ‘memilih’ dan cerewet bab makan. Kita nak anak-anak membesar dengan sempurna mendapat nutrisi lengkap secukupnya. Jadi bila anak-anak memilih tak nak makan nasi, atau sayur memang cukup risau.
Sebenarnya mak-mak boleh cuba buat Nugget Ayam ini untuk anak-anak.Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nana Sabrina Sarsan ini yang berkesan ‘menambat’ selera anaknya yang selalu memilih makanan.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Resepi mudah untuk Anak-anak yang memilih makanan
“Hari ni, buat Nugget Ayam dan kentang untuk cik hajah, nugget ni memang sedap, ada sayur, ada kentang, isi ayam,tak guna banyak tepung, bukan cik hajah jer yang makan, tapi saya pun makan juga, makan sekali nak lagi”
“Nugget ni memang sangat-sangat mudah, bahan-bahan pun murah dan senang nak dapat, tak rugi buat, boleh simpan dalam peti beku”
Ads
Bahan-Bahan:
Dada Ayam (dari seekor ayam) cincang halus
Lobak, potong dadu saiz kecik,kemudian rebus seketika dan toskan.
Sayur Han bok /kubis bulat (saya hanya ambik bahagian daun saja)
Daun sup
Daun bawang
1 1/2 Sudu besar Tepung ubi ataupun tepung kanji
1/2 cawan Tepung gandum
Garam dan serbuk perasa ikan bilis
Bawang merah,putih dan halia (kisar halus)
Telur sebiji
Sebiji Kentang
1 cawan Breadcrumbs
Cara Membuat:
1. Rebus kentang dan lenyekkan.
2. Dada ayam dikisar dengan sedikit air, saya gunakan pengisar khas.Campurkan semua bahan-bahan seperti dalam gambar kemudian kacau sebati.
3. Kemudian masukkan pula tepung ubi, breadcrumbs, garam, serbuk perasa ikan bilis dan tepung gandum.*Sebatikan adunan.
Ads
4. Kacau adunan sehingga sebati, adunan tak keras ya, hasilnya akan sedikit melekat di tangan..jangan lupa sapu tangan dengan minyak ketika membentuk nugget.
5. Sediakan lidi sate, bentukkan nugget dengan lidi sate,jangan lupa sapu minyak kat tangan supaya permukaan nugget kemas dan halus.
6.Didihkan air, masukkan nugget dan biarkan hingga mendidih sehingga nugget timbul, kemudian angkat dan toskan.
Ads
7.Nugget yang telah direbus, boleh digoreng, nak simpan dalam peti beku pun boleh.
8.Salut nugget dengan telur, kemudian breadcrumbs, pastu boleh la digoreng dalam minyak terendam.
Tip Ekstra!
1.Kalau tak ada pengisar, nak cincang pun boleh (jangan kisar dengan air yang banyak ya, nanti hasilnya tak sama macam yang saya buat, saya sarankan, cincang halus jer ayam tu).
2.Kalau ikut resepi ni saya dapat dalam 23 batang nugget.
Selamat Mencuba!
MW: Menarik resipi ini untuk dicuba, terutamanya buat mak-mak yang menghadapai masalah anak cerewet & memilih bab makanan. Cukup kandungan nutrisi lengkap buat anak-anak, mengandungi protien, vitamin,karbohidrat untuk pembesaran mereka.
Musim hujan ni, memang sedap hirup sup panas-panas. Jika pernah rasa kuetiaw Sup Thailand, memang tak cari sup lain. Lebih-lebih lagi kuahnya ditambah dengan akar ketumbar dan minyak bawang putih memang membangkit selera, makan bertambah-tambah.
Mak-mak yang nak cuba masak Kuetiaw Sup Thailand boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Lynda Nazri ini. Senang je rupanya nak buat!
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Kuetiaw Sup Thailand.Ada yang suka? Bau aroma akar ketumbar + minyak bawang putih tu bangkit selera hujan-hujan ni.Jemput makan semua.”
Mee/bihun/kuetiaw
Taugeh(Celur)
Kangkung(saya ganti sawi)celur
Kacang tumbuk (tapi saya tak guna)
Lobak masin (celur)
Ayam/daging/perut (Diracik halus)
Serbuk cili kisar (Saya buat sendiri) Nak beli yang thailand pun ada, jangan guna serbuk cili yang jenis Babas or sebagainya, sebab pahit)
Cili jeruk
Daun ketumbar
1. Didihkan air dalam periuk.
2.Masukkan akar ketumbar, ayam, kicap cair,kicap sotong,kiub ayam,lada sulah,lada hitam yang dah ditumbuk halus tadi.
3.Sambil-sambil tunggu didih tumiskan bawang putih yang dah di blend tadi sampai kekuningan dan terus curah ke dalam kuah tadi (time ni kuah wangi,bau macam bihun pama).
4.Perasakan garam,aji,gula sikit.Bahan-bahan ni saya agak-agak je ye untuk yang banyak mana saya masak.
5.Tunggu ayam lembut sikit, keluarkan isi ayam yang untuk diracik. Kemudian boleh la hidangkan bersama bahan-bahan hiasan diatas.
MW: Memang sedap makan kuetiaw sup panas-panas, lagi-lagi masa musim hujan. Mak-mak yang tak nak makan nasi, boleh cuba resipi ini. Aroma rempahnya secukup rasa.
Jangan tak tahu, labu yang selalu mak-mak guna untuk masak lauk tu sedap, lemak manis bila dijadikan kerepek. Sebagaimana yang dikongsikan Nomie Harun penyediaan kerepek labu ini agak istimewa, sebab tak gunakan garam.
Ada cara betulnya macam mana nak bagi rasa kerepek labu tu lemak manis dan rangup. Kata Nomie lagi, “Saja hari ni saya buat kerepek labu. Sedap rupanya. Lemak-lemak manis rasanya walau tak buh garam.”
Bahan-bahan
Labu Minyak masak
Cara Buat Kerepek Labu Lemak Manis
Potong labu ikut ira lekok labu. Buang biji. Kupas kulit – agak-agak kulit tu jangan tebal, biar masih ada kaler hijau kat labu tu. Guna penyagat dan sagat nipis-nipis. Siap sagat, basuh dan tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh gitu je.
Lapik tisu dapur kat atas talam. Pastu letak labu yang ditos tadi tu dalam talam dan jemur. Jemur agak-agak kering. Setengah jam ke sejam gitu. Bergantung cuaca.
Sebab jemur nak bagi kerepek ni rangup.
Siap jemur, goreng dengan api yang sederhana. Agak kekuningan boleh angkat dan sejukkan. Dah sejuk boh dalam balang… Siap.
Untuk pengetahuan, buah labu kuning ini kaya dengan antioksidan. Kerana ianya tinggi dengan karotenoid iaitu antioksidan seperti alfa-karotena, beta-karotena, lutein dan zeaxantin.
Ia juga bagus untuk kesihatan mata, samalah macam lobak merah. Vitamin A yang ada dalam labu juga berguna untuk mencegah rabun malam.
Bila musim panas dapat makan dadih sejuk yang lembut dan cair dalam mulut memang nikmat! Kalau beli dadih ni memang agak mahal dan tak puas makan. Elok mak-mak buat sendiri di rumah lebih menjimatkan!
Berikut perkongsian resipi dadih yang dibuat oleh Puan Afieyza Isahak sebagai rujukan;
“Dah lama viral, baru nak cuba.Sungguh, sangat-sangat sedap!Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!”
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️
Bahan-Bahan:
1 liter susu kotak
Agar-agar tali 20g (Guna 1/3 saja)
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara Membuat:
1.Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
2.Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.
3.Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
4.Siap untuk ditelan!!
MW: Mudah je nak buat dadih susu ni, bahan-bahan pun tak banyak. Teksturnya lembut, makan sejuk-sejuk memang sedap! Kena cuba pencuci mulut ni.
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...