
Dalam kalangan masyarakat kita, petua orang dulu rancang jantina anak bukanlah sesuatu yang asing.
Malah sejak dulu lagi, pelbagai cara diamalkan oleh pasangan suami isteri yang ingin menentukan sama ada mereka bakal mendapat anak lelaki atau perempuan.
Walaupun zaman semakin moden, menariknya petua orang dulu hamil ini masih lagi menjadi perbualan, Ada juga yang masih diamalkan oleh sesetengah pasangan hingga hari ini.
Persoalannya, sejauh mana kebenaran di sebalik petua ini?
PETUA ORANG DULU RANCANG JANTINA ANAK

1. Faktor Pemakanan
Antara cara dapat anak lelaki yang sering dikongsikan adalah melalui pemakanan.
Ibu dikatakan digalakkan mengambil makanan beralkali dan masin seperti daging merah, pisang serta makanan laut. Malah, si suami juga disarankan mengambil makanan berprotein tinggi.
Sebaliknya, untuk cara dapat anak perempuan, ibu digalakkan mengambil makanan berasid serta tinggi kalsium dan magnesium seperti susu, yogurt, telur dan sayur-sayuran hijau.
Ada juga yang percaya suami perlu mengamalkan diet tertentu sebelum merancang kehamilan.
Namun dari sudut sains, tiada bukti kukuh yang menyokong bahawa diet tertentu mampu menentukan jantina bayi. Pemakanan sihat tetap penting, tetapi bukan penentu jantina.
2. Waktu Hubungan Kelamin
Petua ini antara yang paling popular. Untuk cara dapat anak lelaki, hubungan kelamin disarankan dilakukan ketika waktu ovulasi kerana sperma dikatakan lebih cepat sampai ke ovum.
Manakala untuk cara dapat anak perempuan, hubungan dilakukan 2-3 hari sebelum ovulasi kerana sperma tertentu dikatakan lebih tahan lama.
Walaupun teori ini sering dikaitkan dengan sains, hakikatnya peluang jantina bayi masih bergantung kepada kromosom yang bertemu. Ini adalah proses semula jadi yang tidak boleh dikawal sepenuhnya.
3. Kalendar Cina
Selain itu, ramai juga yang merujuk kepada kalendar Cina untuk menentukan jantina bayi. Kaedah ini menggunakan umur ibu dan bulan kehamilan untuk meramal jantina bayi.
Walaupun nampak menarik dan menyeronokkan, kaedah ini sebenarnya tergolong dalam mitos jantina bayi dan tidak mempunyai asas saintifik yang kukuh.
4. Kedudukan & Kepuasan (Orgasm)
Ada juga kepercayaan bahawa kedudukan bersama dan tahap kepuasan wanita boleh mempengaruhi jantina bayi.
Kononnya, jika wanita mencapai klimaks terlebih dahulu, peluang mendapat anak lelaki lebih tinggi.
Namun sekali lagi, ini hanyalah teori yang tidak dibuktikan secara klinikal.
Baca juga: Cikgu Kimia Ini Kongsi 2 Tip Merancang Jantina Bayi Perempuan, Ikut Logik Sains & Kekuatan Doa!
Kesimpulan
Hakikatnya, petua orang dulu rancang jantina anak yang diamalkan sejak dahulu lebih kepada ikhtiar dan kepercayaan masyarakat. Ia tidak salah untuk mencuba selagi tidak memudaratkan.
Namun penting untuk faham bahawa jantina bayi ditentukan oleh kromosom sperma, sama ada X (perempuan) atau Y (lelaki). Ini adalah ketentuan semula jadi yang tidak boleh dikawal sepenuhnya oleh manusia.
Jadi, daripada terlalu fokus kepada cara dapat anak lelaki atau cara dapat anak perempuan, lebih baik pasangan memberi keutamaan kepada kesihatan ibu dan kandungan.
Apa pun petua orang dulu, setiap anak yang lahir adalah rezeki dan amanah. Lelaki atau perempuan, kedua-duanya adalah anugerah yang tidak ternilai.
Sumber: Lemon8
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




