Ads

Datuk Ser Aliff Syukri Hulur RM40,000 Kepada Azar Azmi, “Ini Bukan Duit Saya Tapi Milik Rakyat Malaysia!”

Datuk Seri Aliff Syukri
Datuk Seri Aliff Syukri

Tergamam dengan jumlah wang yang dihulurkan, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menghulur wang tunai berjumlah RM40,000 kepada pelakon Azar Azmi selepas membuat siaran langsung semalam.

Setiap jualan dalam sesi jualan secara dalam talian malam tadi, Datuk dan Datin menghadiahkan RM5 buat Azar bagi setiap barang yang terjual.

Datuk Seri Aliff Syukri Beri Bantuan RM40,000 Kepada Azar Azmi

Datuk Ser Aliff Syukri Hulur RM40,000 Kepada Azar Azmi, “Ini Bukan Duit Saya Tapi Milik Rakyat Malaysia!”

Menurut Aliff, bantuan dihulurkan adalah atas rasa impati terhadap nasib yang menimpa Azar yang kesempitan hidup ketika ini.

“Saya bantu seorang wanita yang kesempitan hidup hari ini. Dia datang pada saya, minta kerja sebagai tukang ‘packing’ barang dengan gaji RM1,700.

“Tapi hari ini saya bantu dia, rakyat Malaysia sayang dia. Ini bukan duit saya tetapi milik rakyat Malaysia,” katanya.

Aliff juga memberitahu tidak keberatan untuk mengambil Azar menjadi pekerja di syarikatnya.

“Hari ini, saya ajak seorang wanita yang dahulunya terkenal bertemu, dia tak pernah dan tiada niat minta duit daripada saya.

Ads

“Mungkin selepas ini saya akan ambil dia bekerja sebagai kerani atau pembungkus barang di syarikat saya dengan gaji berjumlah RM2,OOO,” katanya lagi.

Ini Bukan Duit Saya, Tapi Milik Rakyat Malaysia!

Datuk Ser Aliff Syukri Hulur RM40,000 Kepada Azar Azmi, “Ini Bukan Duit Saya Tapi Milik Rakyat Malaysia!”

Melihat respons yang positif, Aliff melahirkan ucapan terima kasih kepada setiap individu yang membeli produk jualannya.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin. Kali ini kalian membeli sambil beramal.

Ads

“Selepas ini insya-Allah saya akan bantu pelakon Norish Karman yang katanya sedang sakit,” ujarya.

Sementara Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, tergamam dengan jumlah wang tunai diterimanya hasil jualan Aliff dalam TikTok

“Duit ini saya nak beli barangan keperluan anak-anak. Saya segan dan tak tahu nak cakap apa dan tidak tahu sudah berapa lama tiada duit.

“Saya terima apa sahaja tawaran kerja yang datuk berikan. Jumlah duit hari ini sebenarnya terlalu banyak.

Ads

“Sejujurnya saya terhutang budi dan semua yang datuk lakukan melebihi dari yang sepatutnya,” katanya yang tidak mempunyai akaun bank selepas kes dakwaan penipuan sebelum ini.

Platform Bantu Rakan Industri Yang Memerlukan

Datuk Ser Aliff Syukri Hulur RM40,000 Kepada Azar Azmi, “Ini Bukan Duit Saya Tapi Milik Rakyat Malaysia!”

Usaha ini bukan sekadar jualan biasa, tetapi menjadi platform untuk membantu rakan industri yang sedang memerlukan.

Sikap prihatin dan inisiatif Datuk Seri Aliff Syukri ini jelas membuktikan bahawa pengaruh media sosial boleh digunakan ke arah kebaikan, di samping memberi semangat buat Azar Azmi untuk terus kuat dan bangkit menghadapi hari mendatang.

Terdahulu, nama pelakon drama Nur 2 itu menjadi bualan selepas dia dan suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, direman serta didakwa di mahkamah atas kes sama.

Namun begitu, pelakon berusia 37 tahun itu dibebaskan dan akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes.

Gambar: Haiselebriti

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

azura

Azura Kongsi Pengalaman Puasa & Raya di Selepas 4 Tahun Ikut...

Pengalaman puasa di New York dikongsi Azura, wanita Malaysia dari Kedah. Cabaran Ramadan, raya di perantauan serta tip untuk wanita berhijrah.