Sebelum kahwin, apa yang keluar dari mulut pasangan semuanya baik. Layanan yang diberikan cukup memikat hati. Ayat-ayat pun cukup manis semasa bercakap. Mungkin itu sebelum kahwin kita tidak kenal sangat pasangan. Namun, selepas berkahwin, barulah nampak perangai sebenar pasangan. Kalau pasangan sama saja tiada beza sebelum kahwin atau selepas kahwin, beruntunglah.

Boleh dikatakan awal perkahwinan, semuanya manis, segala yang diminta akan dipenuhi dan tidak mahu mempersiakan pasangan. Apabila sudah menginjak beberapa tahun perkahwinan, pasangan mula kenal luar dalam.

Lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai anak, segala urusan rumah tangga dilakukan sepenuh hati. Kadang-kadang masa untuk berdua tidak sempat kerana lebih tertumpu kepada anak dan rumah tangga.

Jadi, bila pasangan mula bersuara dan mengeluarkan ayat ini, baik suami atau isteri kenalah faham dan jangan sesekali buat tidak faham. Kecik hati pasangan tau.

Perkongsian daripada Khairul hakimin ini boleh dijadikan panduan untuk pasangan suami isteri di luar sana. Kena faham dan mengerti apa yang dimaksudkan dengan ayat ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Tolonglah, Duduk Rumah Diam-diam, Bukan Bermakna Semua Kerja Isteri Buat

IKLAN

Isteri Bukan ROBOT, Asal Suami TOLONG Buat Macam Ni, BAHAGIA Nanti Hatinya

Info Lebih Menarik DI SINI

Ayat Suami Yang Isteri Kena Faham

1. Apabila suami minta air, memang dia nak air.
2. Apabila suami kata penat, dia memang penat dan nak rehat.
3. Apabila suami tanya dah masak ke belum, itu memang dia lapar.
4. Apabila suami tanya budak-budak dah tidur ke belum? Itu tanda dia rindu anak-anak.
5. Apabila suami cakap isteri cantik, memang isteri cantik.
6. Apabila suami cakap baju cantik, memang baju tu cantik.
7. Apabila suami cakap makanan yang dimasak isteri itu sedap, memang ia sedap.
8. Apabila suami cakap I Love You, memang benar dia cintakan isteri dia sungguh-sungguh.
9. Apabila suami cakap nak keluar malam, itu memang sekadar nak melepak kengkawan sahaja.
10. Apabila suami cakap nak diet, dia memang nak jaga kesihatan.

Walau hampir semua yang suami cakap itu akan berlaku salah faham.

IKLAN

Contohnya kalau kita cakap kita penat, dia akan cakap “memang awak je penat dalam dunia ni, kami semua takda penat pun, duk tengok drama je pagi petang siang malaammm.”

Atau kalau kita puji dia cantik, dia akan tanya “abang ni kenapa? Ada orang lagi cantik ke?” Atau baju tu cantik betul, dia akan cakap “yelah baju je cantik.”

Namun percayalah, para suami ini manusia yang paling jujur dalam dunia yang kalian pilih. Apa yang keluar dari mulut kami, semua betul! Percayalah!

IKLAN

Ayat Isteri Yang Suami Kena Faham

Harus faham, wajib faham, ya suami tiada pilihan lain kecuali faham.
1. Apabila beliau kata beg tangannya kecil, maka kita kena carikan yang besar.
2. Apabila beliau kata kereta tak ada minyak, tandanya nak kita bantu isikan minyak.
3. Apabila beliau kata lamanya tak pergi Sogo, Evo, IOI atau apa sahaja, tanda dia nak kita bawa dia pergi sana.
4. Apabila beliau kata dah lama tak dapat tengok drama, makanya eloklah kita bawa anak keluar jalan-jalan biarkan dia duk rumah sendirian menonton sekejap.
5. Apabila beliau kata dah lama tak keluar rumah walau hari-hari pergi kerja, itu tandanya nak bercuti.
6. Apabila beliau kata tangannya kosong ja, tak berseri, tandanya nak kena bawa ke kedai emas.
7. Apabila beliau suruh baca katalog Tupperware, tandanya kita kena tanya yang mana dia nak.
8. Apabila beliau ajak makan dekat luar, tandanya boleh jadi dia sendiri dah tak larat makan apa yang dia masak.
9. Apabila beliau marah-marah seharian tanpa ada sebab, tandanya mood tak baik, jadi kena ajak shopping.
10. Apabila beliau cakap “abang, esok saya gaji.” Tandanya esok dia malas masak. Dia akan beli FoodPanda ke apa ke asal tak masak. (beza ya dengan nombor 8.)

10 perkara ini tak ada alasan ya. Kena faham wahai suami sekalian. Kita semua sekadar boleh buat-buat tak faham, demam atau cirit birit sahaja. Alasan lain tak diterima.

Begitulah.

MW: Nanti boleh tag pada pasangan masing-masing. Memang betul pun apa yang dikatakan itu.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI