Sungguh aturan jodoh itu adalah dibawah kekuasaanNya. Bagaimana kita berusaha untuk mencari terbaik dan pasangan yang lebih ‘sempurna’, namun jika sudah takdir, tiada mampu menolaknya.
10 tahun merupakan satu tempoh yang panjang buat pasangan ini. Ditakdirkan pernah berkahwin dan berpisah sebelum ini, namun ikatan jodoh yang kuat menyatukan mereka kembali baru-baru ini.
Perkongsian kisah pasangan Wan Arnie Wan Yusoff dan Mohd Redha Jalil ini viral di Tik Tok menyentuh hati ramai. Hasil perkahwinan mereka pada 2009 dikurniakan cinta hati Adly Rafeq, hanya mampu bertahan setahun lebih, sebelum membawa haluan masing-masing. Selepas 10 tahun pasangan ini diijabkabulkan kembali pada 20 Mac baru-baru ini.
Berikut catatan yang dikongsikan oleh Arnie Yusoff
Hampir 10 tahun, berpisah.
Mencari haluan masing-masing.
Membina dan mencari cinta yang lebih sempurna.
Mengenali yang lain, mengharungi dugaan hari demi hari.
Hampir 10 tahun juga tak putus doa pohon dariNYA.
“Ya Allah, KAU dekatkanlah aku dengan orang yang baik untukku, agamaku, keluargaku. Jika sebaliknya, KAU jauhkanlah. Berikanlah yang terbaik untukku dunia & akhirat”
Hampir 10 tahun, sayang dan cinta pun sudah beralih arah dengan harapan mencari yang lebih sempurna dari sebelumnya.
Hampir 10 tahun, jika Allah dah katakan “Kun Faya Kun”
Jika Allah SWT berkehendak dan mengkehendakinya dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu, MAKA terjadilah ia.
Ads
Lain yang dirancang, lain yang jadi.
Hampir 10 tahun juga, akhirnya kami masing-masing berhenti mencari yang lebih sempurna.
Jika ini takdir DIA, kami cuba melengkapi.
Kami percaya dengan aturan DIA.
DIA yang lebih MAHA MENGETAHUI.
Halal yang indah.
Adly Rafeq, ibu hadiahkan ayah untuk awak yang selama 10 tahun ini, awak memahami ibu dan menemani ibu. Sekarang kita dah bertiga.
MW: Tahniah buat pasangan ini. Alhamdulillah walaupun berpisah hampir 10 tahun, jodoh menyatukan mereka kembali.Semoga ikatan yang baru dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Hebatnya bila pekerja yang dia buat tak ada rasa stres kerja. Pergi dan balik kerja dengan keadaan gembira. Rasanya semua orang inginkan seperti itu. Tapi, semua itu mungkin dalam mimpi.
Setiap orang pasti akan alami stres kerja. Banyak atau sedikit bergantung kepada bagaimana dia mengawalnya. Paling mudah untuk hilangkan stres tentulah dengan bercuti.
Tapi, cukupkah dengan hanya sehari untuk tenangkan diri ini. Lepas tu bila ke tempat kerja, stres bersambung balik. Rugilah, sebab ia langsung tidak membantu kita.
Ada cara nak tangani stres kerja, seperti yang dikongsikan oleh Prof Aziz Shah ini, kena ambil sekurangnya 3 hari cuti untuk tangani stres kerja.
Dalam perkongsian tiktoknya memberitahu bila kita stres dengan pekerjaan dan hanya ambil cuti sehari untuk berehat. Ia tidak banyak membantu untuk kita rasa lebih tenang. Ini kerana, ruang stres dan saki baki masih ada dalam diri kita.
Menurutnya, dalam lingkungan psikologi, sekurang-kurangnya kena ada tiga cuti baru boleh release stres. Ambillah cuti minima tiga hari, tinggalkan pekerjaan, tutup hp, mute grup watsap dan tumpukan pada keluarga.
Bawalah pergi bercuti bersama keluarga, gembirakan diri dan keluarga dan nikmatilah percutian itu.
Selain itu, boleh juga bercui dengan pergi ke pantai, masuk hutan atau tempat peranginan lain. Bergembiralah. Sampai tempohnya, masuk kerja kembali dengan rasa semangat baru.
Carilah me time untuk betul diri betul-betul happy dan tenang.
Mingguan Wanita : jangan lupa, balik kampung pun boleh buat djiwa kita tenang dapat berjumpa dengan keluarga, terus lupa hal-hal kerja. Dengan syarat, jangalah bos ganggu waktu cuti kita. Hihihi.
Ubai kongsi kos belajar memandu kereta auto cecah RM2700, soalnya “kenapa makin mahal…”. Isu kos daftar kelas memandu dilihat tidak sekata. Kelas memandu dilihat menwarkan pelbagai harga termasuk dengan pelbagai tawaran harga malah ada menyediakan pakej belajar sampai lulus.
Jika beberapa tahun ini kos belajar memandu kereta mencecah antara RM1500 ke RM1800 tetapi perkongsian dari Ubai Mz yang juga suami kepada Shila Amzah ini pasti membuka mata bahawa harga belajar kereta auto sudah mencecah lebih dari RM2500.
Dalam satu hantaran di aplikas X, pemilik nama sebenar Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bertanya mengapa harga belajar memandu kereta auto mencecah RM2700?
Tanyalah lagi, kenapa semakin mahal? Pada hal buku diberi dalam bentuk PDF dan bukannya secara fizikal lagi.
Tadi bawa adik pi daftar sekolah memandu. Harga lesen kereta auto RM2700 fuh.
Kenapa harga lesen kenderaan ni makin lama makin mahal ya?
Tambahnya lagi, “masih tidak faham kenapa mahal. Buku belajar memandu pun bagi dalam PDF tapi nak buat camne, aku pun dah bayar depo 900 redha je ler,” katanya dalam satu hantaran di X.
Dirinya kemudian turut berkongsi kelas memandu tersebut di aplikasinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai bersetuju dan bertanya soalan yang sama kenapa harga semakin mahal sedangkan kadar harga yang ditetapkan oleh kerajaan adalah seperti yang berikut:
Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450
Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100
Lesen Kereta Manual D – RM1150 hingga RM1300
Lesen Kereta Automatik DA – RM1250 hingga RM1500
Jauh berganda dari harga yang kelas memandu kenakan kepada pengguna.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kejadian yang berlaku di Bukit Mertajam ini, seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didera majikannya sebelum diselamatkan polis kelmarin, meninggal dunia petang semalam. Ketika ditemui mangsa mengalami kecederaan dengan kesan lebam pada kepala dan muka selain luka dan bernanah pada tangan serta kedua-dua kaki akibat didera majikannya di Taman Kota Permai. Mangsa juga dipercayai dipaksa majikannya tidur di luar rumah hanya beralaskan tikar dan ditemani anjing.
Mangsa yang dikenali sebagai Adelina, 21, daripada Medan, Indonesia dikatakan bekerja di negara ini hampir dua tahun, sebelum ini dirawat di Hospital Bukit Mertajam susulan kecederaannya yang agak serius.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid yang mengesahkan perkara tersebut berkata mangsa meninggal dunia jam 4.30 petang semalam di Hospital Bukit Mertajam.
Dua Beradik Ditahan
Susulan kejadian itu, dua beradik ditahan reman selama empat hari, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 39 dan 36 tahun bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.
Sementara itu, dalam laporan sebelum ini, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah,Asisten Komisoner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian itu terbongkar apabila orang awam menghubungi pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam bagi memaklumkan mengenai nasib malang menimpa pembantu rumah berkenaan.
“Selepas menerima maklumat itu, pengadu pergi ke rumah berkenaan untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati pembantu rumah berkenaan sedang duduk di kawasan pagar luar rumah.
“Pengadu cuba berinteraksi dengan pembantu rumah itu tetapi dia dilihat dalam keadaan takut dan hanya mengangguk kepala apabila ditanya,” katanya.
Nik Ros Azhan berkata,lelaki itu berjumpa dengan seorang wanita berusia 60-an dan bertanyakan mengenai perkara itu namun wanita itu mengingatkan supaya dia tidak masuk campur dalam urusan berkenaan.
Kes Disiasat Seksyen 324 Kanun Keseksaan
Katanya, tidak lama kemudian anak wanita berkenaan datang ke rumah dan membawa keluar mangsa.
“Pengadu telah menghubungi majikannya memaklumkan kejadian berkenaan sebelum mereka membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut.
“Kita cuba mengambil keterangan daripada mangsa namun wanita terbabit masih lagi dalam keadaan takut dan enggan untuk berikan keterangan,” katanya.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Buat para majikan yang mempunyai pembantu rumah, perlu ingat iya mereka juga merupakan seorang manusia.Janganlah melakukan perkara diluar batasan sehingga mampu mengakibatkan kecederaan secara fizikal sehingga membawa kematian.
Mayat tiga beranak ditemui mereput di dalam rumah, anak lelaki autistik. Tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di sini pada Selasa.