bawa-emas

Sekarang ini selain simpan duit, simpan emas pun boleh jadi satu pelaburan yang baik. Untung-untung bawa emas boleh jadi duit bila anda sedang melancong di luar negara.

Macam mana jadikan emas duit waktu melancong di luar negara pada 2 Mei lalu. Norhazlan Abd Hamid berkongsi pengalaman beliau sendiri.

Sewaktu melancong ke Istanbul Turki beliau dapati menukar wang di sana lebih memberi pulangan yang baik. Namun, pesannya bertanyalah dahulu sebelum membuat pertukaran, kerana ada juga peniaga yang menawarkan harga jauh lebih rendah.

Pengalaman Bawa Emas Dan Jual Di Luar Negara

Pengalaman jual emas di luar negara (Istanbul Turki)

Di sini saya ingin berkongsikan serba sedikit tentang pengalaman saya sendiri menjual emas Public Gold di Istanbul, Turki. Kedai Tower Gold Exchange ini terletak di alamat Bereketzade, Fırçacı Sk. No:2, 34421 Beyoğlu/İstanbul.

Pergi Ke Luar Negara Bawa Emas, Sesak-sesak Boleh Jual Jadi Duit

Saya menjual dua keping kad emas Public Gold (1 Gram x 2) di mana kedua-dua keluaran emas ini masing-masing adalah keluaran daripada Public Gold Minted (Design Quantitative Easing) dan Nadir Metal Refinery (Design Congratulation Wedding).

Pada ketika ini, kadar belian balik 1 gram yang ditawarkan oleh kedai ini adalah 900 TL (Turki Lira), jika ditukarkan di dalam bentuk ringgit Malaysia adalah sebanyak RM263. Jadi saya memperolehi wang tunai sebanyak 1,800 TL untuk jualan balik 2 gram emas Public Gold ini.

IKLAN

Apa yang menariknya di sini adalah pekedai tersebut menerima kedua-dua jenis kad emas Public Gold berkenaan tanpa membuka seal pun!

@publicgoldazlan 2 Mei 2022.Pengalaman Jual Emas di Luar Negara (Istanbul,Turki)#learnontiktok #simpananemas #tiktokguru #publicgoldazlan #TeamEmasALF ♬ Rancak Raya – Chorus – Fatia, Izzue Islam, Khai Bahar feat. Razmansyah, Yazmin Aziz

Baca sini : Wanita Ini Simpan Semua Emas Di Ar Rahnu Untuk Tunai Umrah Pertama

Pergi Ke Luar Negara Bawa Emas, Sesak-sesak Boleh Jual Jadi Duit

IKLAN

Emas Ini Wang Antarabangsa, Di Luar Negara Pun Diterima

Moral of the story, emas ialah wang antarabangsa, yang tidak mengenal kenal sempadan negara, wilayah atau benua. Jika dari Malaysia, nak jual emas di mana-mana negara tak jadi masalah. Di mana-mana negara pun, emas diterima. Selagi emas tu emas, dan tulen.

Kalau tuan-tuan melancong ke luar negara, jangan lupa bawa emas sebagai dana kecemasan. Sesak-sesak boleh jual untuk dapatkan cash.

Pergi Ke Luar Negara Bawa Emas, Sesak-sesak Boleh Jual Jadi Duit

TIPS TAMBAHAN: Sebelum jual emas, kita tanya dulu dengan pekedai. Sekiranya harga yang ditawarkan adalah munasabah (setelah dikira tukaran matawang negara tersebut kepada Ringgit Malaysia, barulah kita buat transaksi jualan emas berkenaan).

IKLAN

KAJIAN KES: Kami ada bertanya harga di satu kedai emas di London, UK. Mereka hanya ingin membayar £33 Pound untuk 1 gram emas (999) yang kita nak jual. Jika ditukar ke Ringgit Malaysia ianya bersamaan sekitar RM180 dan sama sekali tidak berbaloi untuk dijual!

Semoga bermanfaat dan jadilah penyimpan emas yang bijak

Begitulah.

Mingguan Wanita : Sebab itulah jangan perlekehkan sesiapa pun yang menyimpan emas. Seketul emas itu sebenarnya besar manfaat kepada mereka yang memilikinya. Sesak-sesak boleh bawa emas itu ke ar rahnu.

Sumber/Foto : NORHAZLAN ABD HAMID, Public Gold Business Owner

Boleh juga follow Nohazlan Abd Hamid di : https://linktr.ee/norhazlan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI