umrah-pertama

Ya, aku letak semua emas ku di Ar-Rahnu untuk umrah pertama’ demikian perkongsian Norazlina Harun. Wanita ini akui sukar baginya untuk memenuhi komitmen membuat simpanan setiap bulan.

Jika, dia tidak menyelesaikan masalah utamanya ini. Tentu sukar untuknya menunaikan impian mengerjakan umrah pertamanya. Akhirnya, dia berusaha dengan jalan membuat simpanan emas.

Kongsinya,

Dengan Emas Dapat Tunai Umrah Pertama

Kisah ini tak pernah aku cerita, tapi aku rasa perlu berkongsi cerita.

NOV 2019, aku, suami, tokma dan adik aku berangkat mengerjakan umrah. Kami antara jemaah terakhir yang pergi umrah sebelum covid melanda dunia.

Yang pernah baca kisah umrah pertama aku, masih ingat kah struggle aku kumpul duit untuk tunaikan umrah dalam masa yang singkat?

Dan sebenarnya, aku jenis susah nak simpan duit. Asal Simpan jer, ada bisikan daripada shoope lah.. Lazada lah.. Tu tak termasuk lagi yang beli direct daripada seller Fb.

IKLAN

Lagi satu aku species pantang tengok duit lebih dalam akaun. Ada jer aku nak beli. Tak kisah lah kedai ECO RM2 pun boleh habis ratus ringgit bila masuk. Allahuakhbar , boros. (doakan aku, tengah pose shopping barang yang merapu-rapu nih)

Baca sini : Cara tambah simpanan emas dengan Ar-Rahnu, lelaki ini tunjuk kiraannya

Sedar Diri Boros, Mula Kumpul Barang Kemas

Jadi bila aku sedar diri, yang betapa struggle nak kumpul duit bila diri ni jenis rapuh dengan duit, aku start beli barang kemas.

Dan satu-satu cara yang berjaya untuk aku kumpul duit pergi umrah.

IKLAN

Yes, aku plan.. Once dah ready aku akan letak barang kemas aku di Ar-Rahnu. Dan ALHAMDULILLAH ALLAH IZIN KAN AKU MENUNAIKAN UMRAH bersama suami. Tokma dan adik nov 2019.

Plan aku berjaya. Allahuakhbar. Indahnya bila dapat melihat kaabah dengan mata sendiri.
(banyak sangat yang ALLAH berikan masa berada di sana.. Indah yang tak boleh nak cerita)

Tak pernah terfikir, dengan emas aku mengerjakan umrah pertamaku.

Mesti korang fikir ruginya, gadai emas… Bagi aku tak rugi, sebab emas pun aku ambil balik dah.

IKLAN

Dan paling mahal, rezeki mengerjakan umrah.

Jadi aku nasihatkan dekat korang yang species macam aku, yang susah nak simpan duit, cubalah cara ini. Kita habiskan duit kita pada emas dan bila tiba waktunya, kita boleh gunakannya

Akhir kata, RINDU PADA KAABAH, SUNGGUH IA PASTI.

DOAKAN AKU DAPAT BAWA TOKMA MENGERJAKAN HAJI. AAMIIN.AAMIIN.YAMUJIB

Sumber/Foto : Norazlina Harun
Pengemar barang kemas dan jongkong emas

Cari telekung cotton original di sini : https://invol.co/cl8ykn5

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI