Sumber Foto : Wawawein Beaute

Bijak berbelanja Fasha Sandha bersyukur rezeki murah. Pelakon popular yang juga bergelar ibu kepada tiga orang anak, Fasha Sandha berasa sangat bersyukur kerana rezekinya dalam bidang seni sentiasa murah.

Bijak Berbelanja Fasha Sandha Bersyukur Rezeki Murah, Mahu Bantu Ibu Tunggal & Keluarga Susah 

Bijak Berbelanja Fasha Sandha Bersyukur Rezeki Murah

Menyentuh tentang dirinya menghadapi era pandemik yang serba mencabar, Fasha mengakui bernasib baik kerana mempunyai wang simpanan sendiri. Amalan menyimpan itu telah dipraktikkan sejak beliau berusia 18 tahun, sekali gus mengelakkan dirinya boros berbelanja.

“Saya memang suka menyimpan dan perkara itu telah saya praktikkan sejak mula bekerja. Saya tidak akan berbelanja secara berlebih-lebihan untuk perkara yang tidak penting seperti membeli beg tangan dan sebagainya.

“Selalunya saya hanya mengunakan 30 peratus daripada pendapatan saya untuk perbelanjaan dan selebihnya untuk simpanan. Perkara itu menjadi kebiasaan saya sehingga ke hari ini.

“Alhamdulillah amalan itu banyak membantu saya ketika keadaan memerlukan termasuk pada era pandemik melanda,” ungkapnya.

Bijak Berbelanja Fasha Sandha Bersyukur Rezeki Murah, Mahu Bantu Ibu Tunggal & Keluarga Susah 

Mahu Bantu Ibu Tunggal

Ketika bertemu dengan Fasha pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta yang juga pengguna setia produk kesihatan Gebu Glow yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini. Fasha menjelaskan penglibatan dengan jenama tersebut.

IKLAN

“Saya bersyukur apabila mereka memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan saya dan anggap ia sebagai rezeki buat keluarga.

“Lebih penting daripada itu, saya sebenarnya tersentuh apabila pengasas produk ini mengajak saya berkongsi misi membantu ibu-ibu tunggal dan mereka yang terputus rezeki untuk menjana pendapatan selepas melalui fasa panjang pandemik Covid-19.

“Saya mahu berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang dan membantu mereka yang berada dalam kesusahan dengan cara saya sendiri,” sambungnya lagi.

Bijak Berbelanja Fasha Sandha Bersyukur Rezeki Murah, Mahu Bantu Ibu Tunggal & Keluarga Susah 

Resipi Kekal Bertahan, Titik Berat Soal Disiplin Diri

Sudah hampir 16 tahun membina nama dan pengaruh dalam indusri seni, Fasha mempunyai resipi sendiri untuk terus kekal bertahan sehingga ke hari ini.

IKLAN

“Alhamdulillah selama lebih 16 tahun bergelar pelakon, tidak pernah sekali pun saya lambat tiba di lokasi penggambaran atau sebarang urusan berkaitan kerja. Selalunya saya akan tiba setengah jam lebih awal.

“Mungkin ia didorong pengalaman ketika saya bergelar seorang model dulu, di mana kebanyakan jadual kerja kami selalunya bermula sekitar jam 4 atau 5 pagi.

“Perkara itu menjadi kebiasaan saya sehingga ke hari ini dan saya akui sangat suka keluar bekerja pada awal pagi. Biarpun tidur lewat, namun saya tetap akan cuba untuk bangun awal kerana disiplin itu sudah terbentuk dalam diri

“Saya tidak pasti kenapa masih menjadi pilihan sehingga kini, namun saya sentiasa percaya disiplin diri dan kesungguhan dalam bekerja membuatkan saya masih ada di sini.

“Perkara sama saya pesan kepada adik saya, Elisya Sandha dan pelakon-pelakon baharu agar sentiasa menjaga disiplin diri. Ini kerana ia sangat penting dan akan mendorong kita bekerja lebih keras mengejar impian,” ujarnya yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Khilaf Asmara dan kini sibuk di lokasi drama 80 episod, Dendam Seorang Isteri.

IKLAN

Bijak Berbelanja Fasha Sandha Bersyukur Rezeki Murah, Mahu Bantu Ibu Tunggal & Keluarga Susah 

Menarik Lagi : Cara Pantas Fasha Sandha LIPAT BAJU Kemas & Teratur, 5 Saat Siap!

Fasha Beruntung Miliki Ibu Mentua Terbaik “Berhati Mulia, Selalu Ungkap Kata Manis, Mendoakan Baik-Baik Anak, Menantu”

Mingguan Wanita :  Suka dengan sikap Fasha yang sentiasa menepati masa.

Sumber Foto : Wawawein Beaute

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI