Dua beradik lelaki itu sering kelihatan berkeliaran dan bermain berhampiran tong sampah besar itu. (Foto : myMetro)

”Jiran selalu bagi makanan.” Kejadian malang berpunca daripada tiada pengawasan, bukan mereka lapar dan menyelongkar tong sampah untuk mendapatkan makanan.

Luah jiran berikutan kejadian yang menimpa dua beradik malang semalam. Kejadian menyayat hati ini membuatkan ramai yang tertanya apa yang sebenarnya berlaku ketika kejadian hingga meragut nyawa keduanya sekelip mata.

Jiran Selalu Bagi Makanan

Jiran dua beradik warga Myanmar yang maut selepas memakan sisa makanan dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi, dalam kejadian petang semalam, mengatakan kanak-kanak itu memang hidup terbiar.

Menurut jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Su Kasim, 42, makan minum dan tempat tinggal kanak-kanak itu diberikan jiran yang prihatin serta kasihan melihat keadaan mereka yang terabai.

“Kejadian malang yang menimpa mereka petang semalam kerana tiada pengawasan keluarga…bukan kerana mereka lapar kerana jiran sering beri makan dan minuman kepada kedua-duanya, malah badan mereka agak gempal.

“Saya sendiri hampir setiap hari memberi mereka wang belanja dan sesekali memberikan kuih kepada kanak-kanak itu untuk mengalas perut,” katanya lagi.

Kejadian Malang Berpunca Daripada Tiada Pengawasan

Tambah Pak Su Kasim, dua beradik lelaki itu sering kelihatan berkeliaran dan bermain berhampiran tong sampah besar yang letaknya cuma kira-kira 20 meter di hadapan rumahnya.

“Memang agak musykil, saya tidak pernah melihat mereka menyelongkar tong sampah itu, dan yakin kejadian ini berlaku bukan kerana mereka lapar, sebaliknya kerana sudah sampai ajal.

IKLAN

“Saya pun tak pasti apa sisa makanan yang dimakan mereka sehingga maut kerana tong sampah sama turut diselongkar kumpulan monyet liar, tetapi kami tidak pernah lihat bangkai monyet di kawasan ini,” katanya.

Baca Artikel Di Sini:

Kesilapan Anak Ajar Kita Erti Hidup, Kawal & Ambil Tahu Sejak Kecil

Anak-anak Terlibat Basikal Lajak Kadang-kadang Di luar Kawalan Ibu Bapa, Terikut Kawan & Ingin Menunjuk

IKLAN

Bukan Mereka Lapar

Dalam masa yang sama, jelas Pak Su Kasim yang menetap di kawasan itu lebih 20 tahun, kanak-kanak terbabit dan bapa mereka adalah ‘orang baharu’ yang masuk tinggal di kawasan berkenaan.

“Mereka boleh dikatakan baharu sahaja berada di kawasan ini…hanya mereka tiga beranak hidup merempat dan menumpang rumah penduduk, manakala ibu kanak-kanak itu sudah lama menghilangkan diri.

“Saya dan isteri tidak boleh tidur malam tadi mengenangkan penderitaan dua kanak-kanak itu yang berhadapan saat kematian yang tidak disangka seperti itu,” katanya.

Malahan katanya, dia dan isteri pernah menyatakan hasrat untuk mengambil kedua-dua kanak-kanak itu sebagai anak angkat, tetapi tidak direstui bapa mereka.

IKLAN

Dua Beradik Maut Makan Sisa Makanan

Dalam kejadian semalam, dua beradik lelaki warga Myanmar maut dipercayai selepas memakan sisa makanan yang dikutip dalam tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut.

Mangsa dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan adiknya, Ngei, 2, dilaporkan meninggal dunia di rumah jiran berhampiran tong sampah berkenaan pada jam 5.40 petang.

Mingguan Wanita : Apalah yang anak sekecil ini tahu, pasti apa yang berlaku ini berpunca daripada tiada pemantauan daripada orang dewasa.

Sumber : myMetro

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI