Selalu Ke Hulu Hilir Bersama, Tiba-tiba Liza Hanim Berjauhan Dengan Suami

Bermula hari ini, penduduk mukim Klang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Di sebalik arahan duduk rumah ini, penyanyi Liza Hanim juga terkesan.

Kerana terpaksa berjauhan selama 2 minggu dengan suaminya, Mohd Shahrin Mohd Samsudin.

Sewaktu aktif menyanyi dahulu, Shahrin merupakan anggota kumpulan Indigo. Dan kali ini, untuk rancangan realiti hiburan Gegar Vaganza 7 (GV7) Shahrin bakal menyertainya.

Memandangkan kawasan kediaman mereka terlibat dengan PKPB dan akan menyukarkan kelancaran urusan rehearsal, Shahrin membuat keputusan menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Baca sini : Jenis suka makan, Liza Hanim bongkar rahsia berat badan tanpa pil pelangsing

Dua Minggu Liza Hanim Berjauhan Dari Suami

Kongsi Liza Hanim,

IKLAN

Dia dah ready….

Perjuangan @shahrinsamsudin indigo di GV kali ni berbeza dengan perjuangan saya.

Kami terpaksa berpisah sekejap kerana Klang akan berada di bawah PKPB. Kerana komitmen @gegarvaganzaofficial , abang kena keluar kawasan.

IKLAN

2 minggu memang tak lama, tapi cukup lama untuk saya dan abang yang memang ke hulu ke hilir bersama…

Semoga abang sentiasa di dalam lindunganNya yang.”

#hatimenangissiapayangtahu

IKLAN

Pasangan ini dikurniakan dua orang anak perempuan, Marysa Qistina dan Marysa Qaireen. Sememangnya terasa lain bagi seorang isteri yang sentiasa ke mana saja ada suami di sisi. Apa pun, kejauhan itulah nanti yang mengajar erti rindu.

MW : Semoga wabak Covid-19 segeralah pergi dari bumi Malaysia ini.

Sumber/Foto : Liza Hanim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI