Sumber Foto: TV3 & Instagram Wafariena

Ternyata watak Nurul Ain yang digalas dalam drama tersebut berjaya memberikan impak besar, sekali gus memberi ruang baharu buat gadis ini meniti populariti. Meski memulakan kerjaya seni dalam bidang nyanyian, tuah ternyata menyebelahi Wafariena dalam lakonan apabila namanya mula dikenali ramai menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Watak Nurul beri impak pada Wafa.

Dalam pada itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu turut mengakui menerima banyak kecaman daripada netizen yang terkesan dengan lakonannya dalam drama tersebut sehingga terbawa-bawa dalam dunia nyata.

“Sepanjang drama tersebut disiarkan saya menerima pelbagai kecaman daripada netizen sehingga dihujani dengan pelbagai mesej langsung di Instagram.

Disiplin, Fokus & Doa. Tiga Cara Faye Kusairi Kuasai Watak Antagonis

IKLAN

Pengurus Terima Nasib Yang Sama

“Tidak hanya itu, pengurus saya juga menerima nasib sama dan dijadikan tempat meluahkan kebencian mereka, selain diganggu menerusi mesej dan panggilan telefon tanpa mengira waktu.

“Saya tidak ambil hati pun dengan kecaman tersebut kerana faham mereka hanya terbawa-bawa dengan watak dalam drama itu.

IKLAN

“Cuma ada masa rasa terkilan bila ada yang melampaui batas sehingga mencetuskan rasa kurang selesa pada saya dan keluarga,” akuinya.

Tidak Sangka Dapat Perhatian Sebegitu

IKLAN

Menurut pemilik nama lengkap Wafariena Roslan, 25, dia sendiri tidak menyangka mendapat perhatian sebegitu kerana masih baharu dalam bidang lakonan.

“Saya bermula dalam bidang nyanyian dan sebelum ini berusaha keras mencari peluang untuk mengetengahkan bakat dalam bidang itu. Tidak sangka pula apabila muncul dalam drama ini, orang mula nampak dan menerima saya.

“Saya percaya perhatian itu kerana watak Nurul Ain dan tempias populariti drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang berjaya menambat hati penonton,” ujarnya seperti yang ditemui di baru-baru ini.

Sumber Foto: TV3 & Instagram Wafariena