Membaca jambatan ilmu, meluaskan ilmu pengetahuan. Namun zaman sekarang payah nak jumpa anak-anak yang suka membaca buku bagi mengisi masa lapang. Pengaruh gajet dan televisyen yang paling utama menyebabkan anak-anak susah nak ‘pegang’ atau rasa seronok nak baca buku.Baca buku hanya bila perlu, itupun ketika nak jawab periksa atau ujian di sekolah.

Sebenarnya budaya membaca ini boleh diterapkan daripada kecil oleh didikan mak ayah sendiri. Ada 5 cara mudah nak bagi anak gilakan buku menurut perkongsian Dr Taufiq Razif ini.

1.Bagi Anak Kita Authority Dulu

Ya, biarkan anak kita yang pilih buku dengan bebas dan sesuka hati dia. Mula mula memang la dia baca buku komik atau buku yang tak berfaedah dulu tapi bila cinta pada buku tu dah berputik lama kelamaan semua jenis buku pun anak kita akan jatuh cinta.

2.Jaga ‘state’ anak ketika dia bersama buku

Masa anak tengah membaca, jangan pergi jerkah atau pergi tengking dia. Walaupun dia koyakkan buku sekalipun! Kita taknak emosi dan pengalaman negatif tu dikaitkan (anchored ) pada buku tu.

IKLAN

3.Jangan Paksa Anak Membaca

Tugas kita bukan memaksa anak tetapi tugas kita adalah bagaimana kita nak anak kita tu ada ‘wonderful feeling’ bila tertengok buku buku tersebut.

4.Jadikan Diri Kita ‘Teachable’

Sekali sekala tu buat buat je macam kita tak tahu apa-apa dan minta anak kita ajarkan perkara perkara yang ada di dalam buku yang anak kita sedang baca tu. Ianya satu perasaan yang indah bila anak kita rasa dengan membaca buku, mereka sebenarnya sedang’ contribute’ sesuatu pada mak ayahnya juga

5.Jadikan Diri Kita Model Terbaik

Kebiasaan ataupun habit kita ni sejenis benda yang senang ‘tular dan berjangkit ‘ pada anak kita. Itulah kenapa kalau habit kita suka main handphone setiap hari di depan anak-anak, maka habit tu pun akan melekat pada mereka.

IKLAN

Begitu juga kalau habit kita setiap hari adalah membaca buku di depan mereka. Lama kelamaan habit tu akan berjangkit pula pada anak anak kita.

p/s : Malam ni sebelum tidur, boleh la bacakan buku cerita pada anak anak. Pilih cerita yang baik-baik kerana cerita sebelum tidur ni boleh meningkatkan imaginasi dan ‘inner vocabulary’ anak kita.

IKLAN

p/s : Saya suka kongsi ilmu parenting eksklusif di Telegram Channel saya. Dah ada lebih daripada 140 ribu orang kat dalam sana. Klik link ni untuk ke sana ? t.me/NotaTaufiqRazif

MW: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan buat mak ayah agar anak-anak cintakan buku.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI