Tepuk Bahu, Pegang Pipi, Itu Semua Sentuhan Magik Lembutkan Hati Anak

Bapa ini, Ammar Kamilin kongsi panduan tambah baik cara mendidik anak-anak melalui teknik yang dipanggil ‘sentuhan berpengaruh’.

Amalan ini juga dipraktikkan oleh rasulullah SAW di kalangan sahabat baginda. Betapa sentuhan seperti tepuk bahu, tekap tapak tangan ke dada malah pegang pipi boleh melembutkan hati seorang anak buat apa yang mak ayah minta.

Tambah Baik Cara Mendidik Dengan Sentuhan Magik Mak Ayah

Ada satu perbuatan kecil yang jika diamalkan, ada kesan besar dalam mendidik anak-anak.
Kita mungkin sudah mengamalkannya, tetapi tak perasan itu adalah amalan yang baik.

Atau, jika belum, saya ceritakan pagi ni.
Saya panggil teknik ini, ‘sentuhan pengaruh‘.

Ada dalam beberapa hadith menunjukkan Nabi Muhammad sendiri mengamalkan perbuatan ini bagi tujuan mendidik sahabat.

Apabila kita mahu meminta anak-anak untuk membantu kerja-kerja di rumah. Selalunya, kita mungkin memanggil dan memberi arahan terus kepada mereka.

Mulai hari ini, tambah baik cara itu dengan teknik ‘sentuhan pengaruh‘.

1. Panggil anak.
2. Apabila dia sudah di depan kita, pegang tangannya atau tepuk dan lekat terus tangan kita di bahu mereka.
3. Pandang wajah mereka, berikan arahan, “Iman, tolong abah vakum rumah ya.”
4. Selepas mereka angguk, lepaskan sentuhan.

Teknik ‘sentuhan pengaruh’ digunakan dalam langkah ke-2.

Dalam kelam kabut, banyak perkara nak diselesaikan di rumah, biasanya arahan hanya diberi melalui jeritan jarak jauh.

Cara begitu, mudah dianggap sebagai ‘paksaan’.

Bayangkan Jika Mak Ayah Melalui Situasi Ini

Sama seperti kita di pejabat.

Hari ini semakin teruk. Arahan dikeluarkan hanya melalui whatsapp. Tiada lagi ‘mutual respect’ seperti dulu.

Saya ingat, awal bekerja tahun 2000 dulu. Setiap kali ada tugas baru, pegawai atasan saya ketika itu akan panggil dan tepuk di bahu sambil berkata, “Eh, kita ada task baru ni. Awak tolong saya boleh?”

Perbuatan tepuk bahu itu mudah.
Tapi, bukan semua orang boleh buat.

Bagi saya, sentuhan itu magik.
Seorang yang tinggi levelnya, sentuh kita.
It’s something!

Susah sangat nak faham, bayangkan Tun M lalu depan kita dan bersalam. Tak cukup itu, tiba-tiba dia tepuk bahu kita!

Wow, imagine that. Coat yang dipakai tu, confirm masuk frame, gantung di rumah.

 

Tepuk Bahu, Pegang Pipi, Itu Semua Sentuhan Magik Lembutkan Hati Anak

Anak-anak Pun Akan Alami Perasaan Yang Sama

Perasaan sama ada pada anak-anak.
Apabila ibu bapa meminta bantuan, sambil sentuh mereka. Itu sangat besar.

Sentuhan seperti tepuk bahu, tekap tapak tangan ke dada, pegang pipi, itu semua magik. Perbuatan mudah, tapi impaknya besar.

Ini Rahsia Orang Berpengaruh

Ok, sikit lagi ya. Nak reveal rahsia orang berpengaruh.

Apabila kita bersalaman, mereka akan sentuh lengan atau siku kita. Cuba perhati selepas ni.

Nampak macam benda biasa.
Itu adalah tanda, dia sedang sentuh ‘butang akrab’ kita.

Jika kita rasa selesa, itu tanda dia boleh masuk atau ngam dengan kita.
Dapat sesuatu?

Jangan lupa praktis pada anak.
Sebaiknya, sejak kecil ni.

Insya Allah, hati mereka mudah ditakluki.

MW : Dah faham kan, selepas ini bolehlah gunakan teknik sentuhan berpengaruh bila nak minta bantuan anak ya.

Sumber/Foto : Ammar Kamilin

Artikel berkaitan :

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.