Bercuti Dengan Anak-Anak, Mak Ayah Jangan Penting Diri!
Barisan Tetamu Jemputan Topik Ragam Anak Bercuti

Tidak lama lagi cuti sekolah muncul kembali. Sudah pasti ada antara kita yang mengambil peluang ini untuk bercuti bersama anak-anak. Mingguan Wanita Talkshow Selasa 6 Ogos 2019  yang dihoskan oleh Siti Elizad dan Radin Amir pagi tadi membincangkan topik Ragam Anak Bercuti.

Bercuti Dengan Anak-Anak, Mak Ayah Jangan Penting Diri!
Puan Faradine berkongsi tip mengawal anak meragam dengan hos Radin Amir dan Siti Elizad

Banyak tip menarik yang boleh diguna pakai oleh mak ayah yang mahu membawa anak-anak mereka bercuti seperti yang dikongsikan oleh tetamu-tetamu jemputan.

Bertenang Jika Anak Tantrum

Ibu bapa kepada 5 orang anak iaitu Puan Hyde Jaafar dan suaminya Encik Mus berkongsi pengalaman bagaimana mengawal anak tantrum ketika bercuti.

Melalui perkongsian tersebut Puan Hyde menjelaskan tantrum atau anak meragam adalah perkara biasa yang dihadapi oleh mak ayah.  Apabila anak tantrum, mak ayah perlulah bertenang. Paling penting dalam mengawal situasi sebegini adalah kerjasama antara mak dan ayah dalam menguruskan anak-anak yang tantrum itu.

Tip Elak Anak Meragam

Sebelum tiba ke destinasi pilihan, sudah pasti kita perlu melalui perjalanan yang panjang untuk ke tempat yang dituju.Menaiki kapal terbang adalah cara terpantas untuk menuju ke lokasi percutian pilihan.

Perunding Percutian, Puan Faradine Nordin menitipkan tip yang boleh digunakan oleh mak ayah untuk mengelak anak meragam ketika berada di dalam kapal terbang.

IKLAN
Berikut adalah antara tip yang disarankan:

1-Sebaik-baiknya pilih penerbangan pada waktu malam bagi  membolehkan anak-anak tidur sepanjang perjalanan.

2-Jika mampu, beli hot seats kerana ruang hadapan lebih luas. Ini membolehkan anak-anak duduk dan bergerak dengan selesa.

3-Apabila berada dalam kapal terbang, sudah pasti anak-anak akan mengalami masalah telinga berdengung ketika berada dalam altitud tinggi. Untuk mengalih perhatian mereka, mak ayah boleh beri mereka makan. Ini kerana apabila anak-anak mengunyah makanan, ia mampu menghilangkan masalah telinga berdengung.

IKLAN

4-Jika ada gajet, mak ayah bolehlah download apa-apa sahaja hiburan dan permainan yang sesuai dengan anak-anak. Berikan kepada anak-anak untuk menghiburkan diri mereka.

5-Beli mainan baru buat anak-anak. Tetapi pastikan mainan itu jenis yang tidak bergerak dan boleh menganggu penumpang lain.

Banyak lagi tip-tip berguna yang dikongsikan oleh tetamu termasuklah daripada selebriti dan artis Zarina Zainuddin. Persembahan menarik daripada Dayang Nurfaizah pun ada.

IKLAN
Bercuti Dengan Anak-Anak, Mak Ayah Jangan Penting Diri!
Zarina Zainuddin turut berkongsi cerita.

Sekejap sahaja lagi, pada pukul 5 ada siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.

Jom tengok!

#MingguanWanitaTV

#AstroPrima

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI