Sejak sekolah dibuka sepenuhnya, orang paling sibuk untuk memastikan murid mendapat makanan terbaik tentulah pengusaha kantin sekolah. Mesti pelbagai perancangan bagi memastikan anak-anak murid dapat makanan sebaiknya bila tiba waktu rehat.
Paling seronok, tentulah murid. Setelah sekian lama tidak membeli makanan di kantin sekolah dan sebelum ini masa rehat hanya makan di dalam kelas saja disebabkan pendemik covid-19. Mesti tak sabar nak tahu menu-menu menarik yang dijual nanti.
Tertarik dengan post di Facebook tentang seorang pengusaha kantin sekolah yang menjadikan seperti kantin ala cafe. Makanan yang dijual juga cukup menarik. Melihat pada gambar-gambar yang dikongsi pun kita boleh tahu betapa seronoknya murid bila banyak pilihan makanan.
Kantin Sekolah Ala Cafe Demi Kepuasan Guru & Murid
MW sempat menemubual pengusaha kantin ini, Mohd Fahmi Ahmad, 39 tahun yang diusahakan bersama isterinya, Nadirah Azizan, 38 tahun.
Menurut Mohd Fahmi, kantin SK Taman Seri Wang, Sg Petani ini kantin ke 3 dan sebelum ini pernah mengendalikan kantin di SKM Aman Jaya, Sungai Petani dan Sek Kebangsaan Pauh Jaya, Pualau Pinang.
“Tercetusnya idea ini kerana saya bermula dengan membuka cafe di Puncak Alam, Selangor. Apabila berhijrah ke negeri kelahiran, saya mendapatkan tender untuk menjadi pengusaha kantin. Dari situlah saya cuba untuk lakukan dan jayakan sebuah kantin sekolah menjadi ala cafe,” katanya yang mempunyai 12 tahun pengalaman dalam pengusahaan ini.
Ads
Bagi memastikan kantin sekolah seperti ini, dia sanggup membuat ‘full renovation’ termasuklah dekorasi bilik makan guru dan tempat makan. Lebih membanggakan, segala pengubahsuaian ini menggunakan kos dia sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.
“Malah, idea untuk membuat pengubahsuaian kantin ini kerana murid sekolah ini ramai dan ia memberi semangat untuk jadikan kantin lebih baik. Saya juga tidak pentingkan keuntungan berlebihan kerana bagi saya kepuasan guru dan murid lagi penting,” katanya yang telah berjaya menjadi Johan Kantin Terbaik Kebangsaan pada tahun 2019.
Kongsi Rezeki Dengan Pekerja
Dengan menu yang menarik seperti nasi berlauk, hidangan barat (chicken chop, spagetti, carbonara), nasi goreng, mee goreng, minuman dan sebagainya tentu akan terfikir berapa ramai pekerja dan masih sempat untuk sediakan semua hidangan ini?
Kata Mohd Fahmi, mereka bermula sewal jam 5.30 pagi dan mempunyai seramai 11 orang pekerja termasuk seorang chef yang kreatif. Mungkin akan terfikir terlalu ramai pekerja bagi sebuah kantin sekolah.
“Kebanyakan pekerja saya terdiri daripada ibu tunggal, B10 dan anak yatim. Dari sinilah saya dapat berkongsi rezeki dengan mereka. Kita jangan kedekut untuk bayar gaji pekerja. Kerana mereka jugalah kita, pelbagai menu dapat disediakan,” katanya.
Ads
Bukan Mencari Keuntungan
Menjadi pengusaha kantin, sudah tentulah pelanggan terdiri daripada guru dan murid saja. Dengan pelbagai menu ini juga boleh dikatakan 90% guru dan murid akan membeli makanan di kantin.
“Bila kita harapkan guru dan murid, jadi dah tentulah kena pelbagaikan menu untuk menarik mereka datang membeli. Dari segi harga pun kami tetap standard seperti sekolah-sekolah lain.
Berkenaan dengan harga makanan pun, Mohd Fahmi tidak nafikan turut menerima komen yang mengatakan deko kantin dan harga begini kerana sekolah bandar dan murid-murid pun dari kalangan orang berada.
“Jangan buat perbandingan. Baik sekolah bandar atau kampung, boleh saja buat cara ini. Nak seribu daya. Jangan anggap kantin yang kita usahakan itu hanya sekadar untuk cukup makan dan pendapatan yang biasa-biasa saja,” katanya yang mahu ubah dari biasa kepada luar biasa.
Ads
Biasa Ke Luar Biasa
Dalam pada itu, Mohd Fahmi turut memberi nasihat kepada pengusaha kantin di luar sana supaya tidak mementingkan keuntungan. Jadikan yang biasa kepada luar biasa dan lakukan usaha-usaha positif dengan perubahan yang baik.
“Jangan takut untuk buat menu baru atau banyak makanan. Selalunya, ada berfikiran, kalau buat menu baru murid tak makan. Sebenarnya, bila ada menu baru, murid seronok untuk cuba dan membeli,” katanya yang memegang prinsip menjual sambil bersedekah pada murid.
Mohd Fahmi juga memiliki perniagaan makanan di Jeniang, Kedah iaitu Restoran Nasi Kukus Ayam Cincang dan Manggo Shake yang sangat popular di situ.
Pembentangan senarai kabinet 2020 semalam mencatatkan nama Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Perlantikan itu menjadikan Dr Zulkifli satu-satunya mufti yang dilantik sebagai menteri. Sebelumnya, Dr Zulkifli menyandang jawatan Mufti Wilayah Persekutuan sejak Jun 2014 sehingga 9 March 2020.
Sebagaimana yang dikongsikan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ini, doanya agar perlantikan Dr Zulkifli dapat dijadikan asbab hidayah. Untuk melahirkan masyarakat yang bersatu hati dekat denganNya.
Menteri Agama Negara Yang Dihormati
Syukur Alhamdulillah. Tahniah Tuan Guru Sahibus samahah Dato Seri Dr @drzulkifli.albakri yang teramat saya hormati dan sayangi Menteri Agama Negara kita. Betapa masyarakat dan anak muda kita memerlukan usaha berterusan terutama dalam membina jiwa anak muda dengan Islam.
Beliau seorang sangat rendah diri dan baik. Ingatlah lagi beberapa kali ceramah bersama. Dan saat jumpa di pejabat.
Sangat tawaduk dan kuat memikirkan keadaan masyarakat dan membangunkan Malaysia dengan Islam dan kebaikan.
Di wajahnya tergambar sedih bimbang atas masyarakat ini masa berbincang keadaan usaha dakwah kepada golongan anak muda di club, tepi jalan,anak remaja, membantu yang ingin belajar Islam… Tahniah Dr Zulkifli Al Bakri. Allah sayang yang Mulia Ustaz Dr Zulkifli.
Ya Allah bantulah guru dan alim yang amat kami muliakan dan hormati ini. Jadikanlah ini semua asbab hidayah. Usaha dakwah dan kasih sayang serta keadaan masyarakat kita bertambah satu hati dalam mendekatkan diri pada Allah.
Ya Allah bantulah dan rahmatilah negara Malaysia ini jadi asbab hidayah seluruh alam. Ya Allah terimalah dan berkatilah negara kami.
Dr Zulkifli Mentahnik Bayi Yang Baru Lahir
Sepanjang menyandang tanggungjawab sebagai mufti, Dr Zulkifli terkenal dengan perwatakan warak dan sopan. Beliau sering dikunjungi ibu bapa yang ingin memintanya mentahnikkan bayi yang baru lahir.
Malah, beliau juga aktif menjawab dan berkongsi ilmu agama di laman sosial miliknya. Menjadikan golongan anak muda lebih mendekati beliau.
Dr Zulkifli merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa.
MW : Alhamdulillah.. syukur, semoga negara Malaysia terus dirahmati dan diberkatiNya.
Dua tiga hari ini kecoh dengan berita kematian warga emas selepas menikmati hidangan laksa. Sampai ada mak-mak pakat-pakat nak pantang makan laksa. Kenapa pula laksa dipersalahkan?
Dalam posting facebook Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setah, Kedah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor menjelaskan perkaitan laksa dan kematian.
“Dua orang mati selepas makan LAKSA. Apa kaitan antara laksa dan kematian? Inilah yang pernah saya tulis mengenai kaitan di antara punca dan akibat (“causal relationship”).”
“Bila berlaku kes kematian akibat makan laksa, adakah semua orang kena PANTANG MAKAN LAKSA? Jawapannya TIDAK sebab punca kematian bukan laksa tetapi pencemar yang ada di dalam laksa.”
Pencemar ini telah menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makananlah yang menjadi punca kematian.
“Di antara pencemar yang boleh menyebabkan kematian adalah bakteria, virus, toksin, sebatian kimia (racun serangga dan lain lain) dan logam berat.”
Kesimpulannya, punca masalah adalah PENCEMAR dan akibatnya KEMATIAN. Laksa tidak bersalah jika ianya tidak tercemar. Orang lain tidak perlu pantang makan laksa.
Bakteria Dari Jenis Ganas Akan Cepat Merebak
Dalam posting yang lain pula beliau menjelaskan agar penyakit bawaan makanan ini jangan diambil ringan. Sebab makanan keperluan harian manusia.
“Manusia mengendalikan makanan dan minuman sepanjang masa, bakteria sangat mudah dipindahkan daripada seorang kepada orang lain, dari satu lokasi ke lokasi lain.”
“Jika bakteria itu daripada jenis yang ganas dan cepat merebak maka kesannya sangat cepat.”
“Sukar untuk mengesan pembawa sebab mereka tidak ada gejala tetapi mereka melepaskan bakteria di dalam najis dan air kencing.”
Elak Jadi Keracunan Makanan, Doktor Pesan Buat 13 Perkara Ini
Sementara kes keracunan makanan masih lagi dikesan dan berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan, maka kalau boleh :
√ Jangan makan di luar.
√ Inilah masanya kita pakat masak di rumah dan makan di rumah.
√ Beli bahan-bahan mentah secukupnya.
√ Pastikan membasuh makanan sebaik-baiknya dengan air yang dirawat.
√ Elakkan makanan separuh masak.
√ Simpan makanan mentah pada suhu 0-4 darjah selsius.
√ Jangan campur makanan yang sudah masak dan mentah.
√ Nyahbeku makanan mentah dengan sempurna.
√ Masak makanan dengan sempurna.
√ Masak air hingga mendidih.
√ Jika ada gejala keracunan makanan cepat-cepat jumpa doktor.
√ Minum air dalam botol lebih selamat.
√ Akhir sekali pastikan diri sendiri itu bersih dan bukan pengotor.
Penjaga taska hempuk kepala anak saya, ibu bayar sebulan RM1300 kongsi anak didera. Masih tidak belajar dari kejadian lepas dan tidak mengambil iktibar ada pengasuh di penjarakan hanya kerana terlibat dalam penderaan kanak-kanak di taman asuhan.
Kali ini ia berlaku ke atas seorang ibu, Rin Azmin yang berkongsi kisah anaknya didera di taman asuhan. Kos bulanan dibayarnya mencecah RM1300 sebulan dan dirinya mengakui selalu hanya membaca kisah anak orang lain didera tetapi kini terjadi kepada anaknya sendiri.
Pengasuh Taska Hempuk Kepala Anak Saya
Baca kronologi dikongsikan oleh ibu ini.
Kejadian der* kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Kronologi kes:-
3/8/2023 :-
Rania mengadu dan nangis “Mama, Nia tak nak pergi school, Nia takut”.
Saya telah memohon dari pihak taska untuk tengok cctv kerana bimbang kenapa dia takut pergi school sedangkan dia dah lama kat situ. Tapi jawapan dari staff sana.
“Maaf puan untuk cctv kami tak dapat bagi tengok”. Saya telah menghubungi HQ taska sendiri untuk dapatkan kebenaran tengok cctv.
Malangnya saya hanya diberi tengok secara rawak macam tu je. Saya juga kecewa kerana mereka tidak melakukan investigation secara menyeluruh selepas saya membuat laporan anak saya takut ke school tersebut.
30/8/2023 :-
Husband s aya telah mengambil Rania dari taska pada pukul 6 petang, dan staff dia yang bernama Athirah(pendera) telah mengatakan pada suami saya.
“Maaf tuan, saya telah terlanggar Rania waktu playtime bersama budak-budak lain. Tapi kami dapati ada kesan cubitan di pipi kiri dan kanan anak kami dan lengan. Anak saya mengadu sakit masa saya basuh muka dia.
Sy telah memohon untuk tengok cctv dari pihak taska pada malam Rabu tapi tiada respons. Saya cuba call taska tapi tak dapat.
Ibu Bayar Sebulan RM1300 Kongsi Anak Didera
1/9/2023 :-
Saya telah mengambil cuti dan pagi tu cuba hubungi lagi HQ taska, tapi tak dapat. Saya pergi dengan tujuan untuk tengok bukti anak saya jatuh. Mereka tak benarkan atas alasan HQ staff ramai yang cuti dan mereka ada meeting lain untuk attend. Saya dimaklumkan hanya boleh tengok cctv pada isnin pagi.
4/9/2023 :-
Suami saya telah pergi tengok cctv dan dapati Athirah (pendera) telah mencubit dan menghempuk kepala Rania ke lantai. Saya terkilan sebab staff lain hanya tengok je macam bend aini dah biasa berlaku.
Sekarang Rania warded untuk further checkup for both external & internal injury. Mohon doakan anak saya. Katanya dia terlanggar anak kami dan Rania terjatuh sedangkan dia yang hempuk-hempuk kepala anak aku!”
Alahai…comel sangat abang ni. Walaupun tarik ke tepi adik dia, sempat lagi dia selimutkan adiknya. Mahu tak terkejut maknya, tiba-tiba abang pula dok tidur sebelah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...