Rutin mandi, solat bersama, rahsia pengikat hubungan Janna Nick dan Dini. Sempena sambutan ulang tahun perkahwinan pertama Dini dan Janna yang diadakan di sebuah hotel di Putrajaya semalam, Dini telah mengungkap detik bahagia bersama isterinya.

Rutin Mandi, Solat Bersama, Rahsia Pengikat Hubungan Janna Nick & Dini

Rutin Mandi, Solat Bersama, Rahsia Pengikat Hubungan Janna Nick & Dini

Dalam sebuah video ucapan khas sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka semalam, Dini atau nama lengkapnya Dini Azan Schatzmann, 30, memberitahu rutin mandi dan solat bersama menjadi pengikat hubungan mereka sepanjang berumah tangga.

Walaupun Dini dan Janna sentiasa sibuk dan pulang lewat ke rumah, rutin tersebut tetap cuba dilakukan bersama.

“Banyak hal dalam kehidupan kita dirakam dan dikongsikan, tetapi ada banyak momen yang orang tidak nampak yang kita tak kongsikan.

“Rutin kegemaran kita ialah setiap hari siapa yang balik rumah dahulu dia akan tunggu untuk mandi bersama, kemudian kita akan solat.

“Saya akan sikat rambut awak sebelum masuk tidur. Seandainya saya balik lewat sangat atau awak balik lewat sangat, dan rutin itu kita tak buat saya rasa hari saya itu tidak lengkap,” katanya dalam video Instagram.

Kenangan ketika menunaikan umrah

Kenangan ketika menunaikan umrah di Tanah Suci sebagai lokasi bulan madu juga merupakan detik terindah yang sukar dilupakan.

“Kenangan kegemaran saya ialah pergi bersama menunaikan umrah. Awak berjaya membuatkan perancangan ke sana itu berjaya.

“Saya berasa pengalaman ke sana itu sangat bermakna dan perkara itu juga terbaik untuk permulaan rumah tangga kita,” katanya.

Dalam pada itu, Dini turut berbangga dengan isteri tersayang yang sering bersikap positif dalam usaha memajukan kehidupan mereka di samping menjalani kehidupan yang lebih baik.

IKLAN

“Awak suka merancang masa depan yang baik dan menjadikan setiap mimpi itu menjadi kenyataan.

Rutin Mandi, Solat Bersama, Rahsia Pengikat Hubungan Janna Nick & Dini

“Saya paling suka momen di mana kita selalu berbincang bagaimana kita hendak lakukan yang terbaik pada masa depan. Apa yang kita patut kita cuba.

“Awak nak sambung belajar, saya sangat menykong dan saya hendak melihat awak sambung pengajian dan saya pun ingin sambung belajar biarpun saya tak sula belajar” ujarnya lagi.

Malah, Dini turut mengatakan Janna telah berjaua mengubah dirinya menjadi seseorang yang lebih baik dalam pelbagai aspek.

Rutin Mandi, Solat Bersama, Rahsia Pengikat Hubungan Janna Nick & Dini

IKLAN

“Saya sangat bersyukur apabila awak berjaya mengubah saya menjadi seorang lelaki yang saya tidak pernah terbayangkan sebelum ini,” ungkapnya.

Sambutan ulang tahun perkahwinan pertama Dini dan Janna diadakan di sebuah hotel di Putrajaya semalam.

Untuk info, pasangan terbabit melangsungkan perkahwinan di sebuah resort di Langkawi pada 10 Jun tahun lalu.

Majlis yang berlangsung secara tertutup itu menyaksikan Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka 27 Mac 2019.

Sumber: Kosmo online Instagram Dini Schatzmann dan Instagram babarabeer-makeup

Baca artikel lain juga: Majlis Resepsi Janna Nick Ala Barat, Ustaz Wadi Beri Penjelasan Kenapa Balik Awal. Hukum Tetap Hukum…

IKLAN

Janna Nick Lebih Selesa Bersihkan Solekan Segera, Kulit Wajah Lebih Segar Tidak Melekit

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim

Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.

Nantikan Vodcast Sembang Wanita Xtra Bersama Usahawan Daun Pandan pada 15 Mei 2024,8pm.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI