Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner mengakui bahawa telah pelbagai cara dilakukan untuk hamil namun dia masih belum dikurniakan berita gembira yang sangat-sangat dinantikan. Janna kepingin membuat kejutan ‘dua garis’ buat suaminya Dini Schatzmann.
Janna Nick Sudah Buat Macam-macam, Belum Rezeki Dikurniakan Zuriat
Setiap kali hendak memeriksa keputusan ujian kehamilan, Janna mengakui hatinya sering berdebar. Sedih kerana bila hanya ada satu garisan namun Janna perlu memaksa diri menerima kenyataan yang belum ada rezeki untuk memiliki cahaya mata.
Mana-mana pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengharapkan cahaya mata sebagai pelengkap hubungan suami isteri. Bagaimanapun tidak semua pasangan dikurniakan zuriat dalam tempoh cepat.
Ads
Soal zuriat juga dianggap perkara paling penting dalam sebuah keluarga bagi menjamin kesinambungan keturunan. Dugaan yang datang dalam menanti kehadiran cahaya mata perlu diterima dengan keterbukaan hati dan fikiran.
Gementar Setiap Kali ‘Check’ Keputusan Ujian Kehamilan
INI ANTARA USAHA YANG JANNA LAKUKAN:
Ads
*Janna juga sanggup berkorban melakukan aktiviti kegemarannya seperti yoga, senaman berat dan sauna bagi memastikan dia dapat hamil.
*Mengamalkan pelbagai jenis suplemen. Kesannya wajah naik jerawat yang besar-besar.
Ads
Janna mengakui bahawa bukan mudah melalui proses kehamilan dan berdoa agar semua wanita yang sedang berusaha untuk memiliki cahaya mata dipermudahkan urusan.
Usaha mendapatkan cahaya mata ini memerlukan kesabaran kedua-dua belah pihak, isteri dan juga suami.
Untuk info Janna Nick dan Dini Schatzmann selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Masjid Aisyah, di Langkawi pada 10 Jun 2023.
Isteri mana yang tidak sedih bila suaminya ada skandal dengan wanita lain. Memang sedih dan ‘menyakitkan’ bila diri diduakan. Ke mana perginya janji untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat. Janji hanya tinggal janji.
Bagi mengelakkan pasangan anda terus curang sehingga boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga, pastikan tanda-tanda awal pasangan sudah mula bermain kayu tiga dengan anda.
Antara tanda pasangan sudah mula bermain kayu tiga ialah:
1. Mula Mengabaikan Anda
Si dia tidak lagi tertawa bersama ada. Bahkan lebih sering menunjukkan wajah seriusnya dan mungkin dia akan mengalami ‘bad mood’. Saat berbual bersama, si dia juga bersikap acuh tak acuh dan enggan menatap mata anda.
Sebaliknya lebih tertarik dengan perkara-perkara lain dan mengalihkan matanya daripada memandang mata anda. Ini adalah salah satu petanda si dia sedang menyembunyikan sesuatu dan tidak ingin anda ‘membaca’ kebohongan yang terlihat dalam matanya.
Si dia juga sudah tidak seperti dahulu…. tidak akan ambil tahu apa yang anda buat di pejabat, ketika rehat mahupun apa yang anda buat di rumah. Awas! Ini adalah antara tanda-tanda awal pasangan anda sudah mula bermain kayu tiga dengan anda.
2. Kerap Keluar Rumah
Ini juga salah satu tanda pasangan anda bermain kayu tiga dengan anda. Tidak salah jika pasangan anda kadang kala untuk keluar rumah untuk merehatkan minda dan berjumpa rakan-rakan mereka, itu adalah perkara lumrah. Tambahan bagi lelaki yang sudah berkahwin, mereka perlukan ruang untuk bersendirian seketika.
Namun, jika pasangan anda kerap kali keluar rumah dengan alasan untuk berjumpa rakan-rakan, seeloknya anda selidik gerak geri dan tingkah laku pasangan anda.
Apatah lagi, jika pasangan anda keluar dengan memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang bergaya seperti keluar bersama-sama dengan anda ketika sebelum dan awal perkahwinan anda bersama dengan dia.
3. Telefon Bimbit Sentiasa di Tangan
Ya, inilah antara tanda yang sering kita dapat lihat bagi pasangan yang bermain kayu tiga. Jika dahulu apabila sudah sampai di rumah, dia pasti kurang bermain dengan telefon bimbitnya, malah langsung tidak menyentuh telefon kerana ingin menghabiskan masa dengan rumah dengan melakukakan aktivit-aktivit lain.
Namun, berjaga-jaga jika pasangan anda sudah mula menghabiskan dan membawa ke mana sahaja telefin bimbit kepunyaannya walaupun untuk seketika pergi ke tandas. Dia akan kerap menyelinap seketika untuk berbual telefon dengan alasan, mahu berbincang perihal kerja. Malah dia akan kerap tersenyum apabila membalas mesej melalui telefon.
4. Tolak Pelawaan Anda untuk Keluar Bersama
Ini juga satu titik permulaan kepada tanda pasangan anda sudah mula curang dengan anda. Dahulu, ketika mula-mula bercinta, dialah yang kerap mengajak dan memujuk anda untuk keluar bersama untuk menonton wayang, makan malam dan ingin kerap menghabiskan masa dengan anda.
Sekarang, pasangan anda pula secara tiba-tiba berubah sikapnya apabila anda ajak untuk keluar bersama, dia pula menolak mentah pelawaan anda. Malah, pelbagai alasan akan diberikan kepada anda, seperti keletihan, malas dan hanya meluangkan masa di rumah sahaja.
5. Melayari Internet Hingga Larut Malam
Ia salah satu tanda besar pasangan anda sudah mula bermain kayu tiga. Waktu yang pada kebiasaannya waktu normal pasangan anda akan mula beradu, kini telah menjadi waktu paling aktif baginya.
Dia akan meninggalkan tempat tidur bersama anda dengan melayari internet di ruang tamu atau mana sahaja ruang yang kosong dan ‘selamat’. Pasti ia akan berlarutan sehingga awal pagi yang membuatkan pasangan anda bangun lewat sekaligus lambat pergi ke tempat kerja.
Tanda-tanda pasangan curang boleh dikatakan klise dan selalu dilakukan oleh pasangan yang pernah curang sebelum ini. Pastikan anda dapat mengesan tanda-tanda awal pasangan anda mula curang dengan anda dan ambillah langkah yang sewajarnya.
Elakkan pergaduhan besar kerana ia akan menyebabkan kepada punca penceraian. Sesungguhnya Allah S.W.T amat membencikan kepada penceraian. Cuba duduk berbincang mengapa dia cuba beralih arah cintanya selain anda. Diharapkan segala permasalahan pada rumah tangga dapat diselesaikan dengan cara yang bijak untuk kebaikan rumahtangga dan anak-anak anda.
Ketahuilah wahai suami apabila isteri ajak makan di luar ia ibarat terapi buat mereka. Tidak perlu susah-susah fikirkan terapi yang sesuai untuk isteri. Bawa isteri makan di liar sudah buat suri hati anda tersenyum bahagia.
Perkara mudah seperti ajak isteri dan anak-anak makan di luar juga satu terapi buat isteri yang setiap hari berdepan dengan pelbagai situasi dalam menguruskan rumah tangga.
Sebenarnya, memang penting terapi buat isteri kerana setiap hari bermain emosi. Selepas ‘refresh’ dapatlah isteri berikan yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Suami kena faham, ajak makan dekat luar pun boleh jadi terapi buat isteri.
Bila suami bawa naik motor, naik kereta, ronda-ronda pun dia rasa seronok tak kira dah… Bila suami bawa pergi pasar malam, pasar tani, itu pun dia rasa cukup best sangat…
Suami cakap saja “Ayang, malam ini kita makan luar…”
Hati berbunga-bunga start dari pagi lagi… Buat kerja pun sambil senyum, tersengih-sengih sebab malam ini suami nak bawa makan luar…
Suami tak sampai lagi rumah, dia dengan anak-anak sudah sudah siap.
Penting Terapi, Ajak Makan Luar
Itu belum lagi ajak shopping, itu belum lagi hulur duit dekat dia… Kalau yang ini pun dapat, allahu, doa untuk suami itu, dia double triple kan lagi…
Bila suami hulur duit, “Ya Allah, semoga dipermudahkan lagi urusan suami ku…”
Kemudian kala suami bawa jalan-jalan, “Ya Allah, semoga diberikan kesihatan yang baik untuk suami ku…”
Lepas Refresh Isteri Dapat Beri Yang Terbaik
Mereka perlukan suasana yang berlainan daripada kebiasaan untuk restart, reboot, refreshkan semula diri mereka untuk teruskan buat yang terbaik untuk keluarga.
Kita orang lelaki, walaupun kita buat benda yang sama setiap hari, tapi fikiran dan perasaan kita tak kusut dan serabut macam mereka.
Apa yang kita hadap dengan apa yang mereka hadap, tak sama… Mereka lebih banyak bermain dengan emosi dan perasaan dalam perkara-perkara yang mereka buat seharian.
Letih yang berlainan, penat yang juga berlainan… Kalau kita nak bandingkan penat dan letih kita dengan mereka, apa kata jika kita buat apa yang mereka biasa buat itu untuk seminggu?
Suruh jaga anak sejam pun sudah tak tahan…
Penat memang penat. Suami penat cari rezeki, isteri pula penat menguruskan rumah tangga yang kerjanya tak pernah putus. Hormatilah hak masing-masing kerana suami dan isteri memiliki tanggungjawab yang tersendiri dalam sebuah ikatan perkahwinan. Namun apa salahnya suami ambil hati isteri sebagai terapi isteri melakukan tugas sebagai isteri dan ibu dengan lebih baik.
Mana-mana isteri pun tidak berniat untuk mengawal suami bila keluar lepak dan pulang lewat ke rumah. Bagaimanapun jika suami hari-hari keluar lepak dengan kawan-kawan sehingga awal pagi, isteri mana yang mampu bersabar.
Mulalah suami melabel isteri sebagai ‘queen control’ dan suka mengongkong. Kalau nak diikutkan, isteri bukan bermaksud nak kawal segala pergerakan suami. Tapi sebenarnya, mereka susah nak luahkan beberapa perkara ini.
5 SEBAB ISTERI MERAJUK KALAU SUAMI BALIK LEWAT & ASYIK LEPAK DENGAN KAWAN
1. ISTERI ANDA SANGAT LETIH
Punca paling utama isteri kurang senang bila suami balik lewat ialah kerana mereka dah terlalu penat apabila seharian di rumah mengurus anak. Bagi surirumah terutamanya, hari mereka bermula seawal 5-6 pagi. Mereka ni bangun paling awal, tidur pula paling lewat. Nak siapkan anak ke sekolah, mengurus bayi, mengambil anak balik sekolah, menyediakan makan, mengemas, mencuci dan macam-macam lagi.
Suami kena faham, hari mereka tak pernah berenggang dengan rengekan dan ragam anak masing-masing. Seorang nak makan, seorang nak tidur, seorang nak berdukung, seorang nak ajak bermain. Selagi kita sendiri tak ‘hadap’ benda-benda ni, kita takkan faham kepenatan mental dan emosi yang dialami.
Bila suami baliklah baru dapat nak ‘bernafas’ sikit. Itupun sekadar memenuhi keperluan diri. Nak mandi, nak ke tandas, nak makan, nak minum kopi yang dari pagi tadi tak habis-habis. Letih. Terlalu letih.
2. ISTERI RASA SUNYI
Walaupun setiap masa ditemani anak-anak di rumah, isteri perlukan seorang dewasa untuk mendengar ceritanya, meluahkan apa yang terbuku di hati, berbincang mengenai anak-anak, urusan kerja rumah atau sekadar berbual kosong. Sebab itulah isteri boleh bercakap tanpa henti sebaik saja si suami melangkah masuk ke rumah. Mungkin si isteri tak bermaksud nak membebel, tapi dalam hatinya cuma nak berkongsi.
Bayangkan kalau kita di tempat kerja tanpa office mate yang ‘sekepala’ dengan kita, tentu mudah kita rasa tertekan dan stres di pejabat kan? Begitulah juga halnya dengan isteri anda. Cuba ingat semula, bila kali terakhir si isteri keluar bersama rakan-rakannya. Mungkin dah terlalu lama sampai isteri pun dah lost contact dengan mereka.
3. ISTERI DAH MASAKKAN SESUATU YANG ISTIMEWA
Bila isteri dah masakkan makanan kegemaran suami, tapi tahu-tahu dia ada rancangan lain. Tentu rasa sedikit ‘berkecai’ perasaan walaupun ia bukanlah disengajakan. Bukan senang nak cari barang memasak yang complete khas buat suami.
Nak tak nak terpaksalah simpan lauk dalam peti. Suami pula bukan jenis makan berulang. Setiap kali terpandang, nak memasak pun rasanya tak ada mood lagi.
4. KASIHANKAN ANAK-ANAK
Dari tadi asyik tanya “Papa mana?”, “Bila Papa balik?”. Sampai kita yang naik geram sebab dah banyak kali diberitahu.
Bayangkan kalau suami sampai rumah jam 6 petang dan anak masuk tidur lebih kurang jam 9-10 malam. Kasihan dengan anak-anak sebab masa bersama ayah cuma 3-4 jam setiap hari. Masa yang singkat itulah si anak-anak nakkan perhatian dan bermanja dengan ayahnya. Kalau yang jenis kerja luar dan tak tentu masa, lagilah kasihan…
5. RASA KURANG DIHARGAI
Walaupun menguruskan rumah dah menjadi sebahagian rutin isteri setiap hari, dah tentu ada hari-hari yang lebih mencabar buatnya. Contohnya kalau anak langsung tak nak tidur atau anak punya pe’el asyik nak berkepit hari ni.
Rasa tak boleh buat apa-apa sampaikan nak solat pun susah. Rasa teringin nak diajak shopping atau makan di luar. Tapi didiamkan saja sebab takut menyusahkan atau menjadi beban pada suami. Tapi tiba-tiba suami ada rancangan lain tanpa bertanyakan keadaan kita yang tunggang terbalik di rumah, manalah tak ‘makan hati’.
Suami kalau balik lewat tu, bawalah something untuk gembirakan isteri. Tapaulah makanan ‘favourite’ dia. Paling kurang kalau terlupa sangat pun belilah coklat dekat 7e tu. Bukannya susah. Itu kan tanda ingatan dan keprihatinan.
Selain itu, pertanyaan ringkas seperti “Awak dah makan?” atau “Anak-anak OK tak hari ni?” dah cukup membahagiakan. Kalau isteri nampak letih sangat, sesekali ‘offer’lah nak picit badan mereka. Mesti terus tak jadi marah!
BUKAN NAK MENGADA-NGADA
Sesekali kalau isteri merajuk tu pujuklah. Jangan anggap mereka mengada-ngada pula. Jauh sekali nak jadi ‘queen control’.
Isteri mana yang tak mahukan perhatian daripada suami, kan? Lagipun, dah nama pun orang perempuan. Merajuk itulah salah satu tanda dia sayang.
Mulianya hati Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah terhadap golongan golongan berpendapatan rendah (B40) di Johor, Seri Paduka Baginda bertitah mahu melaksanakan program kekeluargaan.