Nafkah anak bapa dalam penjara, “Kejarlah” waris belah suami,itu tanggungjawab mereka. Ramai isteri di luar sana yang sering menangis dalam diam membesarkan anak-anak bila ditinggalkan suami.

Perjuangan membesarkan anak-anak bukan sedikit keringat peluhnya, belum disulami air matanya, lebih lagi kalau tiada sokongan dalam keluarga sendiri sedangkan perut perlu diisi setiap masa dan anak-anak hanya tahu meminta apa diingininya. Maka berbahagialah ibu menanti ganjaran di dunia dan akhirat membesarkan anak-anak seorang diri.

Di sebalik ramai tertanya-tanya bagaimana nafkah anak kalau bapa mereka dalam penjara, dari satu perkongsian peguam Nuraffiqa Razak dari Tetuan Khairul Fahmi & Asscociates berkaitan isu nafkah jika bapa dalam penjara.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Dr Che Hafiz Tidak Hairan Jika Lufya Sanggup Berbohong “Isu Pemberian Nafkah Anak, Saya Tidak akan Abaikan Anak Sendiri”

Bekas Isteri Sedia Keperluan Anak, Itu Dikira SEDEKAH, Nafkah Anak Tetap Tanggungjawab Ayahnya

“Doakan Rezeki Haykal”, Bekas Isteri DDNK Pohon Doa Semua Untuk Sebutan Tuntutan Nafkah Anak

Nafkah Anak Bila Bapa Di Dalam Penjara

Sebut saja isu berkenaan dengan Nafkah Anak, saya pasti ramai yang sudah tahu bahawa bapa kandung adalah orang yang wajib memberikan nafkah kepada anaknya tanpa mengira anak tersebut berada bersama ibu ataupun bapa.

IKLAN

Namun, masih ramai lagi bapa yang masih culas dan abai untuk membayar nafkah anak. Walaupun bapa itu berkemampuan, mempunyai kerjaya yang baik, pendapatan yang bagus tapi tetap masih gagal membayar nafkah anak.

Persoalannya, kenapa boleh jadi macam itu? Si bapa silalah tepuk dada, tanya iman.

Tapi, ada juga keadaan yang bapa sememangnya tidak berkemampuan atau tidak berupaya untuk membayar nafkah atas alasan seperti telah meninggal dunia, OKU, dan berada di dalam penjara.

Kami banyak menerima persoalan daripada ibu-ibu di luar sana yang bertanyakan bagaimana dengan nafkah anak jika suami atau bekas suami mereka dimasukkan di dalam penjara sehingga bertahun-tahun lamanya.

Siapa yang perlu membayar nafkah anak tersebut sementara si bapa itu masih di dalam penjara?

IKLAN

Jawapannya?

Walaupun, bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk menafkahi anak, namun sekiranya bapa itu tidak berupaya untuk menanggung nafkah anaknya maka tanggungjawab itu akan diserahkan kepada orang yang ‘bertanggungan’ mengikut hukum syarak.

Berdasarkan Seksyen 73(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri menyatakan bahawa:

Mahkamah adalah juga berkuasa memerintahkan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak supaya membayar atau memberi sumbangan terhadap nafkah seseorang anak jika Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuannya adalah munasabah bagi Mahkamah memerintahkan sedemikian.

IKLAN

Apa yang dimaksudkan dengan ‘orang yang bertanggungan’ mengikut hukum syarak ni?

Berdasarkan Arahan Amalan Mahkamah Syariah No. 14 Tahun 2007 menyatakan maksud 'orang yang bertanggungan' ialah ‘ahli waris’ sebagaimana yang diperuntukkan syarak dan seperti juga yang dinyatakan dalam seksyen 61, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri.

Ini bermakna, waris-waris daripada keluarga lelaki yang mempunyai hubungan darah dengan pihak yang mati dan tidak diselangi oleh perempuan iaitu bapa, bapa kepada bapa, anak lelaki atau anak lelaki kepada anak lelaki (cucu lelaki), saudara lelaki seibu sebapa dan saudara lelaki sebapa.

Jadi berkenaan isu ini, pada ibu-ibu di luar sana yang masih belum memfailkan kes nafkah anak atau masih berkira-kira untuk memfailkan nafkah anak kerana risau si bapa di penjara tak mampu bayar.

Jangan tangguh, jangan fikir lagi cepat-cepat failkan kes nafkah anak. Bukan untuk kepentingan ibu tetapi untuk hak anak-anak itu sendiri.

Saya sangat respect ibu-ibu yang membanting tulang demi menafkahi anak-anak. Anda sangat hebat!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI