“Doakan rezeki haykal”, bekas isteri DDNK pohon doa semua untuk sebutan tuntutan nafkah anak. Tidak mahu menunggu lama dan mahu terus menjaga kebajikan anak walau antara mereka sudah tiada hubungan suami isteri, Hasmawatie yang juga bekas isteri pakar saham Datuk Dr Nazri Khan memohon doa agar sebutan tuntutan nafkah anaknya bermula esok berjalan lancar.
Di saat sang suami masih bergembira berbulan madu menaiki kapal layar dan berbahagia di sisi isteri baru iaitu Datin Nor Ernie Rossmerie nampaknya tidak sampai dua minggu mengecap bahagia di sisi isteri yang manja, bekas isterinya sudah memulakan tuntutan sebutan kes tuntutan nafkah anak mereka dikenali sebagai Haykal.
Anak pasangan ini yang sudah meningkat remaja
Pasti dirinya tidak mahu duduk diam kerana ada banyak kes melibatkan bekas suami gagal membayar nafkah anak selepas bercerai. Bahkan tindakannya memfailkan permohonan tanpa menanggguh-nangguhkannya amat dipuji.
Untuk pengetahuan, nafkah adalah dirujuk sebagai mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak dan orang-orang yang di bawah tanggungannya. Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan dan perubatan. Dan selepas bercerai seorang bapa wajib menanggung nafkah anaknya. Jika bapa tiada, tanggungan berpindah mengikut susunan tertib wali.
Watie sudah memulakan proses tuntutan nafkah anaknya di saat bekas suami sedang bahagia berbulan madu
Dalam pada itu di fbnya yang sama, dilihat Watie mulai mengorak perjalanan hidupnya dan dilihat mulai gembira bersama anaknya yang meningkat remaja itu.
Ads
Terbaru, Watie menulis ALLAH ITU ADA, mungkin dirinya sudah menyerahkan segala-galanya atas aturan Yang Maha Esa.
Tulisnya lagi, dikurniakan keluarga, saudara mara, sahabat handai dan jiran yang baik di sekeliling kita juga merupakan rezeki untuk kita dalam kehidupan. Saya bersyukur semua jiran jiran saya yang saya kenali di Anjung Suasana dan Putra Hill Residency sangat la baik dan banyak bagi saya moral support melalui wasap dan fb mesej. Tak terbalas semua budi baik mereka untuk kami. Semoga ikatan sirahturrahim yang dibina ini tetap utuh sampai akhir hayat.
Keluarga kecil ini sangat rapat dengan kami, banyak bantu saya dalam setiap ujian yang saya hadapi tahu duduk cerita saya. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan keluarga Abg Amir dan Kak Siti. Memang sedih meninggalkan kejiranan yang sangat baik namun apakan daya sudah tertulis rezeki sekejap itu.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Ads
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cukup memilukan hati seorang ibu apabila kehilangan anak tersayang. Apatah lagi anak yang selama ini cukup rapat dan manja dengannya terlebih dahulu meninggal dunia.
“Adik sayang mama sangat-sangat”. Itulah antara perbualan terakhir Mahanom Ismail bersama anak bongsunya, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42.
Shahrul Kamal adalah juruterbang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie, petang semalam.
Anak Rapat & Manja
Mahanom, 67 tahun yang ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kelihatan sugul dan menahan sebak.
Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Julai lalu.
“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanya khabar.
“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’,” katanya.
Menurutnya, Shahrul Kamal amat rapat dengannya dan seorang yang sangat manja.
“Arwah rapat dan manja dengan saya, kalau balik rumah saya..dari jauh lagi, ‘mama..mama, buka pintu’.
“Saya akan merindui segalanya mengenai arwah, suara dia memanggil saya,” katanya menahan sebak.
Arwah Tinggalkan Isteri & 4 Anak
Berkongsi mengenai kerjaya anaknya, Mahanom berkata, sebelum menerbangkan jet persendirian, beliau juga pernah bekerja dengan syarikat penerbangan MAS dan Etihad.
Katanya, dia sekeluarga akan berbincang mengenai urusan pengebumian jenazah arwah dengan keluarga besannya.
“Saya akan bincang dengan keluarga besan, sama ada pengebumian akan dilakukan sama ada di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau Bukit Jelutong, Shah Alam,” katanya.
Katanya, Shahrul Kamal meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia antara tiga hingga 12 tahun.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas ini. Memang bukan mudah untuk menerima kehilangan orang tersayang, namun hati harus redha dengan setiap ketentuan ujian dariNya.
Sungguh malang tidak berbau, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan di mulut serta patah kaki kiri dipercayai akibat dicampak dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang di sini, oleh bapa saudaranya.
Adiknya yang juga bayi perempuan berusia 40 hari mengalami pendarahan di bahagian kepala selepas dipercayai dihempas ke lantai di kediaman berkenaan.
Kelar Pergelangan Tangan Sebelum Cederakan
Dalam kejadian 3.40 petang itu, difahamkan, suspek berusia 29 tahun turut mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa.
Ahli keluarga yang mahu dikenali sebagai Taiyoob, 31, berkata, terdahulu, dia terdengar jeritan ibunya meminta tolong sebelum mendapati adik lelakinya berada dalam keadaan berbogel serta berlumuran darah.
Terdengar Bunyi Bisikan
Katanya, kejadian berkenaan berlaku dengan pantas dan dia turut mendapatkan bantuan jiran bagi menenangkan suspek.
“Ahli keluarga yang lain menyelamatkan kedua-dua anak kakak saya itu sebelum menghantar mereka ke hospital.
“Adik saya (suspek) turut mendakwa terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum mencederakan kedua-dua anak saudara,” katanya di sini, hari ini.
Difahamkan, bayi dan kanak-kanak itu berada di kediaman itu yang juga rumah nenek mereka, susulan ibunya masih dalam tempoh berpantang.
Menurut Taiyoob, pihaknya memohon orang ramai supaya tidak menularkan kejadian itu bagi menjaga privasi keluarga.
“Diharap, semua pihak faham keadaan dan hormati pendirian keluarga bagi tidak mengulas lanjut.
“Suspek adalah adik saya sendiri dan dia menerima rawatan tradisional kerana mempunyai masalah kesihatan sejak dua bulan lalu,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga anak-anak yang menjadi mangsa ini cepat sembuh. Ahli keluarga yang mempunyai masalah mental dan kesihatan perlu perhatian penuh bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.
Asbab berpatah balik ambil susu anak tertinggal di tempat kerja, isteri kongsi kesedihan kehilangan suami. Tidak lambat sesaat atau tercepat, takdir sudah tertulis dalam hidup setiap manusia. Ujian yang cukup berat iaitu ujian kehilangan pasangan hidup yang dikasihi.
Kisah sedih seorang isteri yang kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya mengundang sebak ramai apabila perkongsiannya di media sosial @threads whymas_menceritakan detik-detik terakhir arwah bersama keluarga kecil mereka.
Paling menyentuh hati, kira-kira sejam lalu, dirinya menulis, “Ya allah kuatkanlah bertemu dengan suami ku sekejap lagi. Mas kuat! Katanya yang cuba mengumpul kekuatan untuk melihat arwah suami buat kali terakhir selepas kemalangan terjadi.
Arwah dikatakan meninggal dalam kemalangan tragis ini.Mas diuji dengan pemergian suami dikasihi yang berpatah balik mengambil susu anak mereka
Dalam perkongsian di threads @whymas_ dirinya sama sekali tidak menyangka permintaan yang mahu makan sotong goreng kunyit adalah permintaan terakhir dari arwah suami, Muhammad Amir.
Dirinya sempat memasak makanan diminta namun suaminya tidak sempat menjamahnya langsung kerana terlibat dalam kemalangan dan maut di tempat kejadian, asbab berpatah balik selepas tertinggal susu anak di tempat kerja.
“Assalamualaikum semua, saya tak boleh tidur dari tadi dan saya nak bagitahu sesuatu. Suami saya kan dia minta masak ayam goreng kunyit. Saya masakkan lah, lepastu saya tunggu suami balik kerja, nak tahu tak apa jadi…”
“Suami saya tak nak jamah pun makanan saya. Dah lah nasi siap masak. Rupanya suami saya tak makan sebab…”
Mas berkongsi sempat memasak menu diminta oleh suaminya namun ianya tidak sempat dijamah berikutan kemalangan maut yang berlaku.
Jelasnya lagi, sehari sebelum kemalangan menimpa ke atas arwah suaminya, anak tunggal mereka tidak sihat dan mereka sekeluarga meluangkan masa yang agak lama di klinik.
“Kelmarinkan anak saya tak sihat dan kami di klinik sangat lama. Rupanya itulah spend time terakhir kami di klinik,” tulisnya dengan emoji hati.
Sehari sebelum dijemput Allah, anak tunggal mereka dilaporkan tidak sihat dan mendapat rawatan di klinik
Dirinya turut menjelaskan, pada hari diuji pemergian suami, cinta hatinya itu sudah balik awal dari kerja namun asbab tertinggal susu anak di tempat kerja, suaminya berpatah semula untuk mengambil susu anak tunggal mereka.
“Syahid waktu balik kerja. Suami saya sebenarnya dah balik awal. Disebabkan susu anak tertinggal kat tempat kerja, jadi patah balik ambil susu anak,” katanya.
“Sedekahkan Al-Fatihah buat suami saya. Suami saya meninggal di tempat kejadian. Muka dan barang suami saya penuh dengan tumpahan susu anak. Alhamdulillah, suami saya accident tapi keadaan sempurna seperti tidur.” luahnnya dalam tangisan.
Jelas Mas lagi, perkahwinan mereka yang mencecah usia dua tahun diuji dengan pemergian suami dikasihi namun dirinya reda dengan takdir dan berharap diberi kekuatan untuk membesarkan anak mereka berusia 10 bulan.
Perkongsiannya sangat menyentuh hati dan ramai menitipkan doa dan kata-kata semangat buat dirinya agar terus tabah menghadapi ujian berat ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nur Izati Mohd Hairi reda dengan pemergian anaknya, seorang murid autisme lemas ketika aktiviti air di Kompleks Sukan Desa Tasik. Beliau tidak menyalahkan cikgu-cikgu dan menerima takdir dengan tabah.