Kisah pelakon kanak-kanak ini mula mendapat perhatian apabila Puteri Balqis atau Aqish, 13, berkongsi kisah hidupnya dan ibu tercinta yang kini hanya meraih pendapatan dengan menjual buku puisi yang ditulis.

Biarpun mendapat pelbagai kecaman dan kritikan tetapi Aqish tetap mempertahankan kebenaran yang selama ini mereka tidak berkongsi dengan orang lain.

Sikapnya yang matang membuatkan ramai netizen kagum dengan semangat dan kesungguhan Aqish untuk mencari rezeki demi meneruskan hidup.

Ikuti perkongsian Saidatul Husna ini:

5 Pengajaran Yang Wanita Boleh Belajar Daripada Kisah Puteri Balqis Dan Ibunya Norashikin

Siapa tak kenal gadis cilik yang comel ini kan. Kisah Aqish yang tengah tular sekarang bukanlah kisah tentang kesedihan dan kemiskinan semata-mata.
Ia sebenarnya kisah inspirasi yang kita boleh hayati dan contohi.

Inilah 5 rahsia ketabahan Puteri Balqis dan ibunya Norashikin yang ramai tak nampak. Jom kita selami satu persatu.

IKLAN

1️. Aqish dan ibunya percaya bahawa kemiskinan (kekurangan) itu sebenarnya adalah proses membangunkan jiwa. Itu menandakan bahawa kebahagiaan itu tidak bergantung kepada harta semata-mata ataupun glamor, tetapi kebahagiaan itu bergantung kepada kualiti syukur.
Semakin kita mensyukuri sekecil kecil anugerah, semakin itulah kita menghampiri kebahagiaan.

2️. Aqish dan ibunya percaya inspirasi anak datangnya daripada ketabahan dan kegigihan seorang ibu.
Walaupun tanpa kudrat lelaki untuk sesuap nasi, Aqish tetap bersama-sama ibunya berjuang mencari rezeki. Kesatuan mereka adalah lambang kekuatan hubungan ibu dan anak.

3️. Aqish dan ibunya sentiasa meraikan bantuan orang. Namun mereka teguh berusaha dengan keringat sendiri.
Walaupun ada beberapa tawaran bantuan yang pernah Aqish dan Ibunya tolak, itu bukan tanda mereka sombong atau berkira-kira.
Mereka sebenarnya orang yang berhati mulia kerana percaya tulang empat kerat yang Allah kurniakan adalah amanah untuk mereka berusaha mencari rezeki sendiri tanpa bergantung dan menumpang atas usaha orang lain.

IKLAN
Kisah Aqish Bukan Kisah Kesedihan Semata, Tetapi Kisahnya Patut Jadi Inspirasi
Balqis dengan buku puisi tulisannya. Sumber: Instagram Puteri Balqis

4️. Aqish dan ibunya pandai menyimpan suka duka kehidupan. Mereka hanya pandai menunjukkan senyuman dan sorokkan air mata tangisan. Mereka bersetuju dengan kata-kata bahawa,
“Hati wanita itu umpama lautan dalam yang luas, di dasarnya penuh dengan rahsia-rahsia kehidupan.”

Soroklah selagi mampu, tutuplah dengan senyumanmu.

5️. Aqish dan ibunya sedar kematangan itu tidak mengenal usia. Yang mematangkan tidak semestinya usia, namun yang pasti kematangan itu datangnya daripada pengalaman.
Kematangan Aqish terserlah daripada cara dia memandang sesebuah ujian. Katanya ujian itu indah jika kita menghadapinya dengan sabar dan tabah.
Dalam kita menganggap ujian itu sukar dan payah, lihatlah kematangan Aqish, dia menganggap ujian hidupnya adalah sebuah kenikmatan. Ini perkara yang jarang-jarang berlaku dan pastinya membawa maksud kematangan yang sebenar.

Begitulah 5 rahsia ketabahan Puteri Balqis dan ibunya Norashikin. Semoga kisah mereka dapat dijadikan contoh untuk kita bangkit menjadi wanita yang sentiasa positif melangkah setiap jatuh bangun dalam kehidupan.

Supaya wanita di sekeliling kita lebih terinspirasi, boleh kongsikan artikel ini di wall anda dan share kepada mereka ya.
Semoga kita sentiasa kuat, berkudrat, dikurniakan iman yang mantap, dan dekat dengan taubat.

IKLAN

#HalalDiShare
#WomenInspiration

Boleh follow saya Saidatul Husna uuntuk kisah inspirasi dan pembangunan diri wanita.

Sumber: Saidatul Husna

MW: Ujian orang berbeza, ada yang diuji kesenangan dan ada juga diuji dengan kesusahan serta kesakitan. Semoga pelakon cilik, Aqish kembali sihat dan dapat menempuh ujian ini dengan tabah dan sabar. Insyallah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI