macam-raja

Ramai suami berharap isteri melayan dirinya macam raja. Bukan sekadar jaga makan minum, pakai malah serba serbi tip top. Tapi sedar kah suami, jika mahu dilayan sebegitu sebenarnya suami itu dulu kenalah layan isterinya macam puteri raja.

Barulah isteri seronok, ikhlas dan tak berkira pun nak melayan suaminya kelas terbaik bak raja. Haa.. ini kisah benar yang dikongsikan Eddie Diena. Tentang sepasang suami isteri yang sudah 35 tahun berkahwin, tapi hubungannya macam baru jatuh cinta.

Gelagat Suami Isteri Berebut Nak Belikan Makanan

Tadi saya luangkan masa jumpa kawan lama. Sedang rancak berbual di kedai makan. Datang sepasang suami isteri berumur lingkungan 50an. Mereka jalan berpimpin tangan lalu menyapa kami.

Adik, meja ni ada orang tak?”
Tak ada orang pakcik.” jawab kawan saya kepada pakcik tersebut.
Tak lama berselang.

Pakcik tu pun berkata kepada isterinya.
Sayang, awak duduk dulu. Cop meja, nanti orang lain ambil pulak. Orang tengah ramai ni.”

Eh, tak apa bang. Biar saya yg pergi beli. Abang yg duduk.” jawab isteri pakcik tu sambil tersenyum.

Eh, tak apalah. Biar saya pergi beli, awak tu rehat. Nanti darah naik pulak.”

Tak apa, saya dah biasa. Biar saya buat semua. Kalau awak taknak dengar cakap nanti saya merajuk.”

Okay okay, saya kalah. Dah awak pergi beli.nSaya tunggu sini.” Sambil tersenyum kearah kami berdua.

Rahsia Isteri Layan Suami Macam Raja

Saya dan kawan saya tersenyum melihat gelagat pakcik tu suami isteri yang berebut nak belikan makanan. Nampak romantik walau sudah tua.

Saat isteri pakcik tu sudah pergi meninggalkan meja.

Kawan saya tadi tu beranikan diri untuk menyapa pakcik tu.

Wah, bestlah pakcik suami isteri.
Romantik je. Isteri pakcik pun layan pakcik macam Raja.”

IKLAN

Pakcik tersebut tersenyum lagi.

Lalu berkata kepada kawan saya.

Kamu dah berkahwin?” soal pakcik tu.
Sudah pakcik” jawab kawan saya.
Isteri kamu layan kamu macam Raja tak?”
Tak pakcik, dia layan biasa biasa je.”
Habis tu kamu layan dia macam puteri raja tak?”
Tak jugak pakcik. Saya layan dia biasa biasa aje.”
Oh, okay. Ni pakcik share 1 tips. Pakcik pun baru je berumah tangga. Tak adalah expert mana pun. Adalah lebih kurang 35 tahun kahwin dan baru je ada 6 anak dan 2 cucu.”

Kawan saya tersenyum dengar sambil berkata.

35 tahun kahwin pakcik cakap baru?”
Yelah, bagi pakcik macam baru sebab perasaan tu masih sama macam dul-dulu.”
jawab pakcik tu.

Oh,okay pakcik. Barulah saya faham. Apa tipsnya?”

Kalau kamu nak isteri kamu ni layan kamu macam Raja. Pertama sekali diri kamu yg nak kena layan dia macam puteri raja dulu.”

Jika Mahu Isteri Hormatkan Suami

Nak dia hormat kamu, kamu jugak kena hormat kepada dia dulu. Jangan berkasar dengan dia dan kena saling bertolak ansur dalam semua perkara.

IKLAN

Kalau kamu layan dia endah tak endah.

Dia pun akan balas apa yang kamu buat pada dia. Sebab isteri kita ni kita yang didik. Kita yang bentuk dia. Baik layanan kita terhadap dia. Baiklah layanan dia kepada kita.

Kalau dari awal kita tunjuk contoh yg baik pada dia. InshaAllah, dia jugak akan menjadi baik. Kalau tak percaya. Adik boleh cuba dekat rumah tangga adik nanti.

Baca sini : Tak payah berlagak raja, kalau tak boleh layan isteri macam permaisuri

Belajar Hormat Orang Lain Dulu

Begitu jugak kalau kita jadi ketua di tempat kerja. Kalau nak orang bawahan hormat kepada kita. Kita terlebih dahulu kena tunjuk yang kita hormat kepada mereka. Barulah semua pekerja akan ikhlas melakukan kerja.

Sebab dalam kehidupan seharian kita ni.

Kita tak boleh nak harapkan orang layan kita baik-baik kalau kita sendiri tak layan orang tu baik-baik. Bak kata orang putih.

IKLAN

What u give, u get back.

Oh, okay pakcik. Saya faham.” sambil menganggukkan kepalanya terhadap pakcik tu.

Tak lama lepas tu isteri pakcik tu pun sampai di meja makan. Kami pun tak berani nak tanya apa² lagi dan hanya melihat gelagat pakcik tu dan isterinya.

Tak lama berselang. Kami pun minta diri untuk beredar. Semasa kami hendak bangun dan berlalu pergi.

Sempat pakcik tu berkata.

Jangan lupa cuba pesan pakcik” Sambil menyuap makanan ke arah mulut isterinya.

Sepanjang perjalanan saya cuba untuk ingat segala kata² pakcik tadi untuk saya sampaikan kepada yg lain. Sebab bagi saya apa yg pakcik tu sampaikan sangat jelas dan saya bersetuju dengan pendapat pakcik tu.

Kalau kita nak orang hargai kita. Kita terlebih dahulu perlu menghargai pasangan kita.
Renung-renungkan.

Sumber/Foto : Eddie Dieana

*Silakan follow untuk baca kisah lain.
*sempat saya curi-curi ambil gambar semasa pakcik tu pergi basuh tangan.

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI