Sesungguhnya, jangan selalu lihat keburukan, sejahat adik-beradik mereka tetap dikandungkan dari perut dan rahim yang sama iaitu ibu kita.
Dalam sebuah keluarga, pasti ada adik-beradik yang senang dan tak kurang juga hidupnya diuji susah. Nasib dan takdir manusia ini tak sama biarpun adik-beradik.
Namun jangan sesekali melihat kekurangan adik-beradik sebaliknya hargai mereka seadanya kerana kita pernah hidup susah, senang bersama, berkongsi itu dan ini sejak kecil.
Jangan Selalu Lihat Keburukan
Kongsi Mohamad Izanie, seburuk-buruk adik beradik, dia tetap darah daging kita, sehina-hina adik beradik dia tetap keluarga terdekat kita, sejahat-jahat adik beradik dia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang sama.
Jangan selalu lihat keburukan adik-beradik sehingga lupa pada kebaikannya. Kerana adik-beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya.
Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik-beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik.
Sejahat Adik-Beradik
Jangan kita angkuh dan sombong kepada adik -beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.
Jangan terlalu berkira akan harta dan duit yang kita ada kerana harta dan duit tak akan kekal selamanya.
Pernahkah kita terfikir siapa yang angkat jenazah kita kelak??
Atau pernahkah kita terfikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak ??
Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak? Tidak.
Ads
Adik-beradik kita sejahat mana pun dia, dia tak akan jijik menyentuh mayat kita walaupun dihina buruk dan jahat di mata kita.
Jangan terlalu benci akan adik-beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.
Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan adik-beradik.
Ads
Semoga kita selalu ingat siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina di mata Allah.
Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik-beradik mahu pun kepada manusia lain.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin
Mingguan Wanita : Setiap kali berkecil hati dengan sikap adik-beradik, cuba kenang kembali saat-saat mak ayah masih kecil. Betapa bahagia hidup kita suatu ketika bersama adik-beradik. Hargailah dan sayangilah adik-beradik selagi mereka masih ada.
Sambut birthday cara luar biasa, gadis belanja minyak motor untuk orang utara. Mudahnya meraih pahala dan didoakan orang lain. Perbuatan baik seorang gadis dikenali sebagai Anis yang membelanja orang kampung minyak motor percuma meraih perhatian ramai.
Apatah lagi, perbuatan baiknya itu jatuh pada hari jadinya sendiri. Ia begitu berbeza dengan sesetengah hari jadi yang diraikan oleh ibu ayah, ramai taulan, sepejabat dan sebagainya tetapi gadis ini meraikannya dengan cara yang cukup menyentuh hati.
Sambut Birthday Cara Luar Biasa
Dalam klip berkenaan, wanita terbabit yang hanya dikenali sebagai Anis dilihat memaklumkan kepada petugas kaunter untuk memberikan belanja kepada pengguna motosikal yang mengisi bahan api di stesen minyak tersebut.
“Boleh tak saya nak belanja hari ini untuk siapa yang buh minyak motor,” katanya yang bercakap dalam loghat Utara.
Gadis Belanja Minyak Motor Untuk Orang Utara
Di dalam video sama, wanita terbabit turut memaklumkan dia perlu membayar terlebih dahulu belanja berkenaan kerana perlu bergegas ke tempat kerja. Dari video dikongsikan, kelihatan penerima minyak motor mengucapkan terima kasih dan mendoakan dirinya yang membelanjakan minyak untuk hari berkenaan.
Mungkin jumlah dibelanjakannya tidak sebanyak orang politik lakukan tetapi keihlasan hatinya buat ramai terharu.
“Orang lain sambut birthday dapat hadiah, tapi akak ni bersedekah dengan belanja rider minyak motor. Semoga dimurahkan rezeki, panjang umur. Selamat Hari Lahir Anis,” tulis budak_kampung78.
Dalam pada itu, menerusi video sama, beberapa penunggang motosikal turut melahirkan penghargaan atas tindakan yang dilakukan oleh Anis.
Video ucapan daripada pengguna terbabit diambil oleh petugas di stesen minyak berkenaan.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebentar tadi, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33 yang merupakan isteri kepada pelakon filem KL Special Force Syamsul Yusof, 34 ada memuat naik video di insta storynya, keluar berjalan-jalan bersama rakan pelakon Sabrina Ali ke salah sebuah pusat membeli belah di The Curve, Damansara.Sarah dan Sabrina turut membawa anak-anak serta pembantu rumah mereka.
Namun perkara yang berjaya mencuri perhatian pengikut instagram Sarah adalah meskipun bergelar selebriti, Sarah memberikan layanan baik terhadap pembantu anaknya, Syaikhul Islam, 11 bulan dengan turut memberi makan dan duduk semeja bersama-sama.
Berikut antara komen pengikut instagramnya yang dimuat naik oleh Puteri Sarah yang membuatkan beliau rasa terharu.
“Sangat bangga dengan awak Sarah. Awak layan pembantu rumah seperti manusia. Ya, mereka adalah manusia juga. Sebab kadangkala saya pernah lihat, pembantu-pembantu ini duduk di suatu sudut dan memberi makanan pada anak-anak, tetapi mereka sendiri tak makan. Terima kasih kerana menjadi seorang yang baik hati. Sayang awak!”
Bukan itu sahaja, rata-rata pengikutnya turut memuji Puteri Sarah atas layanan baiknya antaranya;
legasi_kitaYes you are a good kind hearted muslimah. Tq so much love
rubyatul93Bagus kak…. Treat maid macam adik bradik…walaupun maid depa pun ada hati & perasaan ..good kak…@puterisarahliyana .
sarafiraSecantik namanye ..pekerti mulia
umi_salinaHasil didikan ibubapa..suami..anak itu cerminan ibubapa..once dah kahwin..isteri itu cerminan suami anda..@puterisarahliyana ..
catlovver1959 Itulah hasil apabila ada ilmu n akhlak yg terpuji. Suka tengok keluarga dato haslam skrng. Keluarga sakinah. Semoga Allah merahmati keluarga dato anak beranak
ella_pitSebab maid pun manusia juga macam kita,respect u kak Sarah
Tahniah, Puteri Sarah. Dahlah cantik baik hati pula tu. Memang seharusnya kita memberi layanan yang baik pada sesiapa sahaja tak kiralah walaupun pada pembantu rumah. Semoga perkahwinan Sarah dan suami yang telah memasuki usia 4 tahun ini semakin bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.
3 ditahan buat provokasi kepada pelanggan McDonald’s Kuantan, sabit kesalahan boleh di penjara 7 tahun. Tindakan mengeluarkan kata-kesat kepada pelanggan yang membeli makanan segera McDonald’s Sg Isap Kuantan yang tular di media sosial baru ini membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan pihak berkuasa.
Memetik laporan China Press, polis telah menahan tiga lelaki tempatan, termasuk seorang anggota tentera kerana didakwa melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan di sebuah restoran makanan segera McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan di Pahang.
3 Ditahan Buat Provokasi Kepada Pelanggan McDonald’s Kuantan
Tangkapan tersebut dibuat pada Sabtu, sekitar jam 3.30 petang membabitkan seorang jurujual kereta berusia 33 tahun yang mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah.
Manakala seorang lagi merupakan seorang kerani bank berusia 33 tahun dan seorang anggota tentera berusia 27 tahun yang berkhidmat di Kelantan.
Menurut laporan tersebut, pihak polis turut merampas sebuah kereta Honda, sebuah trak dan alat kawalan jauh.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dipetik Kosmo Online berkata pihaknya giat mengesan suspek selepas laporan polis dibuat seorang lelaki berumur 40 tahun.
Katanya, berdasarkan laporan polis dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 malam itu, beberapa lelaki yang sedang berkempen memboikot restoran McDonald’s telah memanggil pengadu dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadap pengadu.
“Pengadu cuba menghindari mereka dengan masuk kembali ke dalam premis McDonald’s namun selepas keluar untuk pulang ke rumah, kumpulan lelaki itu sekali lagi melakukan provokasi terhadap pengadu.
“Ketika pengadu hampiri kumpulan lelaki berkenaan, salah seorang daripadanya capai topi keledar lalu diberi kepada kawannya dan lelaki itu ugut akan pukul pengadu namun situasi itu dileraikan isteri pengadu,” katanya.
Sabit Kesalahan Boleh Di Penjara 7 Tahun
Menurut Wan Mohd Zahari, pengadu kemudiannya datang ke balai polis bagi membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Katanya, pada masa ini pihak polis telah merakam percakapan pengadu dan saksi serta melakukan semakan kamera litar tertutup di premis berkenaan.
Jelasnya, berdasarkan siasatan awal modus operandi suspek adakan mengugut memukul pengadu dengan topi keledar disebabkan pengadu masuk untuk makan di premis McDonald’s.
China Press melaporkan bahawa isteri pengadu telah campur tangan dan memujuknya untuk melaporkan kejadian itu kepada polis.
Di bawah Seksyen 506, ugutan bunuh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.