3 ditahan buat provokasi kepada pelanggan McDonald’s Kuantan, sabit kesalahan boleh di penjara 7 tahun. Tindakan mengeluarkan kata-kesat kepada pelanggan yang membeli makanan segera McDonald’s Sg Isap Kuantan yang tular di media sosial baru ini membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan pihak berkuasa.

Memetik laporan China Press, polis telah menahan tiga lelaki tempatan, termasuk seorang anggota tentera kerana didakwa melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan di sebuah restoran makanan segera McDonald’s di Sungai Isap, Kuantan di Pahang.

3 Ditahan Buat Provokasi Kepada Pelanggan McDonald’s Kuantan

Tangkapan tersebut dibuat pada Sabtu, sekitar jam 3.30 petang membabitkan seorang jurujual kereta berusia 33 tahun yang mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah.

Manakala seorang lagi merupakan seorang kerani bank berusia 33 tahun dan seorang anggota tentera berusia 27 tahun yang berkhidmat di Kelantan.

3 Ditahan Buat Provokasi  Kepada Pelanggan McDonald’s Kuantan, Sabit Kesalahan Boleh Di Penjara 7 Tahun

Menurut laporan tersebut, pihak polis turut merampas sebuah kereta Honda, sebuah trak dan alat kawalan jauh.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dipetik Kosmo Online berkata pihaknya giat mengesan suspek selepas laporan polis dibuat seorang lelaki berumur 40 tahun.

IKLAN

Katanya, berdasarkan laporan polis dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 malam itu, beberapa lelaki yang sedang berkempen memboikot restoran McDonald’s telah memanggil pengadu dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadap pengadu.

“Pengadu cuba menghindari mereka dengan masuk kembali ke dalam premis McDonald’s namun selepas keluar untuk pulang ke rumah, kumpulan lelaki itu sekali lagi melakukan provokasi terhadap pengadu.

“Ketika pengadu hampiri kumpulan lelaki berkenaan, salah seorang daripadanya capai topi keledar lalu diberi kepada kawannya dan lelaki itu ugut akan pukul pengadu namun situasi itu dileraikan isteri pengadu,” katanya.

Sabit Kesalahan Boleh Di Penjara 7 Tahun

Menurut Wan Mohd Zahari, pengadu kemudiannya datang ke balai polis bagi membuat laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Katanya, pada masa ini pihak polis telah merakam percakapan pengadu dan saksi serta melakukan semakan kamera litar tertutup di premis berkenaan.

IKLAN

Jelasnya, berdasarkan siasatan awal modus operandi suspek adakan mengugut memukul pengadu dengan topi keledar disebabkan pengadu masuk untuk makan di premis McDonald’s.

China Press melaporkan bahawa isteri pengadu telah campur tangan dan memujuknya untuk melaporkan kejadian itu kepada polis.

Di bawah Seksyen 506, ugutan bunuh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Jangan Boikot McDonald’s Malaysia, Nak Buat Tindakan Kena Bukti Jelas Bukan Andaian Semata – Mufti

IKLAN

Dua Beradik Buat Pesanan “Main-Main” Di Kiosk McD Hingga Jumlah Pesanan Cecah RM17,152

Anak Istimewa, Tulang Badan Patah Lebih 50 Kali Hanya Bergantung Ubat Stemcell Kuatkan Tulang

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI