Kebanyakan kita, bila saja disahkan menghidap sesuatu penyakit, mulalah habiskan duit dengan membeli suplemen yang dikatakan dapat mencegahnya. Tapi setakat mana keberkesanannya. Bimbang ia makin merebak dan teruk.

Tak perlulah nak habiskan duit semata-mata untuk merawat penyakit yang dihadapi. Lebih baik terus berjumpa doktor dan dengar nasihatnya tentang rawatan yang harus diambil. Jangan sampai dah teruk baru nak ‘serah diri’ pada doktor.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Siapa Nak Bantu Tolakkan Kerusi Roda Saya?”, Keluh Pesakit Kanser Payudara Ditinggalkan Suami

‘Mak Mentua Disahkan Kanser’ Menantunya Bekas Pesakit Kanser Meraung Depan Doktor

Habiskan Duit Pada Scammer Yang Claim Sembuhkan Penyakit

Inilah antara nasihat Norhayati Nakim buat mereka yang baru saja disahkan menghidap kanser payudara supaya tidak mudah terpengaruh dengan scammer yang menjual ubat dengan ‘claim’ ubat itu boleh memulihkan dan merawat kanser.

“Kita sebagai pesakit tentu akan mudah terjerumus dan percaya sampai sanggup habiskan duit. Akhirnya diri tertipu. Dengarlah apa yang doktor cakap, buat rawatan dan ikut nasihatnya,” kata Norhayati Nakim yang dipanggil Yati.

“Jangan Habiskan Duit Beli Ubat & Suplemen Cegah Kanser, Ikutlah Nasihat Doktor..” – YatiMak sentiasa temani dirinya walaupun dia sendiri sakit .

Bercerita lebih lanjut tentang penyakit kanser payudara yang pernah ‘menjejak’ dalam badan Norhayati Nakim, 57 tahun. Sebelum itu, dia disahkan menghidap kanser rahim.

Katanya sejak dari umur 18 tahun ladi, dia mengalami fibroid dan endometriosis dan selamat menjalani pembedahan membuang rahim pada tahun 2002.

“Jangan Habiskan Duit Beli Ubat & Suplemen Cegah Kanser, Ikutlah Nasihat Doktor..” – Yati

“Namun, sel kanser ‘hidup balik’ dan saya merujuk di hospital kerajaan apabila merasakan ada biji yang makin membesar di bahagian payudara sebelah kiri, pada tahun 2012 pada usia 49 tahun.

Tafsiran ‘Kanser Mesti Mati’

“Saya membuat ujian biopsi di Hospital Selayang. Keputusannya, saya disahkan hidap kanser payudara tahap 3.

IKLAN

“Jangan Habiskan Duit Beli Ubat & Suplemen Cegah Kanser, Ikutlah Nasihat Doktor..” – YatiBersama Puan Zuraini, orang yang banyak membantu. .

“Dalam fikiran saya, bila ada kanser mesti mati. Saya menangis sepuasnya sebelum sampai ke rumah dan beritahu tentang keputusan itu pada mak dan keluarga. Diri saya sedikit terubat dan kuat bila mak minta saya lawan penyakit itu dan teruskan perjuangan. Jangan cepat menyerah kalah.

“Jangan Habiskan Duit Beli Ubat & Suplemen Cegah Kanser, Ikutlah Nasihat Doktor..” – YatiGambar bersama adik beradik. Ini juga gambar terakhir bersama arwah mak, selepas beberapa hari sebelum dia meninggal.

“Akhirnya saya berjaya menjalani pembedahan dan lakukan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur sebanyak 6 ‘cycle dan rawatan radioterapi sebanyak 18 kali untuk yang biasa & ditambah 5 kali lagi radioterapi booster,” katanya lagi faktor pemakanan menjadi punca dan sejarah keluarga yang pernah mendapat kanser.

Janji Dengan Arwah Mak

Walaupun sudah berjaya membuang payudara kiri, kemoterapi dan radioterapi tapi tidak bermakna ia sudah pulih 100%.

“Jangan Habiskan Duit Beli Ubat & Suplemen Cegah Kanser, Ikutlah Nasihat Doktor..” – Yati
Peneman Yati, diberi nama Memey

“Nak kata pulih tak juga sebab keadaan diri saya dengan penglihatan tak berapa nampak, tahap silau yang tinggi dan baru-baru ini ada sel baru selepas pemeriksaan doktor.

IKLAN

“Jangan Habiskan Duit Beli Ubat & Suplemen Cegah Kanser, Ikutlah Nasihat Doktor..” – YatiLagi gambar kenangan bersama arwah mak. .

“Namun, saya tak nak ambil kisah dan malas nak layan. Sebabnya, saya dah berjanji dengan arwah mak keluarga untuk tak nak lemah. Syukur, Allah bagi peluang dikesempatan ini untuk muhasabah diri.

“Jangan Habiskan Duit Beli Ubat & Suplemen Cegah Kanser, Ikutlah Nasihat Doktor..” – YatiKenangan bersama arwah mak. .

“Allah nak ingatkan saya, diuji begini dan tidak ambil nyawa terus. Sebab Dia beri peluang untuk saya berubah,” katanya yang setiap hari selepas solat akan memanjatkan kesyukuran kerana diberi ujian ini dan berjanji untuk terus kuat.

Kanser Bukan Penamat & Penyebab Kematian

Tambah Yati, anak ke 8 daripada 10 adik beradik, bila seseorang disahkan kanser tak kira tahap berapa sekalipun, jangan terlalu ikut perasan dan lemah.

“Memang kita akan rasa sedih. Menangislah sepuasnya tapi lepas itu kuatkan semangat, tekadkan usaha untuk sembuh dengan memandang wajah orang yang kita sayang,” katanya lagi.

“Jangan Habiskan Duit Beli Ubat & Suplemen Cegah Kanser, Ikutlah Nasihat Doktor..” – YatiDiberi kesempatan menunaikan umrah bersama arwah mak. .

IKLAN

Apa yang ditekankan oleh bekas pesakit kanser ini buat yang berjuang melawan kanser payudara supaya mengikut segala nasihat doktor dan lakukan semua rawatan yang diberikan.

“Jangan habiskan duit membeli ubat atau suplemen yang didakwa boleh mencegah atau merawat kanser. Semua itu scammer,”

“Jangan Habiskan Duit Beli Ubat & Suplemen Cegah Kanser, Ikutlah Nasihat Doktor..” – Yati

“Kuatkan semangat dan jangan sesekali mengaku kalah sebab KANSER BUKAN BEERTI SATU KEMATIAN. Selagi ajal belum menjemput, teruskan kehidupan seperti biasa mengikut garis panduan dari doktor. Pesakit/bekas pesakit kanser adalah pejuang kehidupan yg paling kuat kerana walaupun mengalami kesakitan, kita masih mampu tersenyum. Teruskan semangat,” katanya mengakhiri perbualan.

“Jangan Habiskan Duit Beli Ubat & Suplemen Cegah Kanser, Ikutlah Nasihat Doktor..” – YatiGambar kenangan bersama arwah ayah, arwah ibu dan adik beradik. .

Mingguan Wanita : Moga sentiasa diberi kesembuhan dan kekuatan dalam hidup.

Tonton kisahnya dalam video ini: 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI