Demi mencapai impian memiliki tubuh idaman, ada yang sanggup melakukan apa sahaja. Termasuklah rela berhabis duit, menanggung kesakitan melakukan pembedahan plastik.

Seorang guru wanita di England sanggup berhabis lebih £50,000 (RM264,773) untuk melakukan pembedahan kosmetik agar rupa fizikalnya menyerupai idolanya, Kim Kardashian, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

15 Kali Buat Pembedahan Plastik, Wanita Puas Hati Jadi ‘Kembar’ Kim Kardashian
Gambar asal sebelum melakukan pembedahan plastik.
15 Kali Buat Pembedahan Plastik, Wanita Puas Hati Jadi ‘Kembar’ Kim Kardashian
Selepas menjalani pembedahan plastik menyerupai ‘Kim Kardashian’

Puas Hati Transformasi Tubuh

Wanita berketurunan Korea Selatan, Cherri Lee berkata, dia sangat berpuas hati dengan transformasi tubuh badannya selepas pembedahan membesarkan punggung, payu dara dan mengubah raut wajah.

“Kim ialah manusia paling cantik di dunia dan saya sangat mahu kelihatan serupa dengannya.

“Dia ialah inspirasi dan motivasi untuk saya menjalani pembedahan kosmetik agar tampil lebih jelita,” kataCherri.

Tambah Cherri, pembedahan itu sangat berkesan sehingga ahli keluarganya sendiri sukar mengecam dirinya dengan wajah baharu.

IKLAN
15 Kali Buat Pembedahan Plastik, Wanita Puas Hati Jadi ‘Kembar’ Kim Kardashian
Kim Kardashian

15 Kali Pembedahan Plastik

Dalam tempoh lapan tahun, Cherri telah menjalani sekitar 15 pembedahan plastik bagi mencapai impian bergelar ‘kembar’ Kim Kardashian.

“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan satu-satunya sesalan saya adalah tidak melakukan dengan lebih awal.

“Meskipun ramai yang menyangka saya pelacur apabila keluar bersiar-siar, saya tidak benarkan ia mengganggu fikiran,” tegasnya.

IKLAN

Mesti Baca:Tingkatkan Keyakinan Diri, Nak Besarkan Lagi BIBIR Buat Suntikan Kali Ke-27!
Baca Lagi Di Sini:Sanggup Abai Risiko Demi Dinobatkan Wanita Bibir Terbesar Di Dunia!
Artikel Menarik:Payudara “Besar-Besar Ni Nak Ke Mana Ya?” Memandai Injek Guna Hyaluric Acid Sampai Kena Sawan

IKLAN

Mingguan Wanita: Bersyukurlah dengan kejadian tuhan, tak perlu ubah diri untuk nampak cantik. Risau memudaratkan tubuh badan pula nanti.

Sumber:Kosmo, Mirror.UK
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI