Mona Rela Hati, Pekin Harap Isteri Istiqamah. Selepas dikurniakan cahaya mata sulung, pasangan selebriti Pekin Ibrahim, 41, dan isterinya Mona Allen, 37 kelihatan begitu bahagia.
Malah Mona Allen juga kelihatan begitu ayu dengan penampilannya yang kini sudah berhijab.
Sebagai suami Pekin akui dirinya berasa sangat gembira dengan pilihan Mona untuk terus bertudung.
Seperti yang dikongsikan, Pekin bersyukur sejak beberapa bulan lalu isterinya mengenakan hijab. Malah apa yang dilakukan adalah dengan rela hati berharap Mona terus istiqamah.
“Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung.
Ads
“Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami.
“Saya memang tak pernah gesa isteri untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati.
“Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung,” ungkapnya seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro.
Tak Perlu Umum Di Media Sosial
Pada masa yang sama, Pekin juga mengingatkan isterinya agar tidak membuat perkongsian terbuka di media sosial.
“Kalau rela hati pakai tudung itu baguslah.
Ads
“Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial.
“Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikecam netizen.
“Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan.
“Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila,” kongsi ayah kepada Petra Pekin yang kini berusia dua bulan.
Setiap wanita yang berkahwin tentu impikan untuk menjadi seorang ibu. Rezekinya, ada dapat seorang saja, kembar dan tak kurang juga berderet-deret anak.
Namun, tak semua wanita berpeluang jadi ibu. Banyak usaha yang dilakukan tapi belum ada rezeki untuk di bergelar ibu. Ini belum lagi dengan saiz badan yang boleh memberi risiko bila mengandung.
Selalu kita dengar, orang berisi sukar untuk dapat anak dan dikaitkan dengan masalah kesihatan. Ada alasan-alasan dan nasihat yang tersendiri daripada pakar.
Walau bagaimanapun, lain pula jadinya pada perkongsian ini. Berbadan berisi tapi rezeki dapat hamil kembar 3. Atas nasihat doktor, dia diminta untuk gugurkan dan hanya boleh hamil anak seorang saja. Namun dia nekad dan akhirnya mampu lahirkan kembar tiga.
Ange, seorang isteri yang bersaiz besar. Sangat mengejutkan apabila dia hamil kembar 3 an doktor menasihatkan untuk gugurkan satu atau dua bayi dalam kandungannya kerana bimbang tahap kesihatan.
.
Sebelum ini, dia pernah melahirkan seorang anak perempuan pada tahun 2016. Kini dia hamil kembar tiga pada usia 38 tahun.
Dia melahirkan seorang anak perempuan ketika berusia 3 tahun pada 2016 dan awal tahun ini, tidak sangka sama sekali telah dia hamil kembar tiga pada usia 38 tahun.
Doktor turut memaklumkan supaya gugurkan kandungan ini kerana bimbang risiko diebetes, tekanan darah tinggi kerana faktor saiz badan. Sedangkan semasa mengandungkan anak pertamanya, Dottie, dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan anaknya dilahirkan dengan sihat.
Sebelum hamil kembar tiga ini, Ange dan suaminya, Chris, 33 tahun telah banyak kali berusaha untuk dapatkan anak tapi tidak berjaya.
.
Pernah anaknya, Dottie bertanyakan pada Ange, bila dia akan menjadi kakak? Boleh dikatakan setiap bulan dia bertanyak hal ini sehingga membuatkan Ange sedih kerana belum dapat merealisasikan hasratnya.
Selepas dua tahun, Ange dan Chris untuk tidak lagi mengharapkan. Mereka ingin beri tumpuan pada anak perempuannya. Dia mahu menikmati hidup bertiga dengan penuh bahagia.
“Pada 9 Januari 2022, saya hadir ke majlis ulangtahun kawannya dan waktu itu dia rasa tidak sihat. Apabila pulang ke rumah, dia memberitahu suaminya, ada bau yang membuatkan tekaknya loya.
Lain pula yang dikatakan oleh suaminya. “Awak perlu ambil ujian kehamilan. Selasp mengabil ujian kehamilan, dirinya disahkan hamil.
Kehamilan Berbeza
Kehamilan Ange kali ini dirasakan agak berbeza semasa mengandungkan Dottie sebelum ini.
“Jadi, dia mengandaikan hamil anak lelaki dan tidak sabar untuk melihat pada imbasan nanti. Apa yang mengejutkan, saya disahkan hamil kembar tiga.
.
Ange mula bimbang kerana selepas ini mereka perlu ubah cara kehidupan bila hadirnya kembar tiga nanti.
“Inilah anak yang kami semua tunggu sekian lama. Mereka adalah satu keajaiban.”
Namun kegembiraan mereka bertukar jadi bimbang bila doktor mengatakan betapa bahayanya Ange mempunyai anak kembar titiga dengan keadaan dirinya yang bersaiz besar.
“Adakah saya mahu gugurkan satu atau dua janin dalam kandungan.
Tentu sekali tidak. Itulah jawapan Ange. Malah, setiap kali temujanji hospital, Ange adalah ibu kembar tiga yang tidak banyak mengalami masalah kesihatan lain.
Dalam tempoh kehamilan itu, dia turut mengalami ketidak selesaan apabila kandungan semakin membesar. Keadaan dirinya juga semakin besar sehignga sukar unuk maakan banyak atau bangun dari kerusi.
Akhirnya, kembar tiga yang sihat itu dilahirkan pada 18 Ogos 2022, Olive dengan berat 2.1kg, Ada seberat 2.5kg dan Tucker seberat 2.6kg. Semuanya dilahirkan melalui pembedahan.
“Mereka sempurna,” kata ibu kepada empat anak itu.
.
Sejak membawa pulang kembar tiga, kehidupan menjadi rollercoaster yang meletihkan dan mendebarkan untuk Ange dan Chris.
“Kami tidak banyak tidur. Tetapi saya tidak akan mengubah apa-apa.
Tiada membahagiakan saya melihat ketiga-tiga kembar luar biasa ini dan Dottie menyayangi mereka.
.
.
“Saya hanya mahu berkongsi kisah saya untuk memberi harapan mreka di luar saya terutamanya yang mempunyai masalah berbadan besar.
“Anda masih lagi berpeluang untuk menjadi ibu dan jangan sesekali putus asa,” katanya.
Mingguan Wanita : Rezeki tak pernah salah alamat. Sekali dapat terus tiga orang. Syukur.
Sumber: Mirror
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kenal di Twitter, wanita beranikan diri ajak taaruf & pinang bakal suami. Sweetnya berakhir di pelamin. Selalu kita dengar perempuan agak malu menyuarakan isi hati kepada orang disukainya. Ini kerana malu itu sebahagian dari iman. Masa yang sama bimbang dikatakan bertepuk sebelah tangan atau ditolak.
Tapi tidak salah memberanikan diri mencuba kerana kita tak tahu aturan jodoh itu sebenarnya sudah ditulis di luh mahfuz, hanya perlu digerak dan memerlukan sedikit usaha.
Satu perkongsian jodoh dari @imanriznoah di Tik Toknya cukup menarik dan dirinya sudah selamat bernikah pada 5 November lalu bersama cinta hatinya, Muhammad Amran.
Menurut perkongsian darinya, perkenalan mereka bermula di twitter sebelum beralih ke WhatApp kemudian taaruf dan terus berkahwin. Sesi merisik pada 29 Januari 2022, bertunang pada 19 Mac 2022 dan bernikah pada 5 November lalu.
Jelas Iman, sesi perkenalan dengan suaminya, Muhammad Amran bermula di Twitter di mana di awal perkenalan suaminya ada tweetnya mengenai hasratnya menyambung pengajian ke UM. Kebetulan suaminya adalah alumni UM.
Kata Iman, selepas bertukar-tukar nombor telefon, mereka mula berkawan dan pada 26 Mei 2020 iaitu PKP pertama dirinya mengajak “bakal suaminya” taaruf untuk mengenali lebih rapat lagi di antara satu sama lain.
Bahkan dirinya berterus terang mengakui suka dan mahu menikah kalau mereka saling menyukai. Bahkan ketika itu dirinya akui tidak kisah kalau “permintaannya” itu ditolak kerana katanya hatinya jenis kering.
Tanpa diduga “lamarannya” itu membuat jantung bakal suaminya berdegup kencang kerana ada orang confess begini, dengan lafaz bismillah, dia menerima hubungan itu.
Menurut Iman, perhubungan mereka juga di awal 2020 itu ada badainya namun sudah tertulis jodoh itu bersama mereka.
Dari twitter Whatsapp Taaruf Merisik Bertunang Menikah. Nampak macam macam lancarkan. Tapi hanya iman dan pasangan je tahu. Walaupun dah sorok hubungan ni sebelum sah menikah tetap ada je gangguan. Tapi syukur Alhamdulillah.
Allahuakbar masa tok kadi & saksi cakap sah tu, terus mengalir air mata aku dan suami. Sebab terlalu banyak cabaran orang-orang yang dengki dalam diam ingin kami berpisah. Tapi Alhamdulillah Allah rahmati hubungan kami, tulisnya dalam perkongsian di Tik Toknya.
Dalam pada itu, sebaik memuat naik kisah cinta mereka ini, ramai wanita yang mengakui kagum dengan semangatnya yang berani berterus-terang di awal perhubungan.
“MashaAllah beraninya sis ajak dia taaruf terus setuju menikah. Alhamdulillah sis dapat lelaki yang baik budi pekerti dan agamanya. Doakan saya juga tau.
Dalam pada itu, Iman menjelaskan, "sebab saya dah bersedia, duit dah ckup, tinggal cari pasangan je. Alhamdulillah semakin kita dekatkan diri dgn Allah, Allah dekatkan jugak jodoh yang baik untuk kita.
Bahkan perkongsiannya itu membuatkan ramai gadis yang mahu meminjam “kekuatannya” agar mereka juga bertemu jodoh tahun depan.
Ya tak salah pun untuk wanita memulakan dahulu. Bahkan wanita meminang lelaki ini sudah terjadi di zaman Rasulullah lagi di mana Baginda sendiri selepas kewafatan Syaidatina Khadijah.
Selepas kewafatan Saidatina Khadijah,diceritakan oleh Anas R.A di dalam hadith riwayat Imam Bukhari. Ketika Anas berada bersama Rasulullah SAW, dan anak perempuan Anas juga ada bersama mereka, datang seorang wanita kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lantas bertanya:-
” Wahai Rasulullah, adakah engkau mahukan aku ( sebagai isterimu )”.
Anak perempuan Anas lantas memberi komentar kepada ayahnya; “Bagaimana dengan wanita ini, tidakkah dia malu melamar begitu kepada Rasulullah. Tidakkah dia punya harga diri”.
Lalu Anas r.anhu berkata; “Dia lebih baik daripada engkau. Dia cintakan Rasulullah, lantas menawarkan dirinya untuk Rasulullah”.
Imam Al Bukhari meletakkan hadith ini di bawah bab ” Wanita menawarkan diri kepada lelaki yang soleh”.
Kata seorang ulamak bernama Syeikh Badruddin Mahmud Al-Aini mengenai perkara ini;
"Kata-kata Anas r.a kepada anak perempuannya, menunjukkan bahawa harus seorang wanita menawarkan diri untuk dinikahi oleh seorang lelaki yang soleh, dan diketahui bahawa wanita itu melamarnya kerana kesolehan dirinya, atau kerana kemuliaan dirinya, atau kerana nilai-nilai beragama yang wujud pada dirinya, dan itu tidaklah mencacatkan maruah wanita tersebut bahkan menunjukkan kepada ketinggian jiwa wanita tersebut".
Para ulamak juga menyebut bahawa tidak menjadi suatu yang salah pun di sisi syarak, untuk seorang wanita memulakan dahulu lamaran kepada seorang lelaki. Sebagaimana harusnya seorang lelaki memulakan lamaran kepada seorang wanita.
Kereta total lost, wanita terselamat maut. Berkat amal doa naik kenderaan & Al-Fatihah 40 kali. Berpantang maut sebelum ajal. Jika dilihat kepada kenderaan dinaikinya, tiada siapa akan percaya tiada satu pun kecederaan dialami. Tiada sekeping kaca pun melekat di kulitnya bahkan masih mampu keluar dari kenderaannya yang sudah lumat bumbungnya dengan sihat walafiat.
Inilah pengalaman ngeri dikongsikan oleh Maizatul Mat Said, seorang peniaga kek lapis apabila dirinya terselamat dari maut semalam. Barang kali berkat dirinya sentiasa mengamalkan Bismillah sebelum memulakan perjalanan selain mengamalkan doa naik kenderaan serta membaca surah al-Fatihah sebanyak 40 kali jika hendak berjalan jauh.
Berkongsi tragedi menimpanya, jelas wanita berusia 49 tahun ini, sewaktu nampak bucu belakang lori 25 tan semakin hampir dengan kereta, dirinya hanya mampu menjerit Allahuakhbar sebelum terdengar bunyi seperti tin kemek apabila bumbung kereta merempuh lori.
“Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, saya terselamat tanpa sebarang kecederaan dan berjalan keluar dari kereta walaupun keseluruhan kereta remuk,” katanya yang terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas kereta Proton Wira dipandunya ‘lumat’ akibat merempuh sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah – Jasin (AMJ) berhampiran Kandang di sini petang semalam.
Memetik sumber Malaysia Gazatte, Menceritakan semula kejadian, ibu kepada seorang anak itu berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke tempat berniaganya di Pantai Klebang selepas pulang dari menghantar anak tunggalnya ke Universiti Teknologi Mara Kampus Jasin.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya nampak lori berkenaan sedang membuat pusingan u dan sempat menekan brek namun sudah terlambat dan merempuh belakang lori berkenaan.
“Dalam keadaan cemas itu, saya hanya mampu menjerit ‘Allahuakbar’ sehinggalah apabila sedar, tangan saya masih berada di stereng tanpa sebarang kesan calar pada anggota badan. Saya kemudian membuka pintu kereta dan segera beredar dan waktu itulah baharu saya sedar, kereta sudah total lost sebelum orang ramai datang melihat kejadian itu,” katanya di sini hari ini.
Menurut Maizatul, walaupun mengalami kerugian besar kerana keretanya yang musnah sepenuhnya selain barang jualan kek lapis Sarawak diusahakannya rosak, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang disifatkannya ajaib itu.
“Alhamdulillah, Allah masih melindungi saya walaupun ramai yang beranggapan saya tidak mungkin selamat dengan keadaan kereta yang hampir lumat itu.
“Bagi saya, ini berlaku dengan izin Allah walaupun saya sendiri terkejut melihat keadaan kereta sebegitu rupa malah pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka juga doktor mengesahkan saya tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada pukul 5.30 petang melibatkan sebuah kereta dengan lori.
“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori bersaiz 25 tan yang datang dari arah Muar menghala ke bandar Melaka telah membuat pusingan u di kawasan yang dibenarkan.
“Pada masa sama, bahagian belakang lori dilanggar kereta jenis Proton Wira dipandu wanita terbabit yang ketika itu dalam perjalanan dari arah Jasin menuju ke Klebang untuk berniaga,” katanya.
Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kegembiraan sebuah keluarga bertukar tragedi menyayat hati apabila empat daripadanya, termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun, maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebuah lori treler dalam satu kemalangan ngeri.