Sumber/Sumber Foto: Instagram Janna Nick

Bergelar pelakon, penyanyi dan pengacara sudah semestinya penjagaan kecantikan perlu dititikberatkan. Begitu juga dengan selebriti Janna Nick yang memiliki kulit wajah yang putih dan mulus ini.

Semestinya memiliki kulit wajah berseri setiap wanita tidak seharusnya bergantung pada penggunaan kosmetik atau produk kecantikan semata-mata, sebaliknya ia memerlukan kesihatan dari dalam.

Janna Nick Lebih Selesa Bersihkan Solekan Segera, Kulit Wajah Lebih Segar & Tidak Melekit

Janna Nick Segera Cuci Solekan Selesai Tugasan

Seperti mana wanita yang lain, Janna juga memiliki rutin kecantikan yang tersendiri. Ikuti tip dan rutin kecantikan yang diamalkan oleh selebriti serba boleh ini seperti mana yang dikong menerusi siaran IGTV yang dimuat naik dalam laman sosial Instagramnya @jannanick baru-baru ini.

Seusia tugasan selesai perkara pertama dilakukan adalah mencuci solekan termasuk menanggalkan bulu mata palsu.

Ungkap Janna, dia lebih selesa hanya mengenakan solekan tebal ketika bekerja atau memenuhi sesi fotografi. Selepas selesai bekerja dia akan terus mencuci segera solekan.

Janna Nick Lebih Selesa Bersihkan Solekan Segera, Kulit Wajah Lebih Segar & Tidak Melekit
Wanita ini lebih suka mengenakan solekan ketika bekerja.

“Sejujurnya, saya tidak suka bersolek. Jika mekap pun konsep solekan nipis dan natural berbanding tebal. Sebab itu, habis saja kerja saya akan segera bersihkan mekap supaya wajah tak rasa melekit.

“Kadangkala kulit wajah kita perlu bernafas. Bagi individu yang mengalami masalah kulit, jangan fikir hanya produk kecantikan boleh membantu merawat, tidak,” kongsinya.

Lebih Selesa Kulit Wajah Bebas Calitan Mekap

Janna Nick Lebih Selesa Bersihkan Solekan Segera, Kulit Wajah Lebih Segar & Tidak Melekit

Akui Janna lagi dia lebih selesa kulit wajahnya bebas calitan mekap atau memilih konsep solekan natural dan nipis.

Malah dia juga mengamalkan minum air putih dan mengelakkan air manis dan makanan berminyak dapat membantu menyihatkan, sekali gus mencantikkan kulit wajah.

“Bagi saya, rutin penjagaan ideal haruslah bermula dari dalaman. Barulah kulit wajah kita sentiasa bersih,” ungkapnya lagi.

Baca Disini Juga:

NORMAN HAKIM Terharu Anak Bagi DUIT BELANJA Walaupun Tak Pernah Minta

Kekal Cantik & Sihat, Tya Ariffin Kongsi 4 Tip Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Kekal Cantik, Rupanya Selain Senaman Amalkan Makan Secara Sihat & Uruslah Tekanan Dengan Baik 

Janna Nick Lebih Selesa Bersihkan Solekan Segera, Kulit Wajah Lebih Segar & Tidak Melekit
Janna selesa berwajah polos.

Langkah Asas Penjagaan Wajah

Menerusi video yang dikongsi juga, Janna turut menunjukkan dua langkah asas penjagaan kulit wajah.

Pertama, selepas menanggalkan bulu mata palsu dan kuku palsu dia akan mencuci mekap menggunakan tisu lembut dan minyak Argan.

Seterusnya Janna akan membersihkan kulit wajah menggunakan pencuci pilihan mengikut kesesuaian kulitnya sebelum membilas dengan air bersih.

Janna Nick Lebih Selesa Bersihkan Solekan Segera, Kulit Wajah Lebih Segar & Tidak Melekit Janna Nick Lebih Selesa Bersihkan Solekan Segera, Kulit Wajah Lebih Segar & Tidak Melekit

Malah selebriti yang berusia 25 tahun ini juga sempat meninggalkan pesanan yang cukup bermakna buat para peminatnya;

“Bagi kekal yakin tampil tanpa solekan, paling penting memiliki kulit wajah yang cantik dan sihat.”

Sumber/Sumber Foto: Instagram Janna Nick 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI