Peguam tak lagi wakili ibu bapa Zayn Rayyan, “ada sebab-sebab tak dapat dielakkan.
Penahanan dan kes reman ke atas ibu bapa Ryan Zayyan baru-baru ini mencetuskan tanda tanya di kalangan orang ramai. Ramai yang bersimpati dan mengharapkan keadilan buat keluarga yang kehilangan anak syurga, Ryan Zayyan ini.
Peguam Tak Lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan
Namun hari ini, peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.
“Ada Sebab-Sebab Tak Dapat Dielakkan…”
Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Memetik laporan Harian Metro, Mahmud berkata, dirinya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.
Ads
“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya.
Sebelum ini, Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam Jumaat lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ibu bapa kanak-kanak terbabit direman seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 9 malam 6 Disember lalu.
Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.
Ads
Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.
Cik B kan lelaki, kenapa pakai telekung, anak buah sangka Cik B lelaki. Penampilan Cik B sememangnya sering meraih perhatian. Pernah dirinya tersangka sebagai lelaki hanya kerana gaya rambutnya digunting pendek.
Malah pernah suatu masa, Cik B ditegur kerana memasuki tandas perempuan kerana ada yang menyangka dirinya adalah lelaki. Biar aura looknya sebagai gadis manis belum menyerlah namun kebaikan dirinya dan sifat lucunya sering meraih perhatian di media sosial.
Terkini, sekali lagi Cik B disangka lelaki. Bukan orang lain sebaliknya anak buahnya yang sendiri.
Ini kerana anak buahnya terkejut melihat Cik B mengenakan telekung dan dirinya bertanya mengapa Cik B mengenakan telekung.
“Kenapa Cik B pakai telekung, Cik B bukan lelaki ke, soal anak buahnya. Masa yang aksi lucu Cik B yang menjawap hoi membuatkan rumah agam mereka dipenuhi gelak ketawa. Malah Mamanya, Dato Seri Vida memaklumkan anak-anak buah itu adalah BFF Cik B.
Apa pun moga doa yang baik-baik untuk Cik B sekeluarga.
Isteri mati dibunuh di bilik hotel kerana tuntut fasakh, “keluarga dah halang jumpa suami tapi arwah pergi juga. Seorang lelaki menyerah diri kepada polis selepas mengaku membunuh isteri sendiri di sebuah hotel di Batu Gajah, Perak.
Dalam kejadian semalam, lelaki yang juga seorang pemandu lori berusia 37 tahun hadir di Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang dan memaklumkan telah membunuh isterinya. Ekoran tragedi menyayat hati ini, tular di media sosial, arwah dikenali sebagai Nisya yang berdepan dengan masalah rumahtangga dan dalam usaha menuntut fasakh dari suaminya.
Di Tik Tok @thehanishopz turut berkongsi kisah Nisya di mana dimaklumkan keluarga dari awal sudah menghalang arwah dari pergi bertemu suaminya di hotel tersebut tetapi arwah tetap pergi bagi menyelesaikan masalah rumahtangga mereka. Dan ianya berakhir dengan kematian.
Dalam ruangan komen di Tik Tok berkenaan, @thehanishopz menjawap satu komen berkaitan hal ini.
“Macam mana la di akhir-akhir kehidupan dia ye. Mesti dia takut sangat. Dia jumpa kat hotel tu sebab dia percayakan lelaki tu, suami dia. Tak sangka orang yang di percayai tergamak buat macam nie. Semoga arwah tenang di sana, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman & beramal soleh. Kejadian ni dekat dengan tempat kerja lama saya. Sangat-sangat sedih sebab saya pun orang batu gajah.
“Ye betul, arwah mmg takut nak jumpa suami dia tapi smlm xtahu kenapa dia jumpa jugak suami dia. Ahli keluarga dh halang tp dia pergi jumpa jugak .. 😭.
Masa yang sama, @thehanishopz turut memberi penjelasan kepada komen-komen negetif yang datang dari kebanyakan lelaki yang menuduh arwah curang.
Jelasnya, berikutan fitnah mengenai kes bunuh di Hotel Royale ini, ia bukan dilakukan oleh polis seperti disebarkan dan juga bukan di depan anak-anak. Malah dirinya ingin memperbetulkan fitnah yang sudah bertebaran.
“Polis tu bekas suami nombor satu.Bukan dia bunuh. Yang bunuh arwah tu suami nombor dua yang bekerja sebagai pemandu lori di Klang. Dengan suami polis ada seorang anak dan dengan suami kedua tiada ada anak.
“Hanya mereka berdua di hotel, tak ada anak. Arwah nak tuntut cerai fasakh tapi suaminya tak beri kerjasama (kenyataan ini dari ibu arwah).
Dalam pada itu, menurut @thehanisshopz ini juga arwah sudah memilih kehidupan yang lebih baik sebelum ajalnya menjempur.
“Arwah sudah mula berniqab, rajin pergi masjid mengaji kuliah-kuliah agama, lepas Asar wajib mengaji dan suara merdu. Ada part hafal Quran tanpa tengok Quran pun selain arwah setiap hari akan pergi ke kubur ayahnya kerana rindu.
“Allah menjawab pertanyaannya dan akhirnya kak Nisya ikut menjejak arwah ayah,” katanya yang membuat emoji menangis.
Semoga Allah mengampuni dosanya dan tempatkan dirinya di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Restoran nasi kandar ditutup kerana beroperasi dalam keadaan kotor, dapur menjijikkan, berbau dan ada tahi lipas. Sebuah restoran nasi kandar 24 jam dikesan beroperasi dalam keadaan kotor dan menjijikkan diarah tutup selepas diperiksa dalam Operasi Khas Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak di sekitar Station 18, di Ipoh.
Pemeriksaan dilakukan juga mengesan, barangan masakan seperti mi segera, bawang, kentang dan tepung dibiarkan dalam keadaan terbuka dan hanya ditempatkan di laluan tangga kediaman pekerja.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, arahan penutupan selama 14 hari itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Dalam pemeriksaan bermula sekitar jam 9.30 malam itu mendapati, premis terbabit sengaja membiarkan dapur dalam keadaan tidak bersih, berbau dan terdapat tanda najis lipas.
“Saya sangat sedih dan tidak boleh terima perkara seumpama ini masih berlaku di premis makanan sedangkan di luar ramai pelanggan dan mereka tidak tahu pun keadaan sebenar.
“Kalau boleh diberi penilaian mengenai tahap kebersihan premis ini, saya akan beri markah kosong. Keadaannya sangat teruk sehingga boleh membuatkan kita rasa loya dan hampir muntah,” katanya.
Operasi bersepadu dijalankan bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan polis itu turut disertai Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Noor Rizawati Mahpot dan Pengarah JTK Perak, Muhamad Fauzi Abd Ghani.
Sivanesan berkata, operasi sama telah digerakkan di seluruh negeri bertujuan menambah baik isu kebersihan premis makanan khususnya yang beroperasi 24 jam dan premis-premis yang beroperasi pada sebelah malam.
Katanya, sebanyak 359 premis terlibat dalam pemeriksaan tersebut dan sejumlah 316 notis kesalahan dikeluarkan kepada pengendali makanan melibatkan kompaun RM44,200 kerana tidak mematuhi kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009.
“Bagi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pula, sebanyak 81 notis kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai kompaun lebih RM20,000.
“Operasi kali ini turut dijalankan aktiviti pensampelan makanan dan swab pengendali makanan bagi menentukan tahap kebersihan sebenar premis,” katanya.
Beliau berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 5,443 pemis makanan diperiksa melalui aktiviti penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya.
“Daripada jumlah itu, 1,330 notis kesalahan telah dikeluarkan dengan nilai kompaun RM244,176 dan sebanyak 31 premis makanan pula telah dikenakan perintah penutupan sementara kerana premis tidak suci,” katanya.
Dalam pada itu, petugas media yang mengikuti pemeriksaan di empat restoran makanan dimaklumkan, penempatan pekerja di semua premis berkenaan tidak mendapat perakuan penginapan daripada JTK.
Mengulas perkara itu, Sivanesan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pihak majikan melakukan pelbagai pelangaran Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Akta Kerja 1955.
Kesalahan itu termasuklah tiada kontrak kerja, tiada penyata gaji, gagal melaporkan penggajian pekerja asing dan bayaran kerja lebih masa yang tidak mengikut akta ditetapkan.
“Jumlah pekerja terlibat dalam isu ini adalah seramai 61 warga asing dan 20 warga tempatan, namun saya yakin jumlah sebenar adalah lebih ramai.
“Akta kita tidak mengasingkan pekerja asing dan tempatan jadi saya telah minta kepada Pengarah JTK dapatkan kenyataan daripada mereka mengenai pelanggaran ini,” katanya.
"Aman Graseka bukan dipaksa, dia sendiri mahu temankan saya berniaga." Itulah yang dijelaskan oleh isteri kepada pelakon veteran iaitu Reena Arina yang tampil menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya dia memaksa suaminya yang sedang uzur.