Kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemui meninggal dunia di sebuah sungai, berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.
Laungan ‘Allahuakbar’ dan tangisan hiba memecah kesunyian malam di kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, susulan penemuan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Zayn Rayyan hilang sejak semalam
Tubuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemui penduduk danggarkan lebih 200 meter daripada lokasi yang dilaporkan hilang sekitar pukul 10 malam tadi. Suasana hiba menyelubungi penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini sebaik sahaja jasad kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemui.
Lebih memilukan apabila bapa Zayn Rayyan dilihat sukar menerima berita penemuan menyedihkan itu dan pengsan beberapa kali.
Ditemui sudah tidak bernyawa lagi.
Penduduk di kawasan kejiranan tersebut masih lagi menunggu proses membawa keluar mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui di sebatang sungai berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Ads
Memetik Kosmo Online, penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman yang melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut.
Terdahulu ibu mangsa, Ismanira Abdul Manaf dilaporkan berkata, sebelum kejadian dia mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah.
Katanya, sebaik tiba di kawasan perumahan anaknya itu secara tiba-tiba meragam dan mahu bermain buaian di taman permainan.
Ads
“Saya turuti permintaannya dan menunggu dia bermain buaian selama beberapa minit sebelum memujuknya naik ke rumah kerana saya perlu memasak serta menyiapkannya untuk dihantar ke rumah pengasuh.
“Ketika menaiki tangga, saya memegang barang basah yang baru dibeli dan beg sekolah sementara Zayn menuruti saya dari belakang.
“Namun selepas beberapa langkah saya memanggil namanya, dia tidak menjawab dan apabila saya toleh lihat dia sudah tiada,” katanya.
Ads
Faizol Najib merupakan individu yang menemui kanak-kanak autisme, yang hilang sejak semalam.
Menurutnya, dia tidak menyangka akan menemui kanak-kanak istimewa itu dalam keadaan tidak lagi bernyawa dan hanya mengikut gerak hati untuk mencari di kawasan anak sungai dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, walaupun kawasan itu sudah digeledah Unit Anjing Pengesan (K9), semalam.
Katanya, dia sebelum itu sepatutnya bersama empat lagi penduduk setempat untuk melakukan pencarian rumah ke rumah bersama pasukan polis.
“Sayu hati saya apabila disahkan kanak-kanak yang ditemui itu adalah Zayn Rayyan, saya lihat dia lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti ditularkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid yang berada di lokasi kejadian mengesahkan penemuan tersebut dan akan memaklumkan fakta kejadian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami Miera Liyana ceraikan isteri pertama, perkahwinan 28 tahun berakhir talak satu. Kemelut rumahtangga suami pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman bersama isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib berakhir hari ini apabila diceraikan dengan talak satu.
Rosland, 50, melafazkan talak di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Siti Noraini Mohd Ali pada pukul 10.50 pagi, Khamis.
Suami Miera Liyana Ceraikan Isteri Pertama
Memetik laporan Mstar, sebelum lafaz cerai dibuat, hakim membacakan hasil perbincangan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang dibuat kedua-dua pihak pada 13 Julai lalu.
Rosland dikatakan memilih untuk bercerai atas alasan tiada persefahaman dan tawar hati dengan tindakan Adibah kerana membuat kenyataan berhubung perkahwinan mereka sebelum ini.
Sementara itu, Adibah ketika ditemui media di perkarangan mahkamah enggan memberikan sebarang komen berhubung penceraian itu.
Perkahwinan 28 Tahun Berakhir Talak Satu
Peguam syarie mewakilinya, Mohd Junid Ramli memberitahu pihaknya akan meneruskan prosiding mahkamah bagi kes hadanah dan perkara lain berkaitan.
“Adibah masih terkejut dan tidak mahu memberi komen.
“Kami akan terus lawan untuk kes selepas ini,” katanya kepada pemberita.
Rosland pula dilihat bergegas pulang tanpa memberi sebarang komen.
Dalam pada itu, ibu Miera Liyana iaitu Aisyah Abdullah yang turut hadir sama memaklumkan pihaknya akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.
Sebelum ini kecoh di media sosial berkaitan kes pasangan ini kerana ada dakwaan Rosland tidak balik lagi ke rumah selepas mengahwini Miera Liyana sebagai isteri kedua.Masa yang sama, Adibah juga enggan diceraikan.
Ibu kepada lima orang anak ini berharap rumah tangganya dapat diselamatkan walaupun hubungan dilanda masalah sejak 2021. Bahkan timbul dakwaan anak dilarikan dan lain-lain perkara.
Anak semakin gembira Elyana kembali menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Terkini wanita tabah ini sedia harungi rawatan untuk melawan semula penyakit kansernya. Semoga yang baik-baik aje untuk Elyana nanti..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ini selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Saya bersyukur kepada Allah dianugerahkan jawatan Perdana Menteri kelapan dengan izin Yang di-Pertuan Agong,” kata beliau ketika ditemui di kediamannya di Bukit Damansara, dekat Kuala Lumpur.
“Kita pun beristiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah diberikan Allah kepada saya. Saya memohon untuk seluruh rakyat Malaysia menerima keputusan diumumkan Istana Negara hari ini.”
Salah seorang pemilik akaun facebook ini, Akhtar Syamir (BroOhsem) menzahirkan ucapan tahniah untuk perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Dalam masa yang sama, menyuarakan harapannya kepada Perdana Menteri baharu ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan sujud syukur sebaik saja diumumkan perlantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.
Harapan Saya Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin
1. Jangan hentikan perbicaraan semua OKT (Orang Kena Tuduh).
2. Kerajaan lebih tegas dalam isu-isu seperti SAJAT.
3. Kerajaan lebih tegas dalam menangani penularan ideologi pengganas seperti LTTE dan lain-lain.
4. Kekalkan kasut hitam untuk budak sekolah. Tolonglah.
5. Tangani Isu Agama dan perkauman dengan lebih baik.
6. Kekalkan larangan merokok.
7. Hukuman yang lebih berat kepada pemandu mabuk !
8. Penguatkuasaan carseat perlu penambahbaikan. Subsidikan sebahagian kos pembelian carseat contohnya.
9. Cari dan hukum pembunuh Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
10. Tolong lantik semula Dr. Maszlee bin Malik sebagai Menteri Pendidikan. Ternyata beliau adalah yang terbaik.
Itu antara harapan saya, setuju tak? Apa harapan korang pulak? Kongsikan kat komen.
“Share post ni tau. Harapan saya, TSMY nampak senarai kita ni. Eh, banyak pulak guna perkataan harapan ni.”
MW :Dimaklumkan majlis mengangkat sumpah akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara esok jam 10.30 pagi.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir , yang selalu selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa, Harian Metro
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi. http://t.me/broohsemfans BroOhsem
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Macam-macam kaedah rawatan perubatan yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.Salah satunya doktor terpaksa memasukkan 4 belon bersaiz telur ayam pada wajah wanita sebagai satu prosedur sebelum pembedahan boleh dijalankan.
Xiao Yan, 23 tahun, daripada Longjing, China dilahirkan dengan tanda lahir besar di wajah, yang juga dikenali sebagai Congenital Melanocytic Nevus. Ia dialami 1 daripada 100 kelahiran.
Semakin lama tanda lahir pada wanita ini mula menjadi sel kanser dan terpaksa dibuang dengan segera oleh beberapa doktor pakar di Shanghai Ninth People’s Hospital, China.
Walaubagaimana pun, prosedur membuang kanser ini bukanlah perkara yang mudah. Doktor perlu memasukkan 4 belon bersaiz telur ayam pada bawah wajahnya untuk menjadikan kulitnya tegang, serta tisu kulit baru dapat dihasilkan. Ia sebagai sebahagian daripada prosedur pembedahan untuk membuang tanda lahir tersebut.
Xiao Yan mula rasa sakit pada tanda lahir tersebut sejak Mac lepas. Setelah melakukan pemeriksaan , doktor mendapati tanda lahir tersebut menunjukkan wujudnya sel-sel kanser yang merbahaya.
Selain, terpaksa memasukkan 4 belon pada wajah, Xiao Yan juga terpaksa menghadapi 5 proses pembedahan lain yang amat menyakitkan demi meyelamatkan nyawanya.
Buat masa ini, Xiao terpaksa menggunakan topeng untuk berjalan dikhalayak umum dengan wajahnya yang sebegitu.
Congenital Melanocytic Nevus merupakan sejenis tanda lahir yang selalunya berada di kepala mahupun leher. Tanda lahir ini akan semakin membesar dan selalu menjadi lebih tebal seiring peningkatan usia. Ia dipercayai berlaku berpunca daripada mutasi sel pada tubuh ketika diawal proses kehamilan.
Kasihannya.Semoga pembedahan wanita ini berjaya. Semoga cepat sembuh.Macam-macam jenis penyakit ada, tanda lahir pun boleh menjadi sel kanser.
Kucing dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi "manis" jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama "Manis"...