Datuk Chef Wan gembira bebas dari kanser, cut sugar & buat IF untuk kehidupan sihat. Ogos tahun lalu, Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, 65, atau mesra disapa Chef Wan berkongsi dirinya disahkan menghidap kanser limfoma.
Berkongsi kisah sedih itu di instagram miliknya, Chef Wan memaklumkan dirinya kini berada dalam keadaan stabil kerana kanser dihidapinya masih di peringkat awal. Jelasnya, beliau didiagnos menghidap kanser itu selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital.
Jelasnya, beliau didiagnos menghidap kanser itu selepas menjalani ujian electrocardiogram (ECG) di sebuah hospital setahun lalu.
Datuk Chef Wan Kongsi Bebas Dari Kanser
Dan tidak sampai setahun berjuang dengan kanser, Chef Wan berkongsi berita gembira dirinya sudah bebas dari kanser limfoma.
“Alhamdulillah, badan saya kuat. Pada cycle kimoterapi yang ketiga, semua sel-sel kanser saya telah pun mati kesemuanya.”. Doktor turut maklumkan bahawa badan Chef Wan dapat bertahan tanpa muntah dan masih kekal kuat walaupun ubat kimoterapinya dinaikkan dos sebanyak 7 kali kuat berbanding kimoterapi yang biasa.
Ads
“Saya didiagnos kanser kerana stres bekerja. Tapi alhamdulillah, selepas ikut semua saranan doktor, saya berkongsi berita gembira sudah bebas dari kanser.
Amal IF Selain Cut Sugar Untuk Kehidupan Sihat
Chef Selebriti ini turut berkongsi berikutan berat badannya agak naik, 86 kg, buat masa ini saya cut sugar dan amalkan pemakanan sihat. Masa yang sama saya amalkan intermittent fasting, hanya makan sekali sahaja,. Insya Allah, untuk kehidupan yang lebih sihat selepas ini,” katanya yang ditemui baru ini.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Duit KWSP lebih setengah juta habis licin, pesara ubah suai rumah, buat kenduri kahwin anak. Setelah bertahun-tahun bekerja dan menyimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tiba masanya untuk menikmati hasil simpanan anda selepas bersara.
Namun, apakah kegunaan utama duit KWSP selepas bersara? Duit KWSP selepas bersara memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kesejahteraan kewangan dan kehidupan yang selesa.
Perancangan yang bijak dalam menggunakan simpanan KWSP boleh membantu memastikan kehidupan selepas bersara lebih terjamin dan tenang. Oleh itu, adalah penting untuk merancang penggunaan simpanan ini dengan teliti dan mendapatkan nasihat kewangan jika perlu.
Bagaimanapun lain pula jadinya dengan seorang bekas pengurus sebuah syarikat jualan langsung bahagian Pantai Timur. Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM750,000 yang diperolehnya habis dalam tempoh tujuh tahun digunakan untuk mengubah suai rumah dan kenduri kahwin anak.
Bekas pekerja swasta terbabit, Abdul Rahman Abdullah, 64, berkata, sebelum itu, duit itu juga susut kerana digunakan bagi menampung kehidupan sepanjang tempoh persaraan bermula pada tahun 2017.
Lelaki itu menjelaskan, dia mengambil keputusan untuk bersara pada usia 57 tahun selepas berkhidmat selama 27 tahun bersama syarikat yang berpangkalan di luar negara itu.
“Saya menerima wang persaraan berjumlah RM750,000 iaitu RM500,000 Akaun 1 manakala RM250,000 Akaun 2.
“Duit itu digunakan untuk mengubah suai rumah kira-kira sebanyak RM200,000 merangkumi pembinaan pagar konkrit, menambah bahagian dapur dan garaj.
“Sebanyak RM70,000 lagi digunakan untuk melaksanakan kenduri kahwin dua anak perempuan pada tahun 2016 dan 2018 manakala selebihnya habis digunakan bagi belanja makan, minum, kos elektrik, air dan internet serta petrol kereta sepanjang bersara,” katanya.
Ujarnya, kos sara hidup yang tinggi pada masa kini dengan harga barangan yang mahal juga menyebabkan wang persaraan tersebut cepat habis.
“Setiap kali keluar membeli lauk-pauk, perlu ada RM100 atau lebih dan nasihat saya kepada pesara agar perlu berjimat-cermat supaya wang KWSP dapat terus membantu kehidupan selepas tidak bekerja.
“Cuma saya bernasib baik kerana isteri (62 tahun) ialah pesara kerajaan yang menerima sejumlah pencen dan dapat membantu menampung perbelanjaan kami seterusnya dalam menghabiskan usia tua,” katanya.
Ibu bapa Zayn Rayyan dituduh abai anak bukan Seksyen 302 kerana membunuh. Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autism berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.
Memetik laporan Sinar Harian pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf berdepan pertuduhan melakukan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan, tahun lalu.
Zaim Ikhwan Zahari yang memakai baju T berwarna hitam dan Ismanira Abdul Manaf berbaju merah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.
Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu, didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada jam 12 tengah hari, 5 Disember hingga jam 9.55 malam, 6 Disember.
Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron manakala pembelaan oleh peguam, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.
Miza Ozawa mengaku bersalah jual diri di media sosial, hamil 6 bulan & hidap HIV. Nama Miza Ozawa mungkin dikenali oleh jantan-jantan miang yang pernah melanggan khidmat persundalannya.
Bersifat terang terangan menjual diri menerusi akaun Telegram, dirinya turut turut mempromosikan produk dan ubat-ubatan berkaitan seks selain video persundalannya.
Hari ini, Miza Ozawa atau nama sebenarnya, Siti Amiza Baharuddin, 27 membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi atas pertuduhan mencari langganan persundalan menggunakan nama Miza Ozawa menerusi akaun Telegram, awal bulan lalu.
Memetik laporan Harian Metro, peniaga ubat kuat itu, Siti Amiza Baharuddin, 27, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd Nawawi.
Bagaimanapun, Nurdiyanah menetapkan 24 Jun ini untuk fakta kes dan jatuh hukum yang mana pertuduhan akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah unit kondominium di Bandar Bukit Mahkota, Kajang pada 4 petang, 6 Jun lalu.
Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Siti Amiza dalam rayuannya meminta denda minimum kerana sedang mengandung enam bulan dan menghidap HIV.
Bagaimanapun, Nurdiyanah tidak menetapkan sebarang jaminan atas pertuduhan itu.
Dalam prosiding sama, Siti Amiza dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM12,500 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu memiliki bahan lucah dan ubat terlarang tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Bagi pertuduhan memiliki bahan lucah, Siti Amiza didakwa memiliki bahan-bahan itu yang terkandung dalam komputer riba dan tiga telefon bimbit miliknya yang didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, bagi pertuduhan memiliki ubat kuat tanpa kelulusan KKM, wanita itu didakwa memiliki ubat tidak berdaftar dengan KKM iaitu dua kotak Secret Negro dan dua kotak Dara Jelita yang didakwa melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) Akta Jualan Dadah 1952.
Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran atas kedua-dua kesalahan dan hukuman berjalan berasingan.
“Bagi kesalahan di bawah KKM, hukuman denda saja tidak memberi pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentingan awam,” katanya.
Siti Amiza dalam rayuannya memohon hukuman setimpal dan denda dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan selepas wang simpanannya untuk bersalin sudah dirampas pihak berkuasa.
“Saya menyara hidup sendiri di Selangor dan mohon denda seminimum mungkin,” katanya.
Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan wanita ditahan polis di Bandar Bukit Mahkota selepas disyaki terbabit aktiviti promosi seks dan penjualan ubat kuat di laman sosial dikatakan mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, aktiviti persundalan itu dilakukan wanita terbabit bersama empat lagi suspek yang turut ditahan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, selain mereka, dalangnya, seorang wanita berusia 27 tahun dikenali sebagai ‘Miza Ozawa’ serta dua warga Indonesia termasuk seorang wanita berusia 20 dan 26 tahun.
Katanya, semakan ke atas dalang mendapati suspek utama itu pernah disabitkan kesalahan lampau mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyerang ibunya.
Menurut Mohd Shuhaily, siasatan awal menunjukkan selain menjual produk seks tidak berdaftar dalam talian, mereka juga menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.