
Kerjakan ibadah umrah. Rezeki bekas penyampai Suria FM, Tyzo yang kini sudah berada di Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah.
Selepas isu tentang perkhidmatannya sebagai penyampai segmen Suria Petang ditamatkan atas alasan strategi tahun 2024 oleh pihak pengurusan minggu lalu.
Tyzo juga tidak menyangka di sebalik apa yang berlaku dirinya menerima pelawaan daripada seorang pendengar setia Suria Petang untuk membawanya mengerjakan ibadah umrah.
Kerjakan Ibadah Umrah
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Tyzo akui dengan apa yang terjadi dia perlu kuatkan semangat.
“Saya sedang berusaha untuk kuatkan semangat dan tidak terlalu bersedih dengan apa yang berlaku.
“Alhamdulillah, hari ini saya bakal berlepas ke Tanah Suci selama 11 hari.
“Saya dibawa oleh pendengar setia Suria Petang dikenali Hariz yang sudah lama teringin nak menaja saya mengerjakan ibadah umrah.
“Tawaran ini datang kira-kira seminggu lalu, namun saya hanya beri kata putus lima hari lalu. Jadi persiapan memang agak singkat.
“Tapi InsyaAllah semuanya sudah diatur dengan baik dan semoga saya dapat mencari ketenangan di sana,” luah Tyzo.
Baca Disini : Ikhwan Dedah Gaji Sesetengah Penyampai Radio Memang Tinggi!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku” Jasmin Hamid

Isi Kandungan
Toggle“Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku” begitulah luahan pelakon yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua, Jasmin Hamid, 47.
Selepas lebih 10 tahun bergelar ibu tunggal, baru-baru ini Jasmin telah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Nazmir Abd Rahim, 35, juga pembantu peribadinya.
Malah kegembiraan pelakon senior ini sentiasa mendapat hati di kalangan peminat-peminatnya. Apatah lagi selepas mendirikan mahligai, Jasmin sering berkongsi kisahnya menerusi akaun rasmi Instagramnya.
“Terima Kasih ALLAH Kerana Masih Pinjamkan Suamiku Buat Ku”
Terbaru, Jasmin berasa sangat bersyukur kerana dapat menyambut hari lahir suami selepas bergelar isteri. Malah suaminya juga berasa bertuah tahun pertama menyambut hari lahir sebagai seorang suami.
“HAPPY BIRTHDAY Encik Sayang.
“Terima Kasih ALLAH kerana masih pinjamkan suamiku buat ku..
“Ini adalah tahun pertama sambut Birthday sebagai seorang SUAMI katanya..
“Lain bebenor rasanya,” luah Jasmin.
Bersyukur Rezeki Allah
Menerusi perkongsian tersebut juga Jasmin memanjatkan rasa bersyukur kerana diberikan rezeki menyambut hari lahir suami walaupun hanya di set penggambaran.
“Apapun keadaan,kami tetap bersyukur dengan rezeki Allah walaupun hanya mampu sambut di set shooting kerana tanggungjawab..
“Terima kasih pada teman-teman di set #cintaamnesia. Happy Birthday juga pada December Babies,” ungkap Jasmin.
Baca Disini Juga:
Jasmin Hamid Bersyukur “Allah Pinjamkan Mertua Sangat Baik, Terima Kekurangan, Menumpang Kasih”
Jasmin Hamid Rayu Sumbangan Bantu Sahabat Yang Baru Jalani Pembedahan Kepala Akibat Tumor
Menarik Lagi : Berulang Kali Anak Dihina, Digelar ‘Bapok’, Jasmin Hamid Fail Saman!
Untuk rekod Jasmin pernah mendirikan rumahtangga bersama Ian Rashid Macquistan, namun mereka dikatakan berpisah pada Februari 2008.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak lelaki, Ian Haziq yang kini berusia 20 tahun.
Jasmin juga mempunyai dua anak angkat iaitu Rohana dan Lukhman Hakim.
Mingguan Wanita : Semoga pasangan ini dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke jannah.
Sumber: Instagram Jasmin Hamid
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datuk Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Program IVF, Warga Maya Puji Usaha Murni Bantu Usaha Miliki Zuriat

Datuk Siti Nurhaliza taja 20 pasangan program IVF, warga maya puji usaha murni bantu usaha miliki zuriat. Anak adalah penyeri rumah tangga selain penyambung zuriat dalam sesebuah perkahwinan.
Datuk Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Program IVF, Warga Maya Puji Usaha Murni Bantu Usaha Miliki Zuriat
Bagaimanapun bukan semua pasangan yang berkahwin melalui jalan mudah untuk memiliki zuriat. Ada pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun namun masih belum berpeluang memiliki zuriat.
Persenyawaan in vitro (IVF) adalah usaha buat pasangan memiliki zuriat. Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @nurjiwafoundation
Video berkenaan memaparkan Tokti yang memberi tahu bahawa di bawah yayasan Nurjiwa Foundation akan mengadakan program IVF bagi 20 pasangan yang telah berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata.
Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut:
Kriteria Kelayakan:
– Warganegara
– Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000
– Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun
– Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah
– Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri)
Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja.
Daftar sekarang di: [https://forms.gle/AofVeCKGwhdQPgVJA]
@nurjiwafoundation Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut: Kriteria Kelayakan: – Warganegara – Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000 – Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun – Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah – Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri) Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja. Daftar sekarang di: [https://forms.gle/AofVeCKGwhdQPgVJA] #YayasanNurjiwa #IVFNurjiwa #SempurnakanSebuahCinta #AlhayaFertilityCentre ♬ original sound – Siti Nurhaliza
Rata-rata ramai warga maya terpegun dengan video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa program yang dibuat oleh Tokti bersama suaminya di bawah yayasan tersebut akan memberi sinar baru dalam kehidupan pasangan yang kurang berkemampuan tetapi teringin untuk memiliki zuriat.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Sumber: TikTok nurjiwafoundation
Kredit foto: Instagram CTDK
Baca artikel lain juga: Baju Sarat Mesej Pilihan Dato Sri Siti Nurhaliza. Pereka Fesyen Dedah Simbolik Gaun Berlian Bersulam Tangan

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Air Mata Mengalir Fikirkan Mangsa Banjir, Bantu Bina Hidup Wujudkan Kedai Percuma Pak Nil

Isi Kandungan
ToggleAir mata mengalir fikirkan mangsa banjir, bantu bina hidup. Pengacara nombor satu tanah air Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan sapaan Pak Nil akui begitu sebak melihat kesengsaraan yang dihadapi mangsa banjir.
Malah akuinya, tidurnya tak nyenyak sejak kebelakangan ini memikirkan nasib mangsa yang ditimpa musibah banjir khususnya.
Air Mata Mengalir Fikirkan Mangsa Banjir, Bantu Bina Hidup
Golongan selebriti antara mereka yang rancak membantu dalam bantuan misi kemanusiaan ini. Usaha murni mereka ini sememangnya boleh dijadikan contoh.
Malah Pak Nil sendiri telah menjalankan kerja mengumpul golongan sukarelawan bagi membantu masyarakat di Bukit Canggang, Banting, Selangor membina semula hidup baru dan menyalurkan bantuan, tercetus idea mewujudkan Kedai Percuma Pak Nil.
Menurut Pak Nil kedai percuma yang ditempatkan di sebuah kawasan di situ ditubuhkan pada 30 Disember lalu.
“Ia cetusan usaha pemberian bantuan kepada mangsa banjir tempoh hari di situ.
“Saya sebelum ke sana sebenarnya turut dihubungi oleh salah seorang pengikut Instagram berkongsi sisi ceritanya mengenai kemusnahan daerah itu akibat banjir.
“Malah ketika menjejaki kawasan itu, saya lihat ramai penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tinggal sehelai sepinggang,” katanya.
Bermodalkan Wang Sumbangan Di Kalangan pengikut Media Sosial
Tambah Pak Nil lagi kawasan terbabit seakan terpinggir daripada pandangan ramai. Selain itu bantuan orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO) pun kurang.
“Lalu, bermula dengan hanya makanan yang dimasak penduduk kampung secara rewang bermodalkan wang sumbangan yang saya kutip di kalangan pengikut media sosial saya.
“Ketika itu dalam sehari kami berjaya menyediakan hampir 1000 bungkusan makanan kepada mangsa banjir. Malah selepas banjir surut, mulalah mereka bergerak pulang dari PPS ke rumah masing masing.
“Ketika itu saya tinjau dan amati, kesemua mereka terpaksa mengumpul barang semula dan membaik pulih rumah mereka. Bahkan barang keperluan asas mereka tiada langsung.
“Daripada situ saya fikir kenapa tidak diwujudkan kedai percuma berkenaan,” ungkapnya.
Beli Sendiri Barangan Guna Duit Sumbangan Yang Diberikan
Pak Nil juga menyatakan ada beberapa syarikat yang pernah bekerjasama dengannya juga turut menghulurkan sumbangan.
“Timbul idea juga untuk mengumpul belian barang asas ini menerusi duit sumbangan orang ramai.
“Saya beli sendiri barangan itu menggunakan duit sumbangan diberikan.
“Ia kemudiannya diletakkan di sebuah kedai di kawasan berkenaan yang diberi nama Kedai Percuma Paknil.
“Kedai ini mengalu-alukan barangan keperluan yang boleh dihantar terus ke sana atau menyalurkan duit sumbangan ke akaun saya.
“Jadi saya boleh terus tambah barangan keperluan itu. Bagi yang mahu menyumbang boleh ke akaun Instagram @aznilnawawihm untuk menyemak butiran lanjut atau ‘bank in’ ke 564735801178.
“Kedai ini akan berterusan beroperasi jika terus menerima sumbangan orang ramai atau pertubuhan kerajaan mahupun swasta.
Baca Disini Juga: ‘Bukan Alasan’, Amir Remaja OKU Dari Kedah Ke Selangor Sertai Misi Bantuan Banjir
Lumur Minyak Pakai Stokin, PETUA Elak Kulat Air & Kaki Kecut Terendam Banjir!
Seawal Usia 4 Tahun Anak Ini Sudah Terdedah Misi Bantuan Banjir

Rakyat Malaysia Pemurah
“Subhanallah… rakyat Malaysia sesungguhnya masyarakat yang pemurah. Hari pertama saya umum pembukaan tabung khas membantu mangsa banjir Bukit Canggang, sambutan yang diterima sungguh luar biasa.
“Menangis saya melihat keprihatinan rakyat Malaysia. Dana yang disalurkan itu saya agihkan kepada wakil saya di sana.
“Walaupun, tidak banyak yang diterima setiap mangsa, namun, sekurang-kurangnya mereka di sana tahu bahawa seluruh negara turut sama bersedih dengan nasib mereka dan mahu berkongsi rezeki.
“Itulah yang menjadi motivasi buat saya untuk meneruskan kerja kemanusiaan ini.
“Niat dan matlamat saya adalah untuk meringankan beban mangsa banjir. Bahkan, ini juga masa terbaik untuk kita seluruh rakyat Malaysia menunjukkan solidariti dengan mengenepikan perbezaan ideologi politik, batas agama, bangsa dan latar belakang.
“Hari ini, hari mereka… siapa tahu esok lusa hari kita pula?” kata Aznil yang juga pengasas Yayasan Pesona.
Mingguan Wanita : Sungguh mulia hati Pak Nil, MW pun terharu dengan sokongan rakyat Malaysia yang begitu pemurah dalam menghulurkan sumbangan kepada mereka yang menjadi mangsa banjir.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI