Ikhwan dedah gaji sesetengah penyampai radio memang tinggi! Itulah realiti pendapatan sebenar sesetengah penyampai radio.

Malah sewaktu ditemubual  ketika majlis pelancaran drama terbaharu di Tonton, SeOfis di Worq KL Sentral pemilik nama sebenar Mohd Khairul Ikhwan Rosli atau lebih dikenali sebagai Ikhwan Rosli yang juga bekas penyampai radio itu turut menerangkan di dalam dunia seni gaji DJ radio antara paling tinggi.

Ikhwan Dedah Gaji Sesetengah Penyampai Radio

Ikhwan juga turut ditanya tentang gaji penyampai radio yang dikhabarkan ada mencecah sehingga ratusan ringgit.

“Memang ramai yang tidak tahu bahawa bayaran setiap penyampai memang tinggi dari zaman senior saya lagi seperti Halim Othman dan Linda Onn.

“Bagaimanapun ia bergantung kepada pengalaman dan gaya penyampaian mereka kerana radio adalah salah satu medium utama suatu ketika dahulu.

“Cuma sekarang mungkin berbeza dan kalau penyampai baru gajinya tidaklah setinggi yang lama,” ujar Ikhwan.

Doa Yang Baik-Baik Untuk Tyzo

Menyentuh tentang nasib bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander, Ikhwan mendoakan yang baik-baik buat rakannya itu.

“Sebagai rakan penyampai radio apa yang boleh saya katakan, kena chill. Kita macam pemain bola sepak akan bertukar-tukar.

“Mungkin dia berhenti kerana politik, mungkin juga ada masalah dalaman lain yang tidak dapat diselesaikan. Doa yang baik-baik untuk dia.

“Apa yang terjadi ini ada hikmahnya.

IKLAN

“Kalau kita lihat, nama dia sekarang disebut-sebut, orang lebih mengenali dia, yang tak minat jadi minat.

“Kena lihat dari sudut lain, mungkin Allah nak bagi rezeki yang lebih baik,” kongsinya.

Wujud Politik Di Stesen Radio

Ikhwan ketika ditebak tentang kewujudan senario politik di stesen radio akui situasi ini juga wujud dalam mana-mana organisasi lain.

“Bagi saya mana-mana tempat pun ada politik masing-masing. Saya sudah berkhidmat di sebuah stesen radio selama 12 tahun dan ia satu jangka masa yang lama.

“Memang tidak mudah untuk menghadapi, tapi bagi saya kita kena chill (bertenang) sahaja. Konsepnya kalau orang beri tahi, kita tetap beri bunga,” ungkapnya.

IKLAN

Ikhwan Dedah Gaji Sesetengah Penyampai Radio Memang Tinggi!

Baca Disini : Gaji DJ Radio Cecah RM150K Sebulan, Fauziah Nawi Maklum RM5K-RM40 K Adalah Biasa

Linda Onn Nafi Terima Gaji RM45,000, Gaji Tak Sampai RM10,000 Pun…

IKLAN

Sumber Foto Kredit : Instagram Ikhwan Lein

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI