Padah hina anak Najib, Doktor HKL ditamatkan kontrak perkhidmatan. Nasi sudah menjadi bubur dan segalanya tak mungkin kembali seperti sedia kala.

Tindakan seorang doktor yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nooryana Najwa berhubung masalah kesihatan bapanya yang menerima rawatan selepas ditahan di Penjara Sungai Buloh membawa padah apabila ditamatkan kontrak perkhidmatannya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL),  pihak mereka telah menamatkan perkhidmatan kontrak seorang doktor yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Nooryana Najwa, pada November lalu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Sedihnya Pesanan Najib “My family, My love. 46 Tahun Daddy Pilih Kerja, Dari Subuh Ke Larut Malam Masa Makan Pun Bermesyuarat”

Bersalah 7 Pertuduhan, Najib Dihukum Penjara 12 Tahun, Denda RM210 Juta

“Anda Boleh Menilai Seseorang Itu Jahat, Tapi Allah Yang Lebih Mengetahui..” Luahan Yana Najib

Memetik laporan Kosmo Online, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) HKL, Azizul Kamaredzuan Azizul Akimi menerusi surat maklum balas kepada pelaporan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pihak kami telah menamatkan perkhidmatan kontrak pegawai berkenaan sebagai Pegawai Perubatan Gred U41 yang berkuat kuasa mulai 11 November 2022.

Ia ekoran kesalahan membuat pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan (Peraturan 19 (1)- Peraturan-peraturan Pegawai (Kelakukan dan Tatatertib) (1993),” katanya.

Padah Hina Anak Najib, Doktor HKL Ditamatkan Kontrak Perkhidmatan
Surat penamatan kontrak pegawai perubatan menghina anak Najib.

Tambahnya, tindakan susulan itu diambil setelah pegawai berkenaan membuat kenyataan di media sosial yang berbaur hinaan berkaitan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, ciapan yang dimuat naik pegawai berkenaan, di akaun Twitternya mencuri perhatian warganet apabila dia bertindak menuduh Nooryana Najwa menipu berhubung rekod kesihatan bapanya dan turut meninggalkan kata-kata kesat.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI