Linda Onn nafi terima gaji RM45,000, gaji tak sampai RM10,000 pun. Kecoh di media sosial gaji penyampai radio yang mencecah RM150,000 sebulan seperti didedahkan oleh Datuk Fauziah Nawi semalam.

Tak memasal, nama penyampai radio Linda Onn dipetik pernah menerima gaji RM45,000 semasa di Suria FM. Bagaimana pun bekas penyampai radio yang pernah berkhidmat di pelbagai stesen radio termasuk Era menafikan pernah menerima RM45,000 seperti dipetik oleh seorang individu di bahagian komen.

Linda Onn Nafi Terima Gaji RM45,000

Jelas Linda yang pernah mengusahakan restoran makanan, dirinya tak menyangka namanya dipetik berkaitan isu gaji penyampai radio.

“Laa, hangat kat socmed cerita pasal gaji penyampai radio pulak ke? Discuss secara terbuka tu! Ingat malas nak campur tapi bila ada orang sebut nama kita, kita replylah.

Menyentuh gaji RM45,000 dikatakan penah dibayar untuk penyampai radio popular ini, dirinya menafikannya.

“Haishhh… Pandai pandai je awak cakap gitu. Bestnyalah hai kalau betul dapat gaji gitu. Mana Linda pernah dapat gitu. Sampai ke sudah pun tak pernah dapat tinggi gitu.

Linda Onn Nafi Terima Gaji RM45,000, Gaji Tak Sampai RM10,000 Pun…

“Dulu menang award pun nama tengah gah pun. Gaji takdelah sampai 10k. Bertuah penyampai radio zaman sekarang. Sampai jejak 50k – 100k-150k sebulan. Kalaulah bakatku dihargai dulu sampai dapat sebegitu. Bestnya,” katanya yang berkongsi hal ini di media sosialnya.

IKLAN

Dalam pada itu, kata Linda Onn, dirinya memahami mengapa soal gaji penyampai menjadi isu keterbukaan di media sosial.

“Ye lah.. kita faham juga. Mungkin penyampai zaman sekarang kualitinya berbeza, pendekatan berbeza, kehendak pendengar berbeza, kehendak station pun berbeza berbanding dengan zaman Linda dulu. Tambahan pula orang yang dah ada nama dipanggil jadi penyampai radio. Lagilah berharga…

Gaji Tak Sampai RM10,000 Pun…

“Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui appraisal. Tengok KPI. Tengok performance sebagai penyampai dan tengok komitmen kita untuk on ground event bagi station tu. Bukan senang eh.

Jelasnya lagi,  zaman dulu lain. Mungkin juga zaman dulu ada yang dapat RM40k – RM100k. Tapi nope, Linda tak dapat. Why why why?? Kita terima jelah. Mungkin standard Linda tak sampai tahap tu.

IKLAN

Happy juga dengar gaji penyampai dah ratus ribu sekarang. Wow..MasyaAllah banyaknya!! Kadang terfikir, kenapa dulu Linda tak dapat gitu eh? Haa, Itu maknanya. Sudah tertulis rezeki ku sebegitu saja. Kepada penyampai sekarang yang dapat gaji sebulan RM50k – RM100k -RN150k, tahniah!  Tulisnya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tukang Tukar Mentol, Gaji RM80K Sehari Hanya Kerja 6 Bulan Sekali, Berbaloi!

Dapat Gaji Lebih RM4000, Anak Muda Masih Juga Pilih Berhenti Kerja

‘Gaji Suami RM2500, Cukup Sara 8 Beranak’ Suri Ini Dedah Rezeki Tak Surut

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI