Perbincangan sulh bagi sebutan hadanah atau hak penjagaan anak antara penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri nampaknya menemui jalan buntu kerana tiada kata sepakat dapat dicapai baik dari pihak Fizi Ali mahupun Shakilla Khoriri.
Fizi atau nama sebenarnya, Mohd Hafizudin Alimudin, 37, berkata perkara itu akan dibicarakan selepas pengurusan kes yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 22 Februari depan.
“Antara kami, tiada persetujuan jadi perkara ini akan dibawa dan diselesaikan di mahkamah. Shakilla pun tak boleh bersetuju dengan apa yang saya minta.
“Jadi, pegawai sulh mengatakan untuk proses selanjutnya di mahkamah untuk diselesaikan semuanya,” katanya kepada media.
Gagal capai kata sepakat melalui “Perbincangan Sulh”
Fizi tidak boleh menjelaskan permintaannya berikutan kes itu akan dibicarakan kelak.
Ads
“Apapun, anak memerlukan ibu dan bapa. Sebenarnya benda ini tidak menjadi masalah, sebab sebelum ini kami boleh bincang.
“Tapi saya terpaksalah bawa perbincangan ini ke tempat sepatutnya untuk cari jalan penyelesaiannya.
“Kalau boleh hari ini saya mahu selesaikannya sebab saya sudah penat dengan semua ini. Saya pun sangat rindukan anak, sudah berbulan tak berjumpa.
Fizi, Shakilla gagal capai kata sepakat
Ads
“Hampir dua bulan saya tidak dapat berjumpa dengan anak. Jadi, saya rasa ini adalah tempoh paling lama tak dapat jumpa anak. Saya sudah pergi ke sekolahnya, tapi cikgu tak bagi jumpa,” katanya sebak.
Menurut Fizi lagi, dia tahu lokasi anaknya berada. Atas dasar menghormati undang-undang, dia tidak mahu menyerbu atau menceroboh kerana ia boleh membawa kepada perkara yang lebih buruk.
“Perkara ini boleh bincang secara baik, tapi Shakilla mahukan begini. Saya sangat sayangkan Nur Ameena Sofia, jadi saya tak kisah orang cakap apa, cakaplah.
“Sekarang saya hanya mahu hak sama rata dan hak saya untuk anak walau macam mana pun.
Ads
“Nur Ameena berhak mendapatkan kasih sayang ibu dan bapa. Itu yang saya mahu kerana saya sebagai bapa kena jalankan tanggungjawab ,” katanya.
Fizi memaklumkan, mereka memutuskan menjaga anak bersama selepas bercerai. Sebelum ini, mereka menjaga anaknya secara bergilir.
“Kami tiada persetujuan depan hakim berkenaan anak, jadi bila tiada macam-macam boleh jadi, dia boleh datang ambil bila-bila masa,” katanya.
Fizi selaku plaintif memfailkan tuntutan hadanah kekal pada 15 Disember tahun lalu dengan menamakan Shakilla sebagai defendan.
Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.
Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.
Zul Ariffin Berangkat Ke Mekah 10 Jun Ini. Allahu seronoknya bila mendapat perkhabaran pelakon berbadan sasa dan menjadi kegilaan ramai wanita, Zul Ariffin akan menunaikan ibadah haji tidak lama lagi.
Memang seronok tak terkata bila dapat panggilan menunaikan Haji. Yalah, bukan senang ak dapat peluang ke sana kan.
Malah pelakon itu juga berasa sangat bersyukur apabila bakal menjadi tetamu Allah. Selepas tiga kali berpengalaman menunaikan umrah, kali ini dirinya rasa sangat teruja dapat menunaikan badah haji buat kali pertama pada Jun 10 ini.
Zul Ariffin Berangkat Ke Mekah 10 Jun Ini
Pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin, 37 pada awalnya dirinya mendapat panggilan lebih awal dari tarikh 10 Jun namun terpaksa menunda dek kerana tuntutan kerja.
“Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.
“Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji. Kena ‘laju’ juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak,” katanya seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Teruja Kerjakan Haji
Zul juga mengakui dia berasa teruja untuk mengerjakan ibadah haji. Walau bimbang dengan dugaan yang dihadapi di sana terutama orang ramai dan cuaca yang agak panas.
“Saya teruja nak mengerjakan haji, cuma lautan manusia itu tak tengok lagi sebab musim haji selalu kita tengok dalam televisyen ini kita lalui pula dengan musim panas,” kongsinya yang turut menunda beberapa projek kerana mahu mengambil kesempatan menunaikan haji pada kali ini.
3 Kali Tunai Umrah
Pelakon filem Syerif ini juga menyatakan tawaran haji sebagai durian runtuh memandangkan perancangan untuk berpuasa dan beraya dia sana sebelum ini tidak kesampaian.
“Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama tim saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.
“Saya dah pergi tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat.
“Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki,” sambungnya.
Tahniah diucapkan buat pelakon Nad Zainal, 30, yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Nad dan suami, Muhammad Faliq Amirudin telah menimang bayi seberat 2.9 kilogram pada petang Selasa di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015, sebelum ini telah dikurniakan seorang anak lelaki, Fahad Ibrahim, lima tahun.
Nad Zainal Lalui Proses Bersalin Secara Pembedahan
Seperti mana yang dikongsi menerusi entri di Instagram, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin ini menyatakan dirinya melalui proses bersalin secara pembedahan dan akan berkongsi nama serta jantina anaknya itu pada hari ketujuh kelahiran.
“Alhamdulillah proses berjalan lancar dan dipermudahkan. Nama pun tak fikir lagi, tunggu hari ketujuh nanti,” luahnya.
Kali Terakhir Lalui Proses Bersalin 5 Tahun Lalu
Nad sebelum ini turut memaklumkan dia berasa gemuruh untuk menyambut kelahiran orang baru. Apatah lagi untuk menguruskan bayi yang baru lahir, setelah kali terakhir melalui pengalaman sama lima tahun lalu.
“Gementar betul, walaupun sudah ada seketul Yem (anak sulung), tetapi dah lama tak ada baby, takut betul rasanya sebab dah lupa macam mana, lima tahun dah tak ada baby,” tulisnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Pagi ini, Dr Maszlee Malik meluangkan waktunya di SK Setiawangsa Kuala Lumpur. Menyambut kedatangan anak-anak sekolah rendah ini, kembali ke sekolah.
Tampak ceria, beliau melayan anak-anak ini. Siap membuat ‘high five’ dengan anak sekolah ini. Guru-guru yang menyambut kedatangan pun turut merasai momen ceria pagi itu.
Malah, beliau sempat menitipkan pesan di instagramnya, ditujukan khas untuk anak-anak ini, ibu bapa malah guru-guru.
Kepada anak-anak semua, pakcik ucapkan selamat kembali ke sekolah. Ingatlah, sekolah ialah tempat yang paling seronok, dan tempat kita mengumpulkan banyak kenangan. Selalulah ikut cakap cikgu, dan selalulah bertanya soalan dalam kelas.
Kepada cikgu-cikgu semua, selamat mengajar kembali. Terima kasih kerana terus cekal mendidik anak bangsa, tanpa mengenal sedikit pun erti penat lelah.
Kepada ibu dan bapa, terima kasih kerana menghantarkan anak ke sekolah. Teruslah mendoakan kesejahteraan mereka. Percayalah, anak-anak kita semua ialah anugerah yang sangat istimewa. Usahlah terlalu risau keadaan mereka di sekolah, Insya-Allah cikgu-cikgu akan menjaga mereka dengan baik.
Dr Maszlee Malik Letak Jawatan Menteri Pendidikan
Ternyata itulah amanat terakhir yang dikongsikan beliau, sebelum pada petangnya, Dr Maszlee Malik mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari ini.
Selepas 20 bulan berkhidmat, ternyata pengumuman yang beliau kongsikan ini memberi kejutan besar kepada ramai pihak di permulaan tahun baru 2020 ini.
Jelasnya lanjut ketika sidang media khas,
“Saya dengan taat setia dan reda walaupun berat, dengan nasihat ayahanda Perdana Menteri, saya Maszlee Malik memulangkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa pada 3 Januari 2020 (esok).
“Keputusan ini dibuat selepas saya dilihat bukan melalui pencapaian. Kementerian Pendidikan sering jadi perhatian terutama media bukannya melalui pencapaian kita, apa yang berlaku selama 20 bulan ini yang tidak dicapai pada tahun (kepemimpinan) sebelum ini.
“Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepemimpinan terutama membabitkan isu tulisan Jawi, internet sekolah dan sarapan percuma, dan saya percaya keputusan ini bukan pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan baharu.”
MW : Walau pun seketika, pembaharuan yang dibawakan oleh Dr Maszlee Malik pada sistem pendidikan negara amat besar maknanya. Tahniah YB!
“Kepada Penyondol, Bolehlah Jadi Nombor Satu Sekarang” itulah antara ayat yang dikongsikan oleh pelakon senior Farisha Irwayu menerusi sebuag video yang dikongsi di laman...