Selepas 9 tahun kahwin Taiyuddin & Zila timang anak lelaki. Setiap pasangan yang dah berkahwin tiada satu pun yang tidak ingin zuriatnya sendiri kerana kehadiran anak amat dinanti-nantikan oleh suami isteri.

Begitu jugalah dengan pasangan pelakon dan penggiat teater, Taiyuddin Bakar dan isterinya Norzila Zulkifli, anak ketiga pelakon terkenal Allahyarham Datuk Zulkifli Zain. Selepas 9 tahun berkahwin pasangan tersebut akhirnya menimang anak sulung menerusi perkahwinan mereka.

Selepas 9 Tahun Kahwin Taiyuddin & Zila Timang Anak

Malah Taiyuddin juga begitu gembira apabila isterinya selamat melahirkan bayi lelaki.

“Alhamdulillah. Isteri saya dah selamat bersalin. Bayi kami lahir awal pagi semalam.

“Kami dianugerahkan bayi lelaki seberat 2.8 kilogram. Proses kelahiran secara normal di Hospital Serdang kira-kira jam 12.40 pagi. Alhamdulillah…Zila okay dan stabil,” kongsi Taiyuddin.

Zila Tak Pernah Mengandung & Keguguran Sebelum Ini

Pasangan sebaya usia 41 tahun itu juga sangat bersyukur kerana  akhirnya Allah makbulkan doanya.

“Segala-galanya baik sahaja.

“Cuma Zila kena jalani sop prosedur bersalin dipantau doktor sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Syukur rezeki kami.

IKLAN

“Zila tak pernah mengandung sebelum ini, apatah lagi keguguran. Berita gembira ini disampaikan kepada saya ketika kandungannya berusia dua bulan sekitar Mei tahun lalu.

“Bukan kata kami tak berharap kerana selalunya kami berdoa sungguh-sungguh minta kepada Allah.

“Tapi bila tiada rezeki, kami dah reda. Kalau ada kami bersyukur kalau tiada pun kita terima alhamdulillah” kongsinya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro Online.

Sangat Suka Budak-Budak

“Allah SWT tahu segala-galanya. Kadang-kadang kita rasa kita dah sedia tapi sebenarnya kita tak sedia. Memang pasti ini aturan Allah.

“Saya sebenarnya tak pernah rasa rendah diri dengan kawan-kawan yang dah berkahwin dan ada anak. Sebabnya saya suka budak-budak.

IKLAN

“Dalam masa yang sama pun saya ada jaga dua anak buah usia tiga dan enam tahun. Mereka duduk dengan kami dan kami jaga mereka dari umur setahun setengah dan setahun. Jadi latihan itu (jaga kanak-kanak) dah ada.

“Apapun saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT. Dalam masa yang sama, ada rasa gembira, risau dan bimbang adakah saya mampu jadi seorang ayah yang betul-betul baik untuk dia?

“Untuk persiapkan persiapan akhirat dia, benda-benda inilah yang difikirkan sebab kita berada dalam hidup dan persekitaran yang mencabar sekarang.

“Syukur Allah SWT tambah seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW. Allah beri rezeki lahirkan atas muka bumi ini melalui rahim isteri saya seorang Da’i,” sambungnya.

Menarik Disini : “3 Tip Dari Mama Kalau Bergaduh Dengan Suami..” Dr. Norzizi Zulkifli Pegang Kemas Pesan Datin Normala Omar

IKLAN

Selepas 9 Tahun Kahwin Taiyuddin & Zila Timang Anak Lelaki  “Kami Berdoa Sungguh-Sungguh Minta Kepada Allah” Selepas 9 Tahun Kahwin Taiyuddin & Zila Timang Anak Lelaki  “Kami Berdoa Sungguh-Sungguh Minta Kepada Allah”

Selepas 9 Tahun Kahwin Taiyuddin & Zila Timang Anak Lelaki  “Kami Berdoa Sungguh-Sungguh Minta Kepada Allah”

Baca Disini : Ayahnya Sakit, Adik Beradik Dr Norzizi Zulkifli Bergilir Jaga Ikut Jadual

 Sumber Foto Kredit : Instagram Zila Zulkifli

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI