Chef Wan minta maaf isu hina pakaian Aishwarya Rai di Festival Cannes, “tiada niat rasis atau hina agama. Nama Chef Wan menjadi sorotan kecaman warga maya apabila memberi komen terhadap pakaian dikenakan bintang Bollywood, Aishwarya Rai di Festival Filem Cannes.
Chef Wan Minta Maaf Isu Hina Pakaian Aishwarya Rai Di Festival Cannes
Dalam komen tersebut, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail secara berseloroh berkata, gaun yang dipakai bekas ratu cantik di karpet merah di Festival Filem Cannes itu seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves.
Tulisnya, “She carrying Kavadi on herself heading to Batu Cave Thaipusam ceremony.” Ekoran hal ini, ada laporan polis dibuat terhadap dirinya. Masa yang masa, polis mengesahkan Chef selebriti terkenal ini sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
“Tiada Niat Rasis Atau Hina Agama”
Ekoran namanya terus panas, di instagram peribadinya @_chefwan58 yang kini sedang bercuti di Greece secara peribadi meminta maaf di atas kenyataan komen dikeluarkannya.
”Saya rasa tiba masanya untuk saya tampil dan berterus-terang dengan sejujurnya berkenaan komen yang saya buat baru-baru ini di Instagram Namaste Bollywood yang memaparkan gambar Aishwarya Rai di Festival Cannes dengan pakaiannya yang mendapat reaksi daripada seluruh dunia.
Ads
“Saya selalu mempercayai kejujuran dan niat sebenar di hati ketika membuat komen tersebut… niat itu penting! Ketika pertama kali saya melihat kapsyen yang bertanya kepada pengikut “First thought that goes to mind” (sila fahami maksud kapsyen ini dengan betul), fikiran saya serta-merta memikirkan bahan yang digunakan oleh pereka untuk pakaian tersebut. Saya sering melihat bahan seperti itu digunakan dalam Kavadi agama pada perayaan Thaipusam di Batu Caves.
“Kerana ramai pengikut juga komen di situ mengatakan ia kelihatan seperti burung merak, maka fikiran saya terlintas… Ya, betul, semasa perayaan Thaipusam memang banyak Kavadi dibawa menggunakan banyak bulu merak. Saya selalu berfikir bahawa bulu merak itu cantik.
“Oleh kerana kapsyen tersebut meminta fikiran pertama kita melihat pakaian itu, serta-merta saya menaip dan berkata, “She carrying Kavadi on herself heading to Batu Cave Thaipusam ceremony.” Omg, tidak pernah terlintas dalam sejuta tahun niat sebenar saya untuk menjadi rasis atau menghina agama!
“Berdosa jika ada yang ingat dan menuduh saya buat sedemikian sedangkan niat hati saya adalah untuk hanya mengaitkan perayaan tersebut kerana ia adalah perayaan terkenal di negara kita. Sejujurnya, itu adalah niat sebenar saya. Bukan untuk mengejeknya kecuali saya tahu saya juga bergurau untuk membuat orang ketawa kerana pakaian itu begitu besar dan memang kelihatan seperti merak.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dari sudut hatinya dirinya meminta maaf di atas segala yang terjadi dan tiada niat untuk menghina agama atau bersikap rasis.
Ads
Tambah Chef Wan lagi, dirinya telah merakam beberapa episod rancangan perjalanan dirinya rakaman luar negara yang dihoskan oleh selebriti chef TV lain semasa Thaipusam beberapa tahun yang lalu.
“Bahan yang mereka gunakan adalah sama dalam banyak Kavadi kerana ia begitu berkilauan dan berwarna-warni.
Tambahnya lagi, dirinya tidak pasti jika penggunaan bahasa Inggerisnya tidak tepat sekaligus membuat ramai bangsa India salah faham dengan apa cuba disampaikannya.
“Bukan niat saya untuk menjadi rasis atau memburukkan agama Hindu kerana sebagai seorang selebriti chef, saya amat menyayangi dan menghormati semua budaya dan agama di dunia.
“Saya menyayangi semua orang di dunia dan rakyat Malaysia dari semua budaya. Saya minta maaf jika ada tersakiti dengan kenyataan tersebut, tulisnya.
Nonny dakwa dirinya disihir sejak 3 tahun lalu. Pelakon dan penyanyi yang lahir dari rancangan realiti TV Akademi Fantasia yang juga pemilik nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin mendakwa dirinya telah menjadi mangsa sihir seseorang sejak tiga tahun lalu.
Malah dek kerana itu juga dirinya tidak lagi mampu menanggung kesakitan. Paling ketara wajahnya turut mengalami perubahan.
Nonny Dakwa Dirinya Disihir Sejak 3 Tahun Lalu
“Maaflah muka sudah senget disebabkan sihir ‘syaitan’ ini.
“Tiga tahun sampai dah tak larat nak menangis.
“Saya kena bangkit sendiri. Sangat menghargai sekiranya anda semua boleh memberi sokongan kepada saya.
“Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua.
“Kalau solat tolong doakan saya sekali tau,” kongsi Nonny menerusi Insta Storiesnya.
Terus Lawan & Tidak Simpan Dendam
Walau menanggung kesakitan selama bertahun-tahun namun Nonny tetap terus tabah melawan kesakitan yang dialami.
“Mari kita lawan sampai mati.
“Tunduk hanya pada yang satu dan tetap berpegang pada kalimah tauhid.
“Aku maafkan mereka semua di dunia dan di akhirat. Menyerah? Tidak sama sekali.
“Aku tidak berdendam tapi hanya ingin berkongsi rasa. Kau tahu apa yang aku rasa?,” luahnya lagi.
Mudah je rupanya nak buat sos tomato sendiri yang bebas pengawet tiruan tapi rasanya sama macam beli di kedai. Hanya guna tiga bahan je iaitu tomato, gula dan cuka.Sos tomato ni biasanya dijadikan sos pencicah untuk anak-anak, rasa masam, manis dan pedas.Makanan untuk anak-anak ni eloklah mak-mak buat sendiri, lebih terjamin kebersihannya, bebas pewarna tiruan dan lebih menjimatkan.
Berikut resipi untuk buat sendiri sos tomato yang dikongsikan oleh Puan Sumaiyah Abdullah sebagai rujukan mak-mak;
“Rasanya dah setahun tak beli sos tomato. Alhamdulillah boleh buat sendiri je sos tomato. Senang sangat. Guna 3 bahan je. Yang penting bebas dari aditif atau pengawet tiruan.”
Bahan-Bahan :
5-6 biji Tomato Masak Ranum
3 sudu besar Gula
3 sudu besar Cuka
1.Pilih tomato yang masak ranum macam merah mak ngah kau. ? Kemudian terjunkan tomato tadi dalam periuk berisi air sampai tenggelam.
2.Rebus tomato tadi sehingga pecah kulit. Lebih kurang 5 minit macam tu la.
3.Kemudian korang kupas kulit tomato yang terkeluar tadi.
4.Isi kan dalam blender mahal korang. Tak perlu masukkan air.
5.Kisar lebih kurang 3 minit pun dah cukup.
6.Tapis guna penapis santan untuk asingkan biji tomato dan masukkan terus ke dalam periuk. Kemudian masak sehingga sedikit pekat sebelum masukkan gula dan cuka. Ingat, kena sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
7.Tadaa. Lebih kurang 30 minit dah siap sos tomato kita. Anak-anak nak cicah ayam goreng boleh. Mak-mak pulak nak buat masak merah pun boleh.
Dah siap, sebijik rasa macam sos tomato dalam botol yang dekat kedai tu.
Zulin Aziz tertinggal dompet dalam kapal terbang, dalam risau tetap nikmati percutian ke Korea. Suatu hal yang membuatkan kita risau dan tak senang duduk, bila kehilangan dompet. Inilah yang dilalui oleh pelakon Zulin Aziz yang diuji tertinggal dompet ketika bercuti ke Korea Selatan bersama suami tersayang, Farhan Norzaini.
Zulin Aziz Tertinggal Dompet Dalam Kapal Terbang
Berkongsi kisah ini, dirinya memaklumkan kali terakhir membuka dompetnya adalah ketika membuat pembelian air di dalam pesawat Air Asia dan hal malang itu hanya disedarinya ketika ingin membayar tambang teksi selepas tiba di hotel penginapannya di Korea.
“Masa nak bayar teksi tadi baru perasan purse tak ada dalam beg. Zulin tertinggal kat seat tu. Dalam tu ada kad pengenalan, kad bank dan wang tunai. Apa nasib aku kat Korea ni. Bantuin saya please apa kena buat ni 😭 katanya yang berkongsi ujian dihadapinya itu.
Atas nasihat pengikut-pengikutnya termasuk menyuruh membuat laporan di bahagian Lost & Found, Zulin dan suami menuju semula ke lapangan terbang. Namun harapannya agak menghampakan kerana bahagian tersebut telah ditutup selain terpaksa membayar tambang teksi yang agak mahal dua kali ganda kembali ke hotel kerana sudah tengah malam.
Selain telah membuat laporan ke Air Asia, jelas pelakon ini adiknya yang bekerja di Air Asia turut membantunya membuat laporan di ibu pejabat Air Asia di Kuala Lumpur. Bagaimanapun masih belum menerima sebarang berita buat masa ini.
“Buat masa sekarang belum ada khabar berita, tak apa janji kita usaha kan,” katanya lagi.Dalam pada itu, Zulin memberitahu dia sempat menyekat kad miliknya sebaik sahaja menyedari dompet berkenaan hilang.Namun wang tunainya tidak diketahui nasib berikutan dompetnya yang belum ditemui itu.
Dalam Risau Tetap Nikmati Percutian Di Korea
“Tak apalah mungkin Allah nak gantikan dengan rezeki lebih baik,” luahnya.
Dalam pada itu, dirinya dilihat menikmati percutiannya malah sambil bergurau dirinya memaklumkan suamilah yang perlu mengeluarkan semua perbelanjaan semasa bercuti di Korea ini.
Moga dipermudahkan urusan dirinya dan dompetnya ditemui kembali.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...