Kubur penyerang balai polis perlu dijarakkan, “ia sebagai tanda kebencian perbuatannya – Jawatankuasa Fatwa. Hari ini, jenazah suspek penyerang Balai Polis Ulu Tiram yang menembak mati dua anggota polis selamat dikebumikan.

Sebagai tanda pengajaran dan peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek, kuburnya telah dijarakkan berbanding kubur lain seperti diputuskan oleh mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.

Kubur Penyerang Balai Polis Perlu Dijarak

Memetik Sinar Harian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat, perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, cara pengebumian suspek tragedi itu telah dibincangkan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad pada Jumaat lalu.

Kubur Penyerang Balai Polis Perlu Dijarak, “Ia Sebagai Tanda Kebencian Perbuatannya – Jawatankuasa Fatwa

“Ia Sebagai Tanda Kebencian Perbuatannya – Jawatankuasa Fatwa

Kenyataan ini juga sebagai perkongsian ilmu tentang bagaimana pengurusan dan pengebumian jenazah-jenazah tersebut.

“Bagi pengurusan jenazah suspek pula, Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan agar jenazah hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.

“Jenazah suspek tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan berkaitan.

IKLAN

“Selepas selesai jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan, jenazah hendaklah dikebumikan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan dan kedudukan kuburnya hendaklah berjauhan sedikit dari liang lahad penghuni kubur yang lain,” katanya dalam kenyataan.

Kubur Penyerang Balai Polis Perlu Dijarak, “Ia Sebagai Tanda Kebencian Perbuatannya – Jawatankuasa Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, berpendapat tindakan menjarakkan kubur suspek berbanding liang lahad lain sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

“Ia juga sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek lebih lebih lagi membunuh pegawai yang menjaga keselamatan negara yang tiada melakukan salah dan silap terhadap suspek.

“Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya,” katanya.

IKLAN

Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi Jumaat lalu itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota polis dilaporkan cedera.

Dua anggota polis yang maut ialah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24.

Sementara Koperal Mohd Hasif Roslan, yang dilaporkan parah, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Jenazah penyerang di Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal lagi Jumaat lalu, dilaporkan dikebumikan pada jam 12.15 tengah hari, pada Isnin di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.

IKLAN

Upacara pengebumian tersebut dikawal ketat anggota polis dan semua pihak termasuk media tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan dengan pintu utamanya ditutup dan dikawal anggota polis.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Wanita Dengar Jeritan Suara Dari Kubur, “Saya Akui Gementar & Takut Sepanjang Balik Ke Rumah”

Usia 30-39 Tahun, Waktu Kemuncak Ujian Hidup, Fasa TARBIAH Sebagai Rahmat, Kasih SayangNYA

‘Pemergian’ Mulia Bulan Ramadan, Wanita Rebah Meninggal Ketika Baca AlQuran Di Masjid

Kematian Yang Dicemburui, Warga Emas MENINGGAL Ketika Solat Isyak Berjemaah

“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim
Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.
Nantikan Vodcast Sembang Wanita Xtra Bersama Usahawan Daun Pandan pada 15 Mei 2024,8pm.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI