Tragedi menyayat hati ini gara-gara penyewa yang enggan bayar sewa. Ragam penyewa, ada yang pembersih hingga rumah berhias cantik, ada yang pengotor sampai rumah jadi lubuk sampah. Ini kisah penyewa kejam yang bertindak menyimbah asid ke tubuh anak-anak pemilik rumah sewa sehingga ia menjadi kes jenayah dan tindakan mahkamah telah diambil.
Penyewa Enggan Bayar Sewa, Anak Tuan Rumah Pula Yang Disimbah Asid
Ketika itu, Khairul Izzat dan dua orang adiknya, Hasbullah Mohsin dan Ahmad Humaidi menjadi mangsa. Turut tercedera ialah Lukman Hakim dan Mohd Sufri.
Khairul Izzat ditahan selama 13 hari di Hospital Besar Pulau Pinang sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan susulan.
Cerita ibunya, Salmah Salleh, 53, dia menyewakan sebuah rumah sewa bulanan RM200 kepada seorang penyewa yang hanya mahu disebut sebagai Pak Mat.
“Saya meminta duit sewa dengan cara baik. Bulan-bulan pertama, dia membayar dengan baik tetapi selepas itu mulai bertangguh-tangguh. Dalam setahun dia duduk rumah sewa saya, cuma RM600 bersamaan tiga bulan sewaan sahaja yang dibayar.
“Mulanya kami masih boleh bersabar, cakap pun baik-baik, namun permintaan kami tidak diendahkan. Akhirnya kami terpaksa mengambil tindakan lebih tegas dengan meminta bantuan pihak lain. Pada hari kejadian iaitu, 25 Julai 2015, selepas solat Asar, saya meminta bantuan Pak Imam Masjid, Tok Siak, Tok Bilal dan JKKK untuk berbincang secara baik dengan penyewa tersebut.
“Ketika kami sampai, penyewa baru keluar rumah. Melihat saya datang dengan beberapa orang lain, isterinya salah faham. Katanya saya bawa rombongan nak mencari gaduh sedangkan kami datang untuk berbincang dengan cara baik, sebab itu saya bawa orang masjid.a
Ads
“Kami menanti di rumah tetapi hingga ke petang Pak Mat tidak balik ke rumah. Bila hari menjelang Maghrib, Pak Iman, Pak Bilal dan Tok Siak terpaksa minta diri kerana mahu ke masjid semula, sementara anak-anak lelaki saya dan sepupunya terus menanti di batas bendang berdekatan rumah sewa kami itu.” Ujar Salmah yang ditemui di kediamannya di Kampung Bary, Alor Setar, Kedah.
Bila dirasakan Pak Mat takkan pulang, dia pun balik ke rumah mengikut rombongan JKKK itu. Nak dijadikan cerita, sampai di tengah jalan, terserempak pula dengan Pak Mat. Cepat-cepat mereka berpatah balik sebab nak selesaikan kes sewaan rumah tertunggak petang itu juga.
“Belum pun sempat saya sampai di pintu rumah, saya dengar anak saudara, Lokman Hakim menjerit jangan dekat dengan mereka sebab di tangan Pak Mat ada sebiji botol. Anak-anak juga sedang menjerit kepanasan.
“Rupanya mereka telah disimbah asid oleh Pak Mat. Paling teruk terkena simbahan itu adalah Khairul Izzat, begitu juga Hasbullah yang hampir buta matanya dan ada yang tercedera di telinga, tangan dan beberapa bahagian tubuh yang lain.
“Dalam keadaan kelam kabut itu, saya nampak anak-anak saya terjun terjun ke dalam sungai berdekatan. Mereka seakan menggelupur kepanasan. Mereka menjerit meminta agar saya tidak mendekati Pak Mat yang seakan-akan berada dalam keadaan luar sedar itu.”
Ads
Ekoran kejadian itu, Salmah segera membuat laporan polis.
Polis Ke Rumah Pak Mat
Tak lama kemudian, polis terus ke rumah Pak Mat dan lelaki itu telah ditahan untuk siatan atas tuduhan telah mendatangkan kecederaan pada orang awam.
“Saya sendiri bertembung dengannya di balai polis dengan tangan bergari. Saya terpaksa menunggu di balai polis untuk soal siasat ekoran laporan tersebut. Sehingga jam 1 pagi baru saya berkesempatan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk melihat keadaan anak yang terkena simbahan asid itu. Luluh hati saya melihat keadaan Khairul Izzat hanya Allah yang tahu. Mukanya menjadi bengkak dan merah. Pihak hospital meminta saya menandatangani surat dengan segera kerana Khairul Izzat mahu dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang kerana kecederaannya agak parah.”
Semasa di wad inilah kulit Khairul Izzat mengelupas sedikit demi sedikit. Doktor cadangkan agar pembedahan plastik dilakukan kerana kecederaannya terlalu parah. Tapi kosnya amat tinggi mencecah RM30 ribu.
Ads
Sampai hari ini, Salmah masih berusaha dan tidak akan berputus asa mencari dana untuk memulihkan kembali anaknya.
“Alhamdulilllah, doa orang teraniaya dimakbulkan Allah, sedikit demi sedikit dengan bantuan krim dan ubat antibiotik diberikan hospital, bengkak di mukanya kembali menyurut dan parut-parut pun nampaknya semakin mengering.”
Lumpur Sungai Jadi Penawar Simbahan Asid
Selain meneruskan rawatan di hospital, Salmah mencuba petua orang lama merawat kesan simbahan asid pada anaknya.
Dia menggunakan lumpur sungai dan air kolah di masjid.
Semasa terjun ke dalam sungai itulah, khairul Izzat dan mangsa lain telah melumurkan lumpur sungai untuk mengelak kulit tertanggal atau luruh akibat lecuran yang terjadi.
“Itulah petua digunakan oleh anak saya. Alhamdulillah, matanya terselamat dan kulit mukanya juga tidak luruh. Kalau tidak ia mungkin menjadi igauan lebih ngeri buat saya sekeluarga.” Akuinya anaknya itu masih trauma dan enggan membuka mulut mengenainya.
Ujar Salmah, mahkamah telah menjatuhi hukuman penjara 3 bulan kepada penyewanya itu dan kini dia sudah dibebaskan. Ekoran peristiwa pahit itu, penyewa tersebut telah berpindah dari rumah sewaannya pada malam kejadian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sungguh mulia hati peniaga ikan ini. Bukan keuntungan semata-mata yang dicari. Dalam berniaga ada sedekahnya. Inilah yang diceritakan oleh Saudagar Jalanan terkenal, Ikram Al Banjaritentang seorang lelaki bermotosikal yang mahu membeli ikan di tapak jualan ikan.
Cerita Lelaki Yang Singgah Ke Khemah Jualan Ikan
Ada lelaki yang membuatkan aku menangis dalam hati sebentar tadi.
Ada banyak cerita pahit manis sepanjang kami berjualan ikan sejak kelmarin. Antara yang aku masih terkesan sampai ke saat ini ialah cerita seorang lelaki tadi.
Dia datang singgah ke khemah jualan kami. Meletakkan motosikal betul-betul di hadapan khemah dan terus berjalan ke mari. Kami ‘greet’ seperti biasa. Selepas puas mundar mandir melihat ikan, dia memanggil aku ke tepi.
“Sini jap adik “
“Ya bang? Apa boleh saya bantu? “
“Abang cakap ni jangan marah ya. Nak tanya dulu ni. Ikan Kembung tu dua ringgit dapat berapa ekor ? “
Aku senyum. Aku tersentak.
“Takpa bang. Sekejap ya saya timbang dulu “
Aku ambil beberapa ekor ikan kembung dan letakkan di atas penimbang digital. Aku tekan harga RM5 sekilo. Jawapan yang aku dapat selepas timbang ialah RM2.30 untuk 5 ekor.
“Bang, saya dah timbang tadi. Dapat 5 ekor “
Beliau senyum dengar jawapan aku. Nampak suka betul.
“Ha. Baguslah kalau macam tu. Bagilah 2 ringgit “
Aku bungkuskan 5 ekor tadi dan aku topup ikan ekstra untuknya. Aku bagi lebih lagi untuk beliau.
“Nah bang “
“Terima Kasih dik ya. Terima Kasih banyak. Abang doakan bisnes adik maju.“
Mungkin Abang Tadi Sedang Diuji
Beliau terus ke motosikal dan bergegas pulang. Ini kisah realiti kehidupan yang benar-benar wujud. Mungkin abang tadi sedang diuji. Aku hanya mampu mendoakan apa saja urusan beliau dipermudahkan. Apa pun yang terjadi, tangungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyediakan lauk pauk di dapur mesti ditunaikan. Dapur mesti berasap.Aku salute.
Dua ringgit nilainya pelbagai di mata orang. Bagi kita, mungkin itu cuma nilai beli jajan buat anak. Mungkin juga, itu cuma nilai untuk bayar parking di pusat membeli belah. Tetapi, ada orang cuma berbelanja 2 ringgit itulah untuk mengenyangkan semua perut yang ada di rumah.
Begitulah. Hidup mesti terus. Usaha jangan putus-putus.
Kami Masih Berada Di Siini.
Di hadapan Stesen Minyak Petron Putra Heights Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan untuk menjual ikan.
Ikan Kembung RM5 sekilo
Ikan Kerisi RM7 sekilo
Ikan Cencaru RM7 sekilo
Ikan Tongkol Hitam RM11 sekilo
Ikan Mata Besar RM8 sekilo
Ikan Sardin RM7 sekilo
Ikan dari Kuantan, bukan dari Kotak. Tak percaya datang tengok sendiri. Tak jadi beli tak apa, sekurang-kurangnya kita jadi kawan. Tak gitu?
Mak-mak kalau nak beli ikan, jangan datang hari biasa. Seban jualan ikan peniaga berhati mulia ini cuma setiap hari Sabtu Ahad sahaja.
Bestnya kalau dapat tanam pokok berpasu dalam rumah dan pokok-pokok itu hidup subur menghijau. Masalah kebanyakan mak-mak ini, asal tanam pokok berpasu dalam rumah je mulalah tiba-tiba dia jadi ‘tangan panas’.
Baru beberapa hari, pokok dah layu. Hidup segan mati tak mahu. Beza sungguh dengan tanaman pokok berpasu dalam rumah Puan Muniyati Mohamad. Boleh buat mak-mak rasa tenang habis dan berangan bilalah nak dapat ‘tangan sejuk’ atau ‘greenfinger’ kata omputihnya.
“Berkenaan dengan indoor plant, ini sedikit perkongsian, cara jaga dan tip yang boleh saya kongsikan. Saya pun beginner lagi.” Ujar Puan Muniyati yang sudah mula menanam pokok dalam rumah sejak 3 tahun yang lalu.
Tambahnya lagi, jumlah tanaman yang ada dalam rumahnya ada lebih 30 jenis pokok berpasu. Ada yang jenis kaktus, succulent, keladi malah lidah buaya. Kehadiran pokok-pokok menghijau inilah buatkan dekorasi dalam rumah nampak wow! Rasa tenang bagaikan berada dalam taman.
Yang mak-mak boleh nikmati di rumah sendiri tanpa perlu keluar rumah. Ia juga memberikan bekalan oksigen yang baik kepada penghuni. Malah pokok-pokok ini kan berzikir, jadi ia mengundang ketenangan hati kepada pemiliknya.
Persediaan Sebelum Tanam Pokok Berpasu Dalam Rumah Untuk Yang Baru Nak Mula
1. Pastikan beli pokok yang murah-murah ja dulu. Tak perlu pokok mahal lagi. Kira kalau mati tak stress sangatkan. 2. Pastikan juga pokok-pokok tu jenis yang low maintenance. Mudah cara jaga dia. Atau yang jenis susah mati. 3. Belajar serba sikit tentang pokok tu. Pencahayaan yang perlu dan cara siraman yang sesuai. (Boleh tanya pada tauke nurseri atau penjual pokok itu. Tanya dalam grup tanaman atau melalui pembacaan).
Cara Dan Tip Yang Saya Amalkan
1. Cara jaga bergantung pada jenis pokok yang kita tanam dan medium yang kita guna (tanah @ air)
2. Cari tapak/tempat yang sesuai untuk kita letak pokok mengikut jenis dan kesesuaian pokok yang kita tanam.
3. Pastikan pasu dari jenis yang sesuai dengan pokok kita tu. Ada pokok yang nak kelembapan tanah. Tapi kalau kaktus dan succulent dia nak tanah yang kering.
4. Kalau ada masa atau rajin boleh la berbual-bual dengan pokok. Ada banyak manfaat sembang dengan pokok ni.
5. Selalu perhatikan pokok kita tanam. Kalau nampak lain macam ja. Boleh la cuba ubah tempat atau cara siraman kita.
6. Kalau guna medium tanah boleh lah letak baja yang sesuai. Kalau guna medium air bolehlah tukar seminggu sekali.
7. Kena selalu perhatikan dia. Kalau ada daun rosak kena cepat buang. Kalau ada jangkitan kena cepat rawat. Takut berjangkit dan boleh mati pokok kita.
Seorang rider terlantar dan tidak boleh berkerja selepas terlibat dalam kemalangan, dugaan berganda bila isterinya pula keguguran.
Masalah yang datang bertimpa-timpa ini sudah tentu membuatkan pasangan muda ini sedih dengan takdir yang dilalui.
Dugaan Berganda Bila Isteri Keguguran
Dugaan berganda buat seorang penghantar makanan apabila dia yang cedera parah selepas terlibat kemalangan pada 22 Julai lalu terpaksa menerima berita isterinya mengalami keguguran sehari selepas itu.
Menurut Mohd. Adi Azri Safiee, 26, dari Taman Nilam, Langkawi, Kedah, dia terlibat kemalangan dengan sebuah van ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.
Katanya, kemalangan tersebut menyebabkan tulang bahunya patah dan pangkal pahanya cedera teruk sehingga menyebabkan dia hanya mampu terbaring dan memerlukan bantuan untuk duduk.
Rider Terlantar
“Impak kemalangan itu menyebabkan saya tercampak dan kepala terhantuk pada hadapan cermin van, mujur topi keledar saya dipakai kemas dan tidak tercabut.
“Waktu itu, dalam kepala saya cuma fikir bagaimana hendak sara isteri yang sedang mengandung kalau saya ditakdirkan tidak boleh bekerja,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Nilam di sini semalam.
Ujarnya, isterinya, Nur Azimah Ahmad Zabri, 25, yang baru dikahwini pada Ogos tahun lalu pula mengalami keguguran sehari selepas dia terlibat dalam kemalangan tersebut.
“Isteri saya yang tidak bekerja mengalami keguguran ketika kandungan berusia kira-kira tiga bulan dan ketika itu saya masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Maliha di sini.
“Nasib baik jiran bantu menghantar isteri saya ke hospital,” ujarnya.
Mohd. Adi memberitahu, dia kini menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan melalui program i-Sinar awal tahun ini untuk menampung keperluan hariannya.
“Sekarang setiap bulan saya perlu bayar sewa rumah sebanyak RM500 dan hutang kereta pula RM600. Kalau tidak mampu menjelaskannya, mungkin saya akan jual kereta dan balik ke rumah keluarga di Kuala Nerang sehingga keadaan saya kembali pulih,” katanya.
Mingguan Wanita : Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun bank CIMB milik Mohd. Adi 7046251586. Hulurkan tangan, ringankan beban keluarga ini untuk meneruskan hidup.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...