Syatilla minta Allah lindungi rumah tangga. Sejak akhir-akhir ini heboh tentang rumah tangga artis yang disondol.

Dek kerana itu juga pelakon dan usahawan wanita popular, Syatilla Melvin sangat bersyukur kerana rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu bersama pelakon Shaheizy Sam tidak pernah diganggu dengan kehadiran orang ketiga atau ‘penyondol’.

Syatilla Minta Allah Lindungi Rumah Tangga “Walaupun Sam Pelakon Hebat Dengan Isteri, Dia Tak Boleh Tipu”

 

Syatilla Minta Allah Lindungi Rumah Tangga

Pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32 juga sentiasa berdoa agar Allah melindungi rumah tangga yang dibina.

“Demi Allah buat masa ini, tiada (gangguan orang ketiga) sebab saya dan Sam, kami dah tahu perangai masing-masing.

“Kami dah 13 tahun berkawan, dia buka mata saja dah tahu saya macam mana, begitu juga sebaliknya. Jadi kalau ada sebarang perkara yang tidak kena, kami boleh baca fikiran masing-masing. Dia takkan boleh tipu.

“Walaupun dia (Sam) pelakon hebat.. tapi dengan isteri, dia tak boleh tipu. Kalau ada benda yang tak kena terjadi, saya akan tahu.

“Setakat ini Alhamdulillah semuanya baik-baik. Setiap hari saya berdoa minta Allah lindungi rumah tangga sebab kami ada anak-anak dan usia pun sudah makin meningkat,” ungkap Syatilla.

Untuk rekod, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, Sarima Samheizy, 4, dan Salama Samheizy yang kini berusia 10 bulan.

KEKASIH by The Melvins, Cipta Hiburan Dalam Dunia Kosmetik

Syatilla yang baru saja melancarkan set produk kosmetik terbaharu Kekasih Lebaran 2023 yang berlangsung Glass House Klang, Selangor bersyukur kerana produk KEKASIH yang diusahakan bersama empat beradik kini dikenali ramai.

IKLAN

Dengan hanya meletakkan diri mereka sebagai wajah dan pengasas, KEKASIH yang menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, berada di kelas tersendiri.

Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan semasa mereka.

Keakraban The Melvins ini tidak dapat dinafikan hingga berjaya mengasaskan KEKASIH yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran.

Sebagai hadiah kepada peminat dan pelanggan setia mereka, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, KEKASIH muncul dengan rangkaian produk edisi RAYA KEKASIH iaitu kosmetik dan moisturiser.

Mewakili adik beradiknya, Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, edisi raya KEKASIH menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.

“Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu KEKASIH. Edisi ini kiranya berwajah baharu. Edisi ini menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturiser. Macam kosmetik tu ada empat warna ‘best selling’ yang mana kami keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata,” kongsi Syatilla.

Syatilla Minta Allah Lindungi Rumah Tangga “Walaupun Sam Pelakon Hebat Dengan Isteri, Dia Tak Boleh Tipu”

Keberkatan Hubungan Adik Beradik Merupakan Resepi Terbaik

Menurutnya, resipi terbaik produk mereka kekal di pasaran adalah keberkatan hubungan adik beradik.

IKLAN

“Alhamdulillah, KEKASIH sudah empat tahun.

“Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan adalah hubungan akrab kami adik beradik. Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami dan KEKASIH.

“Macam sekarang kami kerap ‘live’ di TikTok dan orang boleh tengok macam mana mana kami berniaga di situ. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami.

“Mungkin produk dan kualiti sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia KEKASIH.

“Dalam masa sama, tak keterlaluan jika dikatakan KEKASIH juga satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hanga-hangat tahi ayam,” katanya.

Syatilla Minta Allah Lindungi Rumah Tangga “Walaupun Sam Pelakon Hebat Dengan Isteri, Dia Tak Boleh Tipu”

Episod Hitam Ketika Musim Covid-19

Menurut Tila, berada pada tahap sekarang bukan semudah yang disangka.

“Kami juga melalui episod hitam ketika musim Covid-19. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan. Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik.

IKLAN

“Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Tapi, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami dah rasa kena betulkan mana-mana yang kurang. Jsuteru, tahun keempat ini, KEKASIH bangkit semula,” katanya.

Baca Disini : Pasangan Sejoli, Semoga Berbahagia Hingga Jannah. Sam & Syatilla Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-7 Di Mekah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syatilla Melvin (@samtilla)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syatilla Melvin (@samtilla)

Sumber: Harian Metro

Sumber Foto : Instagram Sam Tilla & Shaheizy Sam 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

Syatilla Minta Allah Lindungi Rumah Tangga “Walaupun Sam Pelakon Hebat Dengan Isteri, Dia Tak Boleh Tipu”

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI