“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama”, begitulah luahan pelakon dan pengacara Irma Hasmie yang berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Ropitah Robiah yang meninggal dunia pada 27 April lalu. Salam takziah kami ucapkan buat Irma dan keluarga.
Menerusi akaun Instagramnya pelakon itu menyatakan telah genap seminggu pemergian Allahyarham ibu kesayangannya.
“Rindu. Hari ini genap seminggu pemergian mama (6 Syawal 1444, 1:13pm). AlMarhumah Hajjah Ropitah binti Robiah,” tulisnya pada Khamis.
“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama”
Irma juga turut berterima kasih kepada mereka yang membantu menguruskan jenazah serta mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
“Saya dan adik saya Mohd Farooq Hossny ingin sampaikan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan mana-mana pihak di Prince Court Medical Centre atas setiap rawatan, penjagaan rapi dan layanan yang sangat baik terhadap almarhumah mama kami.
Ads
“Begitu juga adik beradik almarhumah mama, ahli keluarga dan saudara mara yang menemani mama hingga saat akhir. Terus memberi semangat pada kami, membantu menyelesaikan urusan-urusan tertentu, prihatin tanpa jemu, berkorban masa dan tenaga, berjaga sepanjang malam bergilir-gilir zikir dan berdoa buat mama,” katanya.
Terharu Terima Banyak Kata Sokongan
Pada perkongsian yang sama Irma juga berasa terharunya apabila menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat di saat dirinya dan keluarga berdepan saat sukar.
“Terima kasih semua pengikut dan warga media sosial yang mendoakan almarhumah mama. Walaupun mungkin kita tak pernah bersua atau mengenali secara langsung, ramai yang DM dan saya tak sempat nak respon semuanya.
“Alhamdulillah saya baca dan semoga setiap doa kembali kepada kalian dengan berkat dan kebaikan daripada Allah SWT. Terima kasih dan saya sangat menghargainya,” katanya.
Ads
Untuk rekod sebelum ini Irma pernah berkongsi ibunya diuji dengan penyakit kanser. Malah dia juga memberitahu sudah satu tahun ibunya bertarung dengan penyakit terebut.
Ketika kudapan manis, Kunafa dari Timur Tengah mendunia beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia, ia memberi cetusan idea buat personaliti TikTok dan usahawan muda popular, Ojen Aiwahhh atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli.
Sejak 2022, jenama Kunafa Aiwahhh yang berpaksikan tekak orang Melayu mula diperkenalkan. Bermula dengan perisa asli di pasaran, ia berevolusi menjadi fenomena hingga menjadi variasi sebanyak tujuh pilihan perisa lain termasuklah Red Velvet, Dark Indulgence, Lumut Cheese, Biscoff, Choc Oreo dan Hazelnut Nutella.
Hadir dengan perisa kelapan, Madu 3 berasaskan emping jagung yang dilancarkan secara kolaborasi bersama teman baiknya, pempengaruh dan usahawan kontroversi, Cik Epal.
Ditanya Ojen mengenai kerjasama itu yang dilihat seperti menangguk di air keruh di atas kisah panas keretakan rumah tangga ‘bestie’nya, bekas penuntut bahasa Arab di Yaman itu tidak melatah.
“Kalau ada yang kata kerjasama ini cuba ambil kesempatan fasal cerita itu, saya kurang bersetuju. Mungkin ia hanya kebetulan. Apa yang saya boleh tekankan kerjasama ini lebih kepada menolong antara satu sama lain.
“Saya sendiri bersimpati dengan apa yang berlaku dalam kisah rumahtangganya. Cik Epal sendiri turut membantu menyebarluas jenama kunafa Aiwahhh.
“Sebagai sahabat, saya tak mahu hanya muncul pada waktu senang. Biarlah ketika susah juga. Dapat juga saya kongsi rezeki dengannya sekali gus dia boleh meneruskan survival kehidupan solo bersama anak. Dulu dia ada tangan untuk dipimpin (merujuk kepada suami), tapi kini sebagai ibu tunggal,” kata Ojen.
Im so proud of her! Tahniah! Seorang wanita yang kuat 🤍We did it! Ojen seronok dan bangga dapat berkongsi rezeki dengan cik epal, Ramai sungguh orang support kita dari hari pertama sampailah harini 😭🤍🫶🏻 Satu Fenomena Kunafah Madu 3 🐝💛 Negeri lain standby ojen bawak Kunafah Madu 3 ni next tour ya, Insyallah, Doakan tau 🤲🏻
Tambah pelantun lagu Hubb itu lagi, idea kolaborasi sudah dirancang lama.
“Bukan tiba-tiba saja nak keluarkan perisa Madu 3 ini. Nak keluarkan mana-mana perisa baharu perlu ada R&D (penyelidikan dan pembangunan).
“Tambah pula saya tak pernah berkolaborasi dengan mana-mana artis atau pempengaruh. Jadi kenapa tidak saya tampilkan Cik Epal saja untuk kolaborasi sulung ini,” katanya
Tambah Ojen, pemilihan perisa Madu 3 juga bukan gimik dan tiada kaitan dengan tempias rumah tangga Cik Epal.
“Pemilihan nama perisa Madu 3 bukan suka-suka. Tapi sebab perisa ini menggunakan tiga jenis madu iaitu honeycomb, drizzle madu dan campuran emping jagung bersama madu. malah perisa ini juga ada tiga lapisan,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, Ojen tidak mempunyai kios atau cawangan kedai tertentu.
“Sebaliknya, saya dan pasukan kerja sendiri akan turun padang ke serata negeri untuk memenuhi hajat dan keinginan mereka yang ingin makan kunafa berkenaan.
“Lalu, apabila hanya ibu pejabat saja yang menjualnya, saya boleh fokus 100 peratus menjaga aspek kualiti dan kuantiti pengeluaran kunafa,” katanya.
Elemen Tekak Melayu
Disifatkan sebagai perintis usahawan kunafa dengan elemen tekak Melayu, Ojen berkata idea berniaga itu terlintas ketika belajar di Yaman.
“Empat tahun di Yaman dan Setahun di Egypt, Saya lihat kunafa menjadi makanan harian dan pencuci mulut kegemaran. Di tanah Arab lagi, saya sudah pasang niat, balik ke Malaysia memang kena jual kunafa.
“Lucunya, ada ramai penjual tempatan cuba meniru konsep saya. Termasuklah di kalangan penjual orang Arab. Saya lihat ramai yang mengambil inspirasi.
“Saya jadi bangga konsep ini diterima di kalangan masyarakat dan penjual kunafa. Lagipun saya tak mampu nak jual kepada lebih 33 juta rakyat di negara kita. Biarlah sama-sama cari rezeki. Syukur, Allah SWT sudah beri lebih rezeki lebih untuk saya,” katanya.
Ojen menambah untuk tahun lalu, dia sudah lengkap melakukan jerayawara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
“Untuk tahun ini saya mahu berusaha untuk tembus pasaran Indonesia dan Brunei dengan melakukan jerayawara. Semua ini juga takkan terjadi tanpa sokongan dan sambutan luar biasa penggemar kunafa saya. Tanpa mereka, Kunafa Aiwahhh takkan jadi sehebat ini,” Katanya.
Sementara itu, Cik Epal atau nama sebenar, Nor Munirah Mahmud optimis dengan kolaborasi bersama Ojen.
“Secara jujurnya saya bukan jenis bekerjasama dengan sembarangan orang. Saya lebih selesa berkolaborasi dengan orang yang sudah dikenali. Macam Ojen memang kami sudah lama kenal. Dia pun jenis yang merendah diri, happy go lucky dan senang berurusan.
“Saya sendiri yakin 100 peratus dengan perniagaan kunafanya. Kunafa Aiwahhh antara ‘dessert’ yang sudah lama viral dan ‘mendonia’ ke hari ini. Tipulah lah kalau kata tak pernah nampak Kunafanya jadi ‘fyp’ di TikTok. Saya rasa dari dulu kalau buka gerai jualannya, memang penuh dibanjiri peminat kunafanya sampai satu Malaysia ada.
“Jadi waktu Ojen ajak berkolaborasi, memang saya teruja. Ditambah pula nak buat perisa Madu 3 ini, saya sendiri nampak yang ia akan meletup. Waktu kami buat R&D, terus saya bersetuju untuk sama-sama ‘mendonia’,” Kata Cik Epal.
Cik Epal & Kehidupan
Sempat ditanya mengenai kehidupan sekarang, Cik Epal reda dengan ujian diterima.
“Alhamdulillah saya bersyukur sebab Allah uji saya pada waktu yang tepat. Saya juga bersyukur waktu sebegini, masih ada sahabat lama dan baru yang ikhlas menolong saya. Ada yang tak henti-henti memberi motivasi diri pada saya untuk meneruskan kehidupan demi anak dan masa depan yang lebih terang.
“Saya sudah selesa seorang diri buat masa ini. Cukup ada anak menjadi asbab untuk saya terus tersenyum”. -Cik Epal
Saya akan terus berjuang dan takkan kembali dengan kesilapan lalu dengan lelaki yang sama. Untuk kembali balik kepada bekas suami itu, saya rasa tak mungkin. Tapi saya takkan sesekali memisahkan anak dengan bapa mereka.
“Apa terjadi, bekas suami tetap bapa kepada anak saya dan dia pernah menjadi bapa yang baik. Itu sahaja terima kasih,” kata Cik Epal mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang bertuah wanita yang merupakan ibu kepada lelaki ini. Masa kan tidak, demi rasa kasih dan tanggungjawab, seorang penghantar barang di China sanggup membawa bersama ibunya yang menghidap Alzheimer pergi bekerja tanpa rasa sukar atau mengeluh sekalipun.
Ubahsuai Motorsikal
Bukan itu sahaja, lelaki yang bernama Cai Yujun, 52, ini juga sanggup mengubahsuai motosikalnya bagi membolehkan ibunya Yang Suxiu membonceng dengan selesa ketika dia membuat penghantaran barang ke kedai komputer sekitar Chengdu.
Sejak disahkan menghidap Alzheimer tujuh tahun lalu, Suxiu yang berusia 92 tahun tidak lagi mampu menjaga diri sendiri, namun sebagai anak, Yujun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.
“Ibu telah bersusah payah sepanjang hidupnya untuk kami sekeluarga, kini giliran saya menjaganya,” kata Yujun.
Sentiasa Memegang Tangan Ibu
Pasangan ibu dan anak tersebut mengelilingi serata bandar bersama dan Yujun akan sentiasa memegang tangan ibunya setiap kali membuat penghantaran.
Bertuahkan! Semoga anak-anak kita juga memiliki sifat terpuji sebegini. Sanggup berbakti, tidak mengeluh dan mahupun mengabaikan mak ayah bila sudah tua dan tatkala diri tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri lagi.
Sebenarnya tak kiralah bagi anak susu formula atau susu badan, setiap ibu pastinya inginkan yang terbaik buat anak. Pasti ada sebabnya yang tersendiri, jika seorang ibu tak mampu untuk memberikan anaknya susu badan sendiri. Apatah lagi jika masih dalam tempoh berpantang, emosi dan hormon masih tidak stabil, memungkinkan untuk melakukan perkara di luar batasan.
Akibat sering disindir kerana memberikan susu formula dan bukan susu badan, seorang wanita berasa malu dan tertekan sehingga sanggup membuang anaknya ke dalam perigi.
Lapor Tribunnews, bayi yang berusia sebulan itu ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam perigi di Desa Sumberejo, Ambulu, Jember.
Ketua Bahagian Jenayah Polis Jember, Komang Yogi Arya Wiguna berkata, suspek berusia 25 tahun yang dikenali sebagai ‘FN’ merupakan ibu mangsa mengaku membuang anaknya sendiri.
“Kejadian berlaku Rabu lalu sekitar pukul 10.30 pagi, ketika suspek tidur bersama bayi dan ibunya di ruang tengah rumahnya.
“Selepas itu, ibu mangsa keluar rumah untuk menyidai baju di ampaian. Ketika itulah, suspek bangun dan membawa bayinya ke bahagian dapur dan membuka penutup perigi.
“Perigi itu ditutup dengan alas kayu dan FN melempar anaknya sebelum menutup semula perigi berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, timbul desas-desus dalam kalangan penduduk kampung mengenai kehilangan bayi itu yang berkemungkinan diculik atau dibawa lari makhluk halus.
Komang berkata, suspek juga kelihatan panik dan berusaha mencari anaknya yang hilang bersama jiran tetangga.
Jelasnya, bayi tersebut ditemukan di dalam perigi kira-kira pukul 1 tengah hari.
FN memberitahu dia berasa marah dengan diri sendiri sebab sering disindir oleh seorang jiran kerana memberikan bayinya susu formula.
Mingguan Wanita: Kasihannya. Setiap ibu pastinya inginkan yang terbaik untuk anak. Tak perlu mengata jika ibu tersebut tak mampu berikan susu badan sendiri, sebaliknya beri susu formula. Pasti ada sebab yang tersendiri, apatah lagi masih dalam tempoh berpantang, hormon dan emosi masih kurang stabil.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...