Sesunguhnya ajal dan maut ketentuan tuhan. Kematian pelakon sambilan yang juga seorang pempengaruh (influencer) Syazlin Zainal, 26 yang dilaporkan meninggal dunia semalam, akhirnya terjawab apabila dia disahkan maut akibat terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri, di Taman Iskandar dalam kejadian berlaku kira-kira 12.50 tengah hari, semalam.

Jatuh Tingkat 22 Pangsapuri

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang penemuan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri itu.

“Hasil siasatan polis mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pelakon sambilan.

Terjatuh Dari Tingkat 22 Pangsapuri, Punca Kematian Pelakon Syazlin Zainal

 

“Hasil siasatan awal mendapati, sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini,” katanya dalam kenyataan.

Mati Mengejut

Beliau berkata, siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Bagaimanapun, beliau memohon orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.

Difahamkan, proses bedah siasat masih lagi dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga, dekat sini.

IKLAN

Terjatuh Dari Tingkat 22 Pangsapuri, Punca Kematian Pelakon Syazlin Zainal

Terdahulu, media melaporkan Syazlin meninggal dunia di Johor dan punca kematiannya masih dalam siasatan.

Berita sedih itu dikongsikan rakan Syazlin iaitu Zeatyalia di IG Stories miliknya pada petang semalam.

IKLAN

Terjatuh Dari Tingkat 22 Pangsapuri, Punca Kematian Pelakon Syazlin Zainal

Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

Allahyarham adalah anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

IKLAN

Mesti Baca:Meraung Kuat Selepas Terjatuh Dari Motosikal Mainan, Asbab Adik Fadzly Ke Syurga Allah
Baca Lagi Di Sini:Penjaga Cuai Akan Didenda. “Sesaat Hilang Dari Pandangan Ibu, Anak Meninggal Terjerut Tali.’
Artikel Menarik:Budak Lelaki 5 Tahun Pula Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Kondominium

Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga pelakon ini. Semoga di beri kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Sumber: Bharian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI