Dewi Yull bangga anak istimewa cemerlang, cipta rekod  mahasiswa raih 3 anugerah tertingg di US. Hati ibu mana tidak bangga jika anak-anak berjaya dalam hidup. Baik dalam pelajaran mahu pun agamanya.

Inilah yang dirasai oleh penyanyi Dewi Yull yang namanya mungkin tidak asing bagi sebahagian peminat di Malaysia khususnya bagi generasi lahir tahun 70 dan 80-an.

Dewi Yull Bangga Anak Istimewa Cemerlang

Ditakdirkan mempunyai dua anak dilahirkan pekak dan bisu, Gizca dan Surya, ibu ini sering ditanya tidakkah dia malu punya anak istimewa dan tidak sempurna.

Namun jawapan ibu ini  pasti boleh diambil oleh ibu-ibu yang diuji dengan kelahiran istimewa. Bila ditanya orang tak mahu kea da anak cacat, Dewi Yull ada jawapan sendiri.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Anak Istimewa, Tulang Badan Patah Lebih 50 Kali Hanya Bergantung Ubat Stemcell Kuatkan Tulang

IKLAN

7 Tahun Menanti, Akhirnya Dapat Kembar 4, Kesemuanya ANAK ISTIMEWA, Suami Isteri Syukur, Reda

Menangis Beria Anak Istimewa Ini, Sebaik Dengar Doa Ustazah Baca

Dia sentiasa mengatakan bangga dan syukur melahirkan anak istimewa. Dirinya tidak pernah mengeluh sama sekali dan sanggup berkorban apa saja khususnya anaknya mendapat pendidikan terbaik dalam hidup.

IKLAN

Memandangkan di Indonesia, sistem pembelajaran lebih menekankan bahasa verbal dan tulis serta tidak banyak meneroka bahasa isyarat bagi mereka yang dilahirkan pekak dan bisu, dia nekad menghantar anaknya ke Amerika Syarikat ditambah anaknya juga akui “cemburu” dengan kecemerlangan pendidikan bagi golongan kurang upaya dengan semua fasiliti.

Cipta Rekod Mahasiswa Raih 3 Anugerah Tertinggi Di US

Dan ternyata anak bongsu  cukup tampan ini, Surya Sahetapy berjaya  menggengam tiga anugerah dan merupakan satu-satunya mahasiswa  yang meraih tiga pencapaian istimewa buat kali pertamanya dalam pengajian di New York ini.

IKLAN

 Kata Dewi Yull, dia begitu bersyukur dan bangga dan pernah berdoa kepada Allah, walau di sebalik kekurangan anaknya, dia sentiasa berdoa di dalam hati anaknya akan berjaya dalam hidup. Dan inilah yang membahagiakan hatinya sebagai seorang ibu.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tanggungjawab anak masih perlu dilaksanakan walaupun sudah berpisah. Suka tengok hubungan Sharnaaz dan bekas isterinya sekarang. Yang lepas, jangan dikenang. Hiduplah dengan hati yang baik dan terbuka, salute! #fyp

@mingguanwanita Tanggungjawab anak masih perlu dilaksanakan walaupun sudah berpisah. Suka tengok hubungan Sharnaaz dan bekas isterinya sekarang. Yang lepas, jangan dikenang. Hiduplah dengan hati yang baik dan terbuka, salute! #fyp ♬ original sound – MingguanWanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI