Semoga kita dijauhkan dengan sikap jiran sebegini.

Tidak fikir perasaan orang lain. “Pening kepala dapat jiran perangai macam ni…’. Begitulah luahan seorang individu apabila jirannya bertindak melampaui batas.

Tidak dinafikan, ramai juga jiran yang baik hati, memahami dan bertimbang rasa. Namun tidak kurang juga ada di kalangan mak, ayah yang mendapat jiran dari neraka. Langsung tidak fikirkan perasaan orang lain.

Tidak Fikir Perasaan Orang Lain

Adat hidup berjiran memerlukan setiap individu untuk saling memahami dan bertolak ansur bagi memelihara keharmonian tetangga.

Namun, ada juga senario di mana jiran bertindak di luar batas sehingga mengundang ketidakselesaan kepada orang lain.

Menerusi perkongsian video oleh Siti Zura Jamal di media sosial, dia menceritakan tentang tindakan jirannya yang dianggap melampau apabila mereka dipercayai meletakkan kedudukan saluran paip pendingin hawa ke kawasan rumahnya.

Pening Kepala Dapat Jiran Perangai Macam Ni…

Menurutnya, jirannya menafikan melakukan perkara itu dan memaklumkan bahawa mereka tidak tahu mengenai posisi paip yang menghala ke arah kawasan rumah jiran sebelah.

“Aku cuma tak puas hati dengan perangai jiran yang tidak fikir perasaan jiran lain, kawasan depan rumah akan ada air bertakung setiap kali pendingin hawa jiran dibuka.

“Dah jumpa jiran sebelah rumah itu dia kata dia tidak tahu keadaan paip seperti itu,” katanya.

IKLAN

Baca Juga Di Sini:

Selamba Cuci Pakaian Depan Rumah, Wanita Tak Puas Hati Jiran Tak Peka

Remaja 15 Tahun Meninggal, Dianggap ‘Wira’ Bertarung Nyawa Selamatkan Jiran Dalam Kebakaran

“Ambil, Tak Perlu Bayar”, Jejaka Ini Tanam Sayur, Kongsi Rezeki Sedekah Pada Jiran

IKLAN

Telah Bersemuka

Tambah Siti, situasi itu merupakan kali ketiga suaminya bertindak mengalihkan paip tersebut dan meletakkannya semula ke kawasan rumah jiran sebelah.

“Kali ketiga dah pergi rumah dan ubah kedudukan paip, tapi datang lagi nak kemas kawasan rumah, paip tu masih diubah semula ke arah rumah kami.

“Tak tahu la nak kata apa dengan jiran sebelah ini, pening kepala saya dapat jiran macam ini,” ujarnya.

Susulan daripada itu, wanita tersebut bertindak berjumpa secara bersemuka dengan jirannya dan meminta supaya paip tersebut dialihkan serta berharap perkara sebegini tidak berulang lagi.

IKLAN

Komen Netizen

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut mengecam tindakan jirannya itu dengan memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Marah sahaja jiran yang macam itu, maklumkan sekiranya tidak segera dialihkan, awak buat laporan polis, tangkap gambar sebagai bukti,” kata Asmah Aziz.

“Naikkan tembok bagi tinggi, biar tak lepas nak buat macam itu lagi,” kata Oishen Mahat.

Mingguan Wanita : Kisah ini perlu menjadi pengajaran buat semua, hidup berjiran perlukan toleransi dan saling menghormati. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga menyakiti hati jiran. Tak baik tu.

Sumber : Kosmo Online

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI