Kebiasaannnya ramai anak-anak yang tinggal merantau mencari rezeki di bandar, kesempatan untuk balik kampung hanyalah pada cuti panjang seperti Hari Raya dan cuti sekolah. Bukan pada setiap cuti hujung minggu yang diluangkan untuk urusan-urusan lain berbanding menziarahi kedua orang tua di kampung halaman.

Sebenarnya, selagi ada masa dan kesempatan, sebagai anak rebutlah peluang sebanyak mungkin untuk kerap balik kampung, menziarahi mak ayah. Hargailah masa bersama mereka selagi masih ada.

Hadamkan perkongsian daripada Cikgu Abd Ghani Haron ini yang dikongsikan kembali oleh Tuan Zairi Ibrahim sebagai renungan kita bersama.

AJAIB KERAP BALIK KAMPUNG

Sebuah renungan untuk kita

Semasa membeli kuih untuk menyorok (bahasa Kedah untuk sarapan), saya terlihat seorang anak jiran saya yang tinggal di Seremban manakala orang tua masih di kampung.

Saya menegurnya,

“Kerap balik kampung, tak menunggu raya atau cuti sekolah?”

Dia berkata,

“Cikgu, walau seribu rakaat solat sunat saya kerjakan, walau beribu sedekah jariah saya berikan, walau seribu kebaikan saya tunaikan ketika saya berjauhan dari orang tua saya, tidak akan sama dengan satu kunjungan melihat emak ayah saya yang telah tua”

“Tak akan sama dengan senyuman mereka berdua bila melihat saya melangkah ke pintu rumah, tak akan sama dengan renungan puas emak saya melihat saya menyuap nasi berlauk asam pedas, gulai batang pisang yang dimasaknya”

“Kepenatan, keletihan meredah hujan dan panas dalam perjalanan yang jauh, ratusan ringgit terkorban untuk petrol dan tol adalah pengorbanan yang tak ternilai pada sisi Allah hanya kerana untuk menggembirakan mereka berdua”

“Itu saya rasa lebih baik dari berehat di rumah di depan TV, memenuhi hobi dan sukan atau melangut di kompleks perniagaan di hujung minggu.”

Tazkirah Cukup Bermakna

SubhanALLAH…

Jawapannya bagai satu tazkirah yang cukup bermakna untuk menjelaskan betapa besarnya ganjaran bagi pengorbanan seorang anak, bahkan ia melebihi jihad.

IKLAN

Pada anda yang berjauhan dgn ibu bapa, ambillah iktibar dari hal ini.

Jangan berkira wang ringgit, penat lelah untuk balik berziarah ibu bapa.

Jangan tunggu raya, jangan tunggu cuti sekolah tetapi carilah ruang sekerap mungkin.

Jika tidak pun, buatlah panggilan utk bercakap sepatah dua sebaik ada kesempatan.

Lebihkanlah memberi keutamaan untuk berziarah ibu bapa dari ziarah yang lain.

Bagi anak yang tinggal dekat pun, kunjungilah ibu bapa seketika.

IKLAN

Emak saya dahulu yang tinggal berdekatan dengan rumah saya, akan bertanya jika satu hari saya tidak mengunjunginya.

Maka setiap hari saya In Shaa ALLAH, akan ke rumahnya, walau sekadar berpusing motor di laman rumahnya dan dia mendengar bunyi motor saya, cukuplah.

Hanya orang yang telah tua akan merasai betapa mereka merindui anak-anak yang tidak terzahir dengan cara memeluk cium seperti zaman mereka kanak-kanak, tetapi memadailah dengan mengisi pandangan di mata tuanya.

Saya bentangkan kepada anda untuk memikirkan dan mungkin anda boleh menyelami lebih jauh dgn membaca nukilan saya.

Pada yang masih ada ayah bonda, ziarahlah mereka sekerap kesempatan yang ada sementara kamu boleh melihat mereka.

Kepada ibu bapa kita yang telah pergi meninggalkan kita untuk selamanya, maka basahkan lidah mu dengan Zikrullah dan niat hadiahkan kepada mereka.

IKLAN

Semoga bermanfaat…

*Terimakasih kepada penulis asal almarhum Cikgu Abd Ghani Haron
yang memberi kesedaran kepada kami.

~alfatihah~

Mesti Baca:Balik Ramai-ramai Tapi Satu Keluarga Saja Kena Tanggung Perbelanjaan Dapur!?
Baca Lagi Di Sini:Balik Kampung Tidur Homestay, Tak Salah! Mintalah Izin, Elak Guris Perasaan Orang Tua
Artikel Menarik:Nanti Besar Nak Kahwin Orang Jauh, Bagi Anak-anak Pengalaman Balik Kampung

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Anak benarnya sebagai anak, rebutlah peluang berbakti dan selalu lah pulang ke kampung berjumpa dengan mak ayah tersayang selagi berkesempatan.

Sumber: Zairi Ibrahim

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI