Rata-rata masyarakat memilih untuk berkongsi suka dan duka di media sosial. Malahan menjadi trend hari ini apabila masyarakat selesa menjadikan media sosial sebagai medan berkongsi masalah rumah tangga.

Bagi artis dan selebriti Datuk Hattan, dirinya meletakkan golongan yang gemar berkongsi masalah rumah tangga di media sosial adalah tindakan paling “bangang”. Sebaiknya jika berdepan dengan masalah, selesai secara baik dan bukannya mendedahkannya di media sosial.

Umpama diberi peluang kedua, apabila pasangan yang telah bercerai kembali bersama sekian lama menjalani hidup bersendirian. Tidak ramai yang beruntung apabila dapat bersama dan memaafkan diri masing-masing setelah dibebaskan dengan terlafaznya talak.

Datuk Hattan dan Datin Arianie Abidin antara pasangan yang melalui tempoh perpisahan yang lama iaitu sembilan tahun, namun akhirnya mereka kembali semula mengikat kasih. Bukan mudah untuk memulakan kembali hubungan yang telah terputus di tengah jalan, tetapi ternyata jika masih ada jodoh, pasti ia akan berlaku jua.

Bagi Dato Hattan, dia mengakui pada peringkat awal penceraian memang beliau mengambil masa untuk menerima kenyataan. Tiga bulan dia menanggung stress berdepan dengan kehidupan sendiri. Ada masa rasa macam lagi mudah bercerai tetapi ada ketikanya pula kita akan bersedih bila melihat keluarga orang lain lengkap bersama.

“Tiga bulan pertama saya jadi stres kerana perpisahan. Balik rumah akan ingat balik, walaupun saya cuba jua move on. Mula-mula memang terasa macam suka bebas, tetapi bila tiba hari raya atau ketika melawat anak.  Saya mula terasa ada sesuatu yang missing dalam hidup,” ungkapnya satu persatu.

Manakala bagi isteri beliau, Datin Arianie, tidak dinafikan bahawa perpisahan adalah sesuatu yang menyakitkan. Bayangkan selama ini setiap kali kita pulang ke rumah ada suami disisi, kini suami telah tiada.

IKLAN

Dalam masa yang sama, beliau terpaksa teruskan hidup sendiri dengan berpindah keluar, jadi perkara-perkara sebegitu bukan sesuatu yang mudah.  Saat itu memang tidak pernah terfikir untuk kembali atau rujuk semula, mungkin disebabkan rasa marah.

Biar pun dalam hati ingin melihat beliau berubah tetapi sebagai isteri kita faham segalanya bukan satu yang mudah. Sememangnya perpisahan itu amat menyakitkan.

Kongsi Masalah Rumah Tangga di Media Sosial, Tindakan Paling Bangang- Datuk Hattan

 

IKLAN

Diberi Peluang Kedua

Dalam diam tak diam, hampir enam tahun Datuk Hattan dan isterinya kembali hidup bersama. Menurut beliau, perkara yang penting dalam berumah tangga adalah terletak pada tangan lelaki atau suami. Lelaki sebaiknya selaku pemegang “stereng”, kawal rumah tangga dengan baik.

Manakala kaum wanita pula jangan sesekali melakukan provokasi kepada suami setiap kali berdepan dengan dugaan dalam berubah tangga. Selain itu, apa yang beliau pegang adalah kembalilah semula kepada agama, nescaya rumah tangga yang terbina akan diberkati.

Selain Datuk Hattan turut berkongsi bahawa faktor utama yang mendorong beliau dan isterinya bersama adalah anaknya, Adam.  Beliau juga mengakui betapa benarnya kata-kata orang tua bahawa hidup kekallah dengan perkahwinan yang pertama kerana isteri yang pertama di hati kita akan betul-betul serasi.

“Saya pernah mencuba untuk bersama orang lain, tetapi ternyata keserasian saya hanya dengan Arianie. Bukan sekali saya minta untuk kembali bersama Arianie, tetapi tak diterima. Alhamdullilah selepas sembilan tahun, kami bersama sekali lagi,” tambahnya lagi.

IKLAN

Sebenarnya menurut Datin Arianie, beliau menerima Datuk Hattan kerana beliau tidak pernah putus asa dan mencuba untuk berbaik semula. Apatah lagi setelah sembilan tahun, beliau telah maafkan kesilapan suaminya dan beliau merasakan dia juga memiliki kesilapan sendiri yang beliau tidak sedar, akhirnya Datuk Hattan berjaya memujuk hatinya.

“Perubahan pada diri datuk juga buatkan  saya mula menerima keikhlasan hati beliau. Saya juga sedar, saya juga manusia biasa yang tidak sempurna, jadi apa salahnya kami mulakan segalanya kembali,” luahnya lagi yang mengakui Datuk Hattan lebih romantik dari beliau.

Kongsi Masalah Rumah Tangga di Media Sosial, Tindakan Paling Bangang- Datuk Hattan

Nasihat Datuk Hattan

Dalam masa yang sama, Datuk Hattan turut menasihati pasangan yang berkahwin,

  1. Sebaiknya setiap kali berdepan dengan masalah rumah tangga, cubalah berbincang. Jauhkan diri daripada ber WhatsAps kerana kadang-kala maksud sebenar akan terpesong. Lebih baik hubungi pasangan dah luahkan apa yang terpendam.
  2. Manjakan isteri biar pun telah lama berumah tangga. Bawak isteri keluar rumah, pergi melancong atau sekadar berpiknik. Luangkan masa berdua.
  3. Berbalik kepada Tuhan dan agama, apa-apa pun rujuk kepada agama agama kita, insyallah rumah tangga akan kekal bahagia.
  4. Move on, sebaiknya jika bercerai dan kembali hidup semula, jangan sesekali mengungkit kisah lama. Mulakan hidup baharu seperti mula-mula berkahwin seperti pasangan baharu.

Ikuti siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow pada jam 5 petang dengan tajuk Berpisah Jua di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI