Cukup menyayat hati, tiada siapa yang sangka percutian di sebuah hotel bertukar tragis apabila seorang ahli keluarga terjatuh dari tingkat hotel. Dugaan yang cukup hebat buat keluarga ini.
Kisah menyayat hati ini dilaporkan di media sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah bangunan hotel
Terjatuh Dari Tingkat Hotel, Kanak-Kanak Lelaki Maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa berusia 12 tahun dikatakan terjatuh sehingga ke beranda tingkat empat bangunan berkenaan.
Ads
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.44 pagi melalui talian kecemasan 999.
Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
“Kejadian berlaku di sebuah hotel di Kota Kinabalu membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat hotel berkenaan.
“Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Ads
“Operasi turut ditamatkan pada jam 7.53 pagi,” katanya.
Mingguan Wanita : Moga ahli keluarga tabah hadapi dugaan ini. Salam takziah.
Malasnya nak bangun tidur terutamanya kalau hari kerja. Tunggu 5 minit, nanti bangunlah. Sedar-sedar dah terlambat nak ke tempat kerja. Ini belum lagi kalau nak kena hantar anak ke sekolah. Mahu anak pun tak sempat ke sekolah.
Walaupun sudah ada jam loceng untuk mengingatkan masa tapi tetap susah nak bangun tidur. Mengantuknya lain macam. Sedangkan kalau hari cuti mudah pula nak bangun. Begitulah.
Bangun tidur cepat atau lambat, masing-masing ada caranya. Peneman setia tentulah jam loceng. Itu pun kalau dah ‘tidur mati’ tetap tak sedar juga. Jadi,ada cara nak kejutkan bagi anda yang susah terutamanya bangun pagi.
Ada macam-macam cara nak kejutkan diri untuk bangun tidur. Kunci jam loceng, tiba masa berbunyi, bunyikan dengan muzik mendayu-dayu, rancak dan sebagainya. Mungkin berkesan dan ada juga tidak boleh digunapakai.
Jadi, cara terbaik bolehlah guna idea ini untuk nengatasi masalah malas bangun. Terdapat satu rekaan katil yang sangat unik digelar sebagai “High Voltage Ejector Bed”. Katil ini direka dan dicipta oleh Colin Furze yang mendapat ilham daripada orang yang susah nak bangun tidur.
Furze, yang sebelum ini telah membina kereta dorong bayi berpuasa dunia dan go kart berkuasa jet.
Menurut Furze, “Perkara yang dibuat ini pernah ditertawakan oleh jurutera tetapi (dia) bukti anda tidak memerlukan mesin pelarik mahal atau pengimpal besar untuk mencipta sesuatu yang menakjubkan,” katanya.
Bagaimana katil ini berfungsi dan dikatakan unik? Katil ini sangat sensitif dengan bunyi jam loceng. Ia sudah “link” dengan jam loceng. Sebaik jam loceng berbunyi, katil ini akan terus bertindak dengan cara melempar ataupun membuang anda ke depan.
Katil ini akan menegak secara automatik dan akan menyebabkan anda terjatuh ke hadapan.
Berbanding dengan projek lain yang dia bina pada masa lalu, Furze mengakui bahawa Katil Ejector tidaklah terlalu sukar untuk dibina sebaik sahaja bingkai itu disatukan. Untuk menggerakkan ejector, dia menggunakan “pemampat udara kanibal beberapa solenoid dan suis”.
Walaupun katil yang dihasilkan adalah sekali sahaja untuk Taylors of Harrogate.
Mingguan Wanita : Seram pula nak guna katil ni. Takutnya, sedar-sedar dah ada kat hospital ni.
Sumber: SolidSmack
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
“Ayah Hidap Angin Ahmar, Ibu Kanser” Anak Tunggal Tak Fikir Langsung Nak Kahwin. Besar tanggungjawab dan pengorbanan yang perlu dipikul oleh anak tunggal ini, apabila menjaga mak ayah yang sakit.
Sejak enam tahun lalu, kehidupan Mohd. Yusri Haiqal Mohd. Yusop, 33, mengurus dan menjaga bapa, Mohd. Yusop Sulaiman, 63, yang menghidap angin ahmar sementara ibu, Mahani Saleh, 58, pula pesakit kanser sejak dua tahun lepas.
Menurut Mohd. Yusri, ketika ini dia tidak langsung memikirkan masa depannya termasuk berumah tangga selain memastikan kedua ibu bapanya gembira di sebalik kesakitan dihadapi.
“Dulu saya kerja kilang di Kulim dan apabila ayah sakit, saya terpaksa pulang. Sebagai anak tunggal inilah tanggungjawab saya menjaga kerana dahulu mereka jaga saya sejak lahir, kini tugas itu saya pikul.
“Tak fikir langsung nak kahwin. Lagipun siapalah yang mahukan orang seperti saya,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Chegar di sini semalam.
Katanya, bapa diserang angin ahmar setelah terjatuh di rumah akibat penyakit darah tinggi sebelum ujian keluarga itu berterusan apabila ibunya pula disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga dan terpaksa menjalani pembedahan pada Oktober tahun lepas.
“Mak jalani kemoterapi di Hospital Lama Alor Setar sebanyak enam kali dan kemudian radiografi di Hospital Pulau Pinang. Saya perlu bagi semangat kepadanya,” katanya.
Jelasnya, dia kini bekerja sebagai pembantu am di sebuah kedai besi di Jalan Langgar, di sini untuk menanggung keluarga dan memerlukan pekerjaan yang fleksibel kerana perlu membawa ibu dan bapa ke hospital.
Sementara itu menurut Mahani, dia disahkan menghidap kanser itu setelah mengesan ketulan di payudara kanan.
“Tahun lepas saya ambil keputusan untuk buang payudara dan sekarang sedang kemoterapi. Rawatan ini memang melemahkan tetapi saya kena kuat. Alhamdulillah saya ada seorang anak yang sentiasa berada di sisi,” katanya.
Katanya, perbelanjaan mereka seharian adakalanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan.
Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menyumbang kepada akaun Bank Islam, 02084020262878 (Mahani Saleh).
“Lelaki juga kena pandai bergaya, jika ada rezeki lebih ‘reward’ diri dengan barangan berjenama” Datuk AC Mizal. Bergelar selebriti bukanlah sesuatu yang mudah setiap gerak geri dan gaya yang ditonjolkan akan menjadi ikutan peminat.
Tegas pemilik nama sebenar, Mizal Zaini itu lagi, golongan lelaki juga sebenarnya kena pandai bergaya dan jika ada rezeki lebih ‘reward’ diri dengan barangan berjenama.
Selebriti yang juga kini sudah bergelar usahawan berjaya ini juga akui pada kebiasaannya pada pandangan pertama orang akan melihat apa yang digayakan oleh seseorang individu.
“Selalu pandangan pertama, orang akan melihat apa yang kita pakai dan bagaimana paras rupanya. Ia perlu datang dan disokong dengan imej yang baik.
“Ia juga bukan soal apa yang kita belanjakan… ia mengenai bagaimana kita ‘reward’ diri sendiri,” luah AC.
Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu juga tidak kedekut ilmu dan sering berkongsi tip kejayaan. Malah AC dan isteri Datin Emylia Rosnaida juga sangat bangga bila melihat anak bumiputera terutama wanita berjaya dalam perniagaan.
Menerusi sesi lintas langsung yang diadakan menerusi laman sosial, AC menjelaskan bahawa manusia hidup atas satu benda dipanggil harapan.
“Kita bangun tidur dengan harapan esok lebih sihat, berjaya, kaya dan sebagainya. Kita juga sering berharap boleh beli sesuatu tapi dengan syarat kena kerja keras.
“Apabila tak ada harapan dan selesa duduk rumah, ia tak membawa apa-apa makna. Macam sekarang ini selepas tengok harga beg di butik ini contohnya berharga RM900, kita sasar nak beli.
“Nak beli mungkin tidak hari ini, tapi waktu mendatang. Kena kumpul duit. Semua manusia hidup dengan harapan. Sesekali ‘reward’ atau beri ganjaran kepada diri dan sentiasa positif dalam hidup. Satu lagi, kena ada ilmu… jangan main langgar saja,” sambung AC yang turut memuji semangat dan kesungguhan usahawan jenama Sellection, Nor Rafidah Khairuddin meluaskan empayar perniagaannya.
Kini Nor Rafidah memiliki sebuah butik tiga lot premis niaga yang terletak di Wangsa 118, Wangsa Maju. AC dan isteri merupakan pelanggan setia dan menyifatkan kejayaan Rafidah wajar dijadikan contoh.
“Bukan senang nak cari peniaga Melayu bumiputera macam ini. Dua tahun lalu saya jumpa dia di butik kecilnya.
“Sekarang ini butiknya semakin membesar dan meluas. Tahniah. Siap bawa jenama Coach dan lain-lain.
“Saya suka pemilihan rekaan yang Rafidah bawakan di Sellection. Lain dari lain dan paling terbaru. Kalau tidak, mungkin saya tidak datang.
“Butik baharu miliknya mengingatkan saya seperti sebuah butik saya lawati ketika percutian di Jepun baru-baru ini. Memang sebiji. Malah harga ditawarkan juga lagi murah berbanding di luar,” kata bekas anggota kumpulan 4U2C itu.
Selain AC, jenama ini juga terkenal di kalangan artis popular lain termasuk Maria Tunku Sabri, Elly Mazlein, Amyra Rosli dan pempengaruh lain termasuk di aplikasi Tiktok.
Menurut Rafidah pula, kehadiran golongan berkenaan tidak disangkal sebagai antara yang melonjakkan pengaruh serta jenama diusahakannya.
“AC sendiri banyak berkongsi tips dan nasihat kepada saya. Dari zaman 4U2C hingga bergerak solo, beliau membuktikan keampuhan dirinya hingga masih relevan,” kata pengasas butik dalam talian dan fizikal, Sellection ini.
Sementara itu, Rafidah yang bermula dari personal shopper dan memiliki butik sendiri di Wangsa Melawati bersyukur kini empayar perniagaannya naik taraf.
Wanita berjiwa besar itu sejak hujung tahun lalu sudah berpindah lokasi butik fizikalnya dengan tiga kali ganda besar dari yang lama. Perpindahan itu juga menjadi bukti kesungguhannya bergelar usahawan yang diceburi sejak tahun 2014.
“Bagi saya kejayaan memiliki butik baharu yang turut menempatkan gudang dan pejabat ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan terutamanya pelanggan setia.
“Dari personal shopper dan memiliki butik kecil sebelum ini juga saya anggap sebagai pencapaian penting dan diharap boleh menjadi inspirasi kepada orang diluar sana. Walaupun bermula dari kecil, sesiapa sahaja boleh berjaya dan maju jika mahu.
“Ia sebuah perjalanan panjang yang menuntut kesungguhan, minat, keazaman dan komitmen tinggi diiringi dengan sepenuh jiwa. Cabaran datang tetap dilalui, namun lebih terkawal.
“Dulu orang selalu anggap jenama mewah hanya untuk golongan tertentu termasuk Mak Datin. Tapi kini sebaliknya semua golongan termasuk wanita bekerjaya, sektor kerajaan seperti guru, suri rumah dan peniaga indusri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh memilikinya.
“Kami meraikan keyakinan semua golongan tanpa prejudis. Tambah pula, dengan pelan ansuran bayaran tiga ke enam kali kami perkenalkan. Lebih banyak peluang dibuka untuk merasai pengalaman bergaya. Hanya bayar deposit, terus dapat barangan diimpikan,” kongsi wanita kelahiran Ipoh, Perak ini.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!