Pelakon Kamal Adli melamar Uqasha Senrose semasa siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) selepas selesai menyampaikan anugerah malam tadi.
Di atas pentas yang ditayangkan secara langsung di Astro Ria, Kamal melafazkan lamaran sambil menghulurkan sebentuk cincin dengan berlutut di hadapan Uqasha sambl bersaksikan penonton menerusi siaran secara langsung.
Kamal Melamar, Uqasha Terkejut
Kamal Adli sewaktu melamar Uqasha.Uqasha menerima lamaran daripada kekasih hatinya.
Ternyata dari riak wajah Uqasha kelihatan terkejut namun wanita ini kelihatan cukup bahagia. Walaupun agak segan namun Uqasha begitu tenang.
“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya” soal Kamal.
“Awak ni sedang promote drama baharu kita ke?” tanya Uqasha kembali yang begitu terkejut dengan aksi spontan yang dilakukan oleh Kamal.
Ads
“Yes” itulah jawapan Uqasha selepas Kamal mengulangi sekali lagi soalannya.
Jawapan tersebut kemudian disambut dengan sorakan penonton.
Hubungan Semakin Rapat Sejak Bergandingan Dalam Drama
Ads
Difahamkan hubungan pasangan ini semakin erat dan menjadi perhatian selepas masing-masing bergandingan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad tahun lalu.
Jijik sungguh terbayangkan makanan dan minuman yang disediakan dicampurkan dengan benda-benda kotor seperti air liur, air kencing serta darah haid. Gara-gara ingin ‘menundukkan’ majikan, pembantu rumah sanggup mencampurkan bahan-bahan kotor ini untuk ‘memperbodohkan’ majikan yang membayar gaji mereka.
Seorang wanita warga Filipina dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh mencampurkan darah haid dan air kencingnya ke dalam makanan dihidangkan kepada penghuni sebuah rumah pangsa di Sengkang.
Tertuduh, Canares Rowena Ola, 43, yang mengaku bersalah semalam, kini memutuskan untuk mencabar pertuduhan berhubung salah lakunya itu ketika dibicarakan di mahkamah daerah.
Timbalan Pendakwa Raya, Keith Jieren Thirumaran, memberitahu Hakim Daerah, Marvin Bay, bahawa tertuduh sebelum ini mengaku melakukan kesalahan berkenaan dalam beberapa pengakuannya kepada pihak berkuasa.
Namun, perincian mengenai pekerjaan tertuduh dan bagaimana beliau dikaitkan dengan kesalahan berkenaan serta punca kejadian pada Disember 2018 itu tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.
Mahkamah turut dimaklumkan, makanan yang tercemar itu sudah dimakan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak dapat dijalankan bagi kes berkenaan.
Ola diwakili oleh peguam bela, Kalaithasan Karuppaya dan pra-perbicaraan akan diadakan pada 25 Januari depan.
Sementara itu, dalam kes berasingan awal tahun ini, seorang pembantu rumah warga Indonesia dikenakan hukuman penjara enam bulan dan tujuh minggu.Dia didakwa atas kesalahan mencemarkan air minuman dan nasi dengan mencampurkan air kencing, air liur dan darah haidnya.
Diana, 30, berkhidmat dengan sebuah keluarga di Punggol pada 2017 sebagai pembantu rumah. Difahamkan, dia percaya dengan memberi minuman dicampurkan dengan kotoran itu, keluarga berkenaan akan tunduk dan tidak sesekali memarahinya.
Mangsanya didapati sudah memakan bahan tercemar berkenaan.
Diana juga mencuri lebih daripada S$13,000 (RM39,574) wang milik ibu majikannya dalam lima kejadian berasingan antara Ogos 2017 dan Jun 2018.
Diana akhirnya mengaku bersalah atas dua tuduhan salah laku dan mencuri.
MW: Jijik sungguh tergamak buat begini. Bukan bersangka buruk, tapi sebaiknya jika mempunyai pembantu rumah, biarlah hanya membantu kerja-kerja mengemas dan membersihkan rumah. Urusan masak-memasak, seeloknya kita buat sendiri. Lebih puas hati dan terjamin kebersihan makanan yang disediakan.
Besar pengorbanan ibu mengandung dan bersalinkan anak. Tak terbalas jasa mereka. Tiada orang yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan satu nyawa selain ibu. Dia mengharungi segala kesakitan itu sendiri. Kuatnya semangat dan cekalnya hati mereka.
Cukup beruntung, penyanyi Ainan Tasneem yang kini sedang sarat mengandung anak kembar berdoa mahu bersalin secara normal.
Ainan yang juga isteri kepada Mohamad Ariffudin dan ibu kepada Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun ini telah berkongsi perasaannya menerus akaun Instagramnya.
Tidak sabar mahu melahirkan bayi kembarnya, dia dijangka bersalin samaada minggu ini atau minggu hadapan.
“Kandungan dah nak masuk 36 minggu. Doktor bagi masa sampai 37 minggu je untuk bersalin sebab twins kan. So inshaaAllah this week or next week dapat jumpa baby twins.
“Tak sabar! Dua dua kepala dah kat bawah, hopefully sangat dapat bersalin secara naturally tanpa induce & dapat bersalin normal kalau tiada sebarang komplikasi. Mohon doa dari semua ya ,” tulis Ainan.
Lenguh-Lenguh Bandan, Sakit Pinggang & Sakit Belakang
Ainan juga mengakui seperti mana ibu mengandung yang lain, dia juga berasa lenguh-lenguh badan. Kandungan kembar kali ini begitu mencabar buat dirinya.
“Actually memang tak larat dah nak bawak perut sebenarnya. Sakit pinggang, sakit belakang, time tido pon lenguh-lenguh badan padahal takde buat apa-apa aktiviti pun.
“Kalau nak tukar position time tido lagi la subhanallah…. sakit yang amat ya. Rasa nak menangis. Berdiri pon tak boleh lama sangat kalau tak memang gigil2 kaki,”
sambung Ainan yang sentiasa berdoa kembar yang bakal dilahirkan sihat.
Dalam keterujaan bakal menyambut kehadiran anak kembar, Ainan juga sebenarnya cukup risau dengan anak sulung kesayangannya.
“Ainan Salsabiela, ummi loves you so much! Eventho rasa excited sangat nak tunggu baby kembar lahir tapi serious bermacam perasaan Ainan terhadap anak sulung yg tersayang ni.
“Mixed feeling sungguh! Risau sangat kalau nanti kita terkurang bagi perhatian pada dia. Taknak dia rasa macam terpinggir.
“I think husband & wife memang kena jadi tag team dalam menangani benda ni. Contohnya time si ibu tu sibuk uruskan anak-anak yang baru lahir, yang si bapa boleh bagi sepenuh perhatian dekat anak yang sulung.
“Kalau ada apa-apa aktiviti yamg melibatkan anak yang baru lahir mungkin boleh ajak yang sulung ni pun untuk join sekali.
“So dia rasa macam dia pun penting dalam setiap apa yg kita lakukan dgn anak yang baru lahir. Takdela dia rasa macam adik-adik dia tiba-tiba rampas segala perhatian yang dia dapat selama ni kan,” kongsi Ainan.
MW: Semoga Ainan Selamat Melahirkan Bayi Kembarnya Dengan Selamat.
Dalam kesibukan seharian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew juga sebenarnya seorang suami yang cukup romantik. Jadual yang padat menguruskan perniagaan dan kerja amal sedikitpun tidak pudarkan ingatannya pada isteri tercinta yang dipanggil bidadari. Sempat pula dating belakang rumah, pegang tangan bidadari dan berbual-bual.
Malah Ustaz Ebit juga dilihat sangat mementingkan keluarga turut tidak lokek berkongsi kisah sehariannya bersama anak-anak dan isteri di media sosial.
Ustaz Ebit yang juga merupakan ikon, menjadi inspirasi terbaik kepada semua rakyat Malaysia. Figura ini tidak pernah jemu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Bukan saja idola masyarakat malah Ustaz Ebit juga merupakan seorang suami yang cukup penyayang dan boleh dijadikan contoh buat kaum suami semua.
Seperti mana entri yang dimuat naik menerusi laman sosial, Ustaz Ebit sering memberi pujian dan menghargai bidadarinya yang tercinta.
“Rindunya… Dating belakang rumah jer. Pegang tangan dan berbual-bual terasa best sangat. Indahnya. Terapi dalam perjalanan hidup ini. Bestkan pegang tangan bidadari pun leh rasa tenang jer. Tengok rasa sejuk hati. Sayang bidadariku terima kasih sentiasa menemani abang dalam hidup ini.
“Senyum jer. Tak pernah masam muka. Bila-bila masa abang pergi untuk kerja dakwah relaks jer. Walau mula-mula dulu menangis. Sama-sama menangis. Bidadari yang terlalu banyak pengorbanannya dalam menjadi asbab perjalanan hidup saya kini.
“Nak bahagia hargai ibumu. Dan Hargai bidadari dalam hidupmu. Doa seorang isteri itu besar nilainya. Doa insan disebalik hidup seorang lelaki. Bahagiakan hatinya. Sakitinya hilanglah nikmat dan rezeki dalam hidupmu. Doa di hati kecilnya amat berharga,” tulis Ebit penuh romantik.
Ungkapan penuh bermakna seorang suami ini memberi pesanan yang cukup berharga. Malah kata-kata yang dikongsi juga memberi contoh terbaik buat kaum suami di luar sana.
“Jom selfie bidadariku sayang…
“Selalu orang ajak selfie. Syukur ramai kenalan pergi kemana sahaja. Rasa ada saudara jer pergi mana pun. Selalu doa nak jumpa ustaz. Katanya. Saya pun berdoa supaya berjuta rahmat Allah beri pada orang saya bertemu berilah sedikit pada saya. Semua baik dan mulia.
“Rindu nak selfie dengan bidadari saya. Nanti bila pergi jauh boleh tengok gambar bidadari tercinta. Anugerah Allah. Selfie paling best dengan bidadari tercinta. Kenangan berdua.
“Kenangan untuk anak-anak nanti. Yang tidak dapat diulang kembali masa bersama keluarga tercinta. Umur bertambah. Setiap masa bersama keluarga jadi pahala dan akhirat kita insyaAllah. Membina keluarga bahagia sebenarnya sedang membina jambatan ke syurga abadi,” tulis Ustaz Ebit.
“Pegang tangan bidadari dapat pahala. Allah sayang. Best petang-petang lari pergi parking dekat taman. Pusing berdua-duaan. Bestnya. Cuma nak cakap terima kasih bidadari abang.
“Main kejar-kejar dengan isteri dapat pahala. Dukung isteri. Laga pipi. Anak-anak pegang tangan mak ayah. Buat hati jadi dekat sangat. Pegang dengan rasa syukur. Terima kasih pada Allah. Pegang tangan yang halal buat kita.
“Tengok tangan mereka kadang keluar urat kerana kerja kuat. Kadang kasar kerana kerja rumah. Dulu saidina Ali ra jumpa Nabi saw ceritakan Fatimah ra yang tangannya kasar kerana kerja rumah.
“Allahuakbar. Kita suami bantulah bidadari di rumah. Sama ada carikan pembantu atau kita sendiri yang bantu. Paling kurang ambil masa dating walau 10 minit cakap terima kasih dan dengarilah luahan hati mereka.
“Saya doakan buat sahabat yang bujang diberikan jodoh yang baik-baik. Soleh solehah bahagia sampai syurga anak soleh solehah,” coret Ustaz Ebit.
Teruja melihat pengantin perempuan mengundi hari ini, tetap meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.