Sumber/Sumber Foto: Facebook Ustaz Ebit Lew

Dalam kesibukan seharian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew juga sebenarnya seorang suami yang cukup romantik. Jadual yang padat menguruskan perniagaan dan kerja amal sedikitpun tidak pudarkan ingatannya pada isteri tercinta yang dipanggil bidadari. Sempat pula dating belakang rumah, pegang tangan bidadari dan berbual-bual.

Malah Ustaz Ebit juga dilihat sangat mementingkan keluarga turut tidak lokek berkongsi kisah sehariannya bersama anak-anak dan isteri di media sosial.

Suami Penyayang, Dating Belakang Rumah, Pegang Tangan Bidadari..

Dating Belakang Rumah, Pegang Tangan Bidadari Dan Berbual-bual, Rasa Tenang Sejuk Hati

Ustaz Ebit yang juga merupakan ikon, menjadi inspirasi terbaik kepada semua rakyat Malaysia. Figura ini tidak pernah jemu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Bukan saja idola masyarakat malah Ustaz Ebit juga merupakan seorang suami yang cukup penyayang dan boleh dijadikan contoh buat kaum suami semua.

Seperti mana entri yang dimuat naik menerusi laman sosial, Ustaz Ebit sering memberi pujian dan menghargai bidadarinya yang tercinta.

Dating Belakang Rumah, Pegang Tangan Bidadari Dan Berbual-bual, Rasa Tenang Sejuk Hati

“Rindunya… Dating belakang rumah jer. Pegang tangan dan berbual-bual terasa best sangat. Indahnya. Terapi dalam perjalanan hidup ini. Bestkan pegang tangan bidadari pun leh rasa tenang jer. Tengok rasa sejuk hati. Sayang bidadariku terima kasih sentiasa menemani abang dalam hidup ini.

“Senyum jer. Tak pernah masam muka. Bila-bila masa abang pergi untuk kerja dakwah relaks jer. Walau mula-mula dulu menangis. Sama-sama menangis. Bidadari yang terlalu banyak pengorbanannya dalam menjadi asbab perjalanan hidup saya kini.

IKLAN

“Nak bahagia hargai ibumu. Dan Hargai bidadari dalam hidupmu. Doa seorang isteri itu besar nilainya. Doa insan disebalik hidup seorang lelaki. Bahagiakan hatinya. Sakitinya hilanglah nikmat dan rezeki dalam hidupmu. Doa di hati kecilnya amat berharga,” tulis Ebit penuh romantik.

Membina Keluarga Bahagia Sebenarnya Sedang Membina Jambatan Ke Syurga Abadi

Ungkapan penuh bermakna seorang suami ini memberi pesanan yang cukup berharga. Malah kata-kata yang dikongsi juga memberi contoh terbaik buat kaum suami di luar sana.

Dating Belakang Rumah, Pegang Tangan Bidadari Dan Berbual-bual, Rasa Tenang Sejuk Hati

“Jom selfie bidadariku sayang…

“Selalu orang ajak selfie. Syukur ramai kenalan pergi kemana sahaja. Rasa ada saudara jer pergi mana pun. Selalu doa nak jumpa ustaz. Katanya. Saya pun berdoa supaya berjuta rahmat Allah beri pada orang saya bertemu berilah sedikit pada saya. Semua baik dan mulia.

“Rindu nak selfie dengan bidadari saya. Nanti bila pergi jauh boleh tengok gambar bidadari tercinta. Anugerah Allah. Selfie paling best dengan bidadari tercinta. Kenangan berdua.

IKLAN

“Kenangan untuk anak-anak nanti. Yang tidak dapat diulang kembali masa bersama keluarga tercinta. Umur bertambah. Setiap masa bersama keluarga jadi pahala dan akhirat kita insyaAllah. Membina keluarga bahagia sebenarnya sedang membina jambatan ke syurga abadi,” tulis Ustaz Ebit.

Baca Disini Juga:

Menangis Ayah Nur Surya, Sayu Peluk Ustaz Ebit Lew Ziarah Rumah

Food Bank “Mereka Yang Benar Perlu Boleh Ambil Sahaja. Free Jer” Ustaz Ebit Lew

Andai Pergi Bob Lokman Mohon Maaf Pada Semua, “Ustaz Saya Nak Reda Allah”

IKLAN

Suami Pegang Tangan Bidadari Dapat Pahala

Kongsi Ustaz Ebit lagi;

“Pegang tangan bidadari dapat pahala. Allah sayang. Best petang-petang lari pergi parking dekat taman. Pusing berdua-duaan. Bestnya. Cuma nak cakap terima kasih bidadari abang.

“Main kejar-kejar dengan isteri dapat pahala. Dukung isteri. Laga pipi. Anak-anak pegang tangan mak ayah. Buat hati jadi dekat sangat. Pegang dengan rasa syukur. Terima kasih pada Allah. Pegang tangan yang halal buat kita.

“Tengok tangan mereka kadang keluar urat kerana kerja kuat. Kadang kasar kerana kerja rumah. Dulu saidina Ali ra jumpa Nabi saw ceritakan Fatimah ra yang tangannya kasar kerana kerja rumah.

“Allahuakbar. Kita suami bantulah bidadari di rumah. Sama ada carikan pembantu atau kita sendiri yang bantu. Paling kurang ambil masa dating walau 10 minit cakap terima kasih dan dengarilah luahan hati mereka.

“Saya doakan buat sahabat yang bujang diberikan jodoh yang baik-baik. Soleh solehah bahagia sampai syurga anak soleh solehah,” coret Ustaz Ebit.

Dating Belakang Rumah, Pegang Tangan Bidadari Dan Berbual-bual, Rasa Tenang Sejuk Hati

Sumber/Sumber Foto: Facebook Ustaz Ebit Lew
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI